Thursday, August 12, 2010

Safira Club - 1 Ramadhan

Selamat berpuasa semua. 1 Ramadahan. Permulaan bulan yang dinanti-nantikan. Tambah amalan, tambah pahala. Bulan keampunan. Akademi Taipan tetap beroperasi seperti biasa. Latihan dan bimbingan tanpa putus2 dari AT. Suasana di Safira Club masih hebat. Walaupun ini hari pertama. Dah tentu ramai yang berbuka puasa bersama keluarga. Ramai juga yang tersandar dirumah akibat kekenyangan. Tetapi aura AT tak dapat disangkal lagi. Ramai CDM2 yang hadir malam ni. CDM Mohd Razali, CDM Ali, CDM Sharil, CDM Wan Hanim. Walaupun demam CDM Mohd Razali memberikan Ice Breaking dengan begitu semangat sekali. Orang2 hebat tetap sampai di Safira. Jom kita layan gambar2 di bawah.

Kata-kata aluan dari CDM Wan Hanim. Datang dari Kuala Lumpur bersama suami, CDM Sharil. Hebatnya semangat & support dari CDM. Memberi semangat pada warga Taipan. 3 tahun bersama AT. 8 destinasi pelancongan dah sampai. Kereta Mercedes & Honda Odysey bernumber 181 telah dimiliki. Rumah berharga 1/2juta telah didiami. Hebat2...


SM Wawa- Jarak bukan penghalang. Menjadi SM dengan pakej TT dalam masa 2 bulan. Mulanya hanya ikut-ikut kawan saja. Tapi akhirnya sudah tersangkut. Bulan ni pasti jadi SSM. Pakej TT pun hebat jugak. Pokok pangkalnya buat jangan berhenti. Pasti sampai ke destinasi. Inilah kesannya bila bersemangat. Datang program Taipan & juga syarikat. Ikut Roadshow & seminar. Tak jemu2 berguru dengan CDM2. Datang dari Taiping setiap minggu tu. Tahniah2.


SSM Azni- Rakan kongsi CDM Wan Hanim. Seorang pensyarah. Gaji agak stabil. Tapi tetap mencari peluang. Teruja dengan pendapatan CDM Hanim. RM50k ke atas setiap bulan. Perubahan demi perubahan pada CDM Hanim membuatkan SSM Azni join Taipan.


Kehadiran di Safira Club. Jumlah yang dibanggakan kerana 1 ramadhan. minggu depan pasti lebih ramai. lebih meriah.


Sharing DSM Tn Hj Md Nor. Datang dari Perlis setiap minggu. Bukan duit yang beliau cari, kerana beliau sudah kaya raya. Bekas Pengurus Besar di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Semua destinasi luar negara beliau dah sampai sebelum join Taipan. Kereta mewah juga bukan tujuan utama beliau. Beliau rasa bangga & teruja sebab AT telah & sedangg melahirkan usahawan2 yang bertaraf jutawan. Tak kira usia & juga latar belakang. Beliau berpesan, latar belakang tinggalkan di belakang. Fokus kepada yang di hadapan. Ilmu beliau dapat disalurkan kepada warga2 taipan. Itulah kepuasan beliau apabila orang lain turut sama berjaya, yang mana dalam pekerjaan beliau dulu, beliau hanya bekerja mengikut arahan. Kejayaan hanya untuk diri sendiri. Terima Kasih Tuan Haji.


Selepas sharing, beri lagi semangat & ilmu pada group aku. Itulah hebatnya Taipan. Ilmu percuma di mana sahaja. Ilmu yang telah terbukti hasilnya. Buat & ikut, pasti berjaya. CDM Abg Ali pun ada. Segak berbaju Melayu. Bersemangat setiap waktu. DSM Tiza bersama rakan-rakan kongsi tekun mendengar. Terus bertindak sahabat. Komitmen dah ada. Group dah ada. jayakan semuanya.


DSM Chek dari Baling. Tak pernah jemu datang Safira. Dah setahun lebih. Dari kereta wira dah bertukar ke Honda Civic PJT 1181. Itulah hasil orang yang tekun dan sabar. Sharul, pasangan pada DSM Afiza, dari Sungai Petani. Anak bukan penghalang. Bawa bersama untuk jadi saksi, ayah & ibu mu sedang berusaha untuk mengubah sejarah hidup. Tahniah Tahniah Tahniah. Kami doakan semuanya berjaya.


CDM Sharil sedang berkongsi ilmu & memberikan tips pada group beliau. Dulu seorang jurutera bergaji 5 angka. Sekarang menjadi CDM yang berpendapatan 5 angka jugak. Lebih lagi. Kebebasan masa yang beliau cari. Tiada tekanan dari bos.. T.kasih cdm datang ke Safira.


DSM Syukri, anak muda yang berjiwa besar & berimpian tinggi. Memberikan tips & semangat pada rakan kongsi baru. Esok ada appointment katanya. Mesti close mesti close mesti close. Itulah yang kedengaran. BEgitu posotif sekali. Tahniah. Teruskan usaha.


SSM Rosli- MC hebat di Safira CLub. dah 3 minggu berhenti kerja. Memang pulun habis-habisan dengan AT. Tak malu bertanya & rajin berguru. Keinginan yang cukup kuat dalam diri. Ingin merubah sejarah hidup. Rakan kongsi beliau makin hari makin bertambah. BErsusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian ya sahabatku. Keluarkan singa dari diri anda. Buat duit raya banyak2. Buktikan pada mereka yang sedang memerhati. Rancak-rancak...


CDM Hanim- antara idola aku. Hebat sungguh komitmen & ilmu beliau. Nampaknya dah ada rakan kongsi beliau yang berambut panjang. hehe... welcome to the group.


DSM Melati, datang setiap minggu. asalnya seorang surirumah. Income 5 angka dah rasa. Tiket ke Beijing & Switzerland pun dah dapat. Hebat2. hasil usaha yang berterusan. CDM Sharina & CDM Wan Mahazi merupakan upline mereka. Walaupun upline jauh, itu bukan penghalang untuk berjaya. Diri sendiri lah yang tentukan....

2 comments:

Aida Azizi said...

Tahniah CDM Fitri & Koncu2nya... Tgh berpk2 utk melebarkan sayapku ke sana... Ramai sedara mara ku di sana huhuhuh... Fokus fokus fokus

Aida Azizi said...

Tahniah CDM Fitri & Koncu2nya... Tgh berpk2 utk melebarkan sayapku ke sana... Ramai sedara mara ku di sana huhuhuh... Fokus fokus fokus