Mataku masih belum mengantuk. Sempena Ramadhan yang mulia ini. Sebagai hamba Allah yang lemah, cuba meningkatkan prestasi diri. Setelah selesaikan amalan-amalan yang aku belajar dulu & juga dari abang ku, seorang yang alim dalam agama. terasa begitu tenang hati ini.
Sekadar hendak berkongsi cerita dengan semua pembaca blog ini. Anak ku yang sulong berusia 7tahun, Mohamad Arfan. Dalam keseronokan Arfan melalui usia kanak-kananknya, sekali sekala dia akan bertanya. Bapak, panggilannya pada aku. Bila bapak mati ya?? Kenapa Arfan? Arfan akan rindukan bapak kalau bapak dah mati. janganlah tinggalkan Arfan. Dia akan menangis. Tersentuh hati aku setiap kali dia bertanya. Tadi masa dalam perjalanan pulang dari Jawi Inn. Arfan bertanya lagi. Bapak.. Kalau bapak mati siapa nak jaga Arfan. Jawabku, semua yang hidup pasti akan mati. Tunggu masa & ketikanya saja. Sambil menangis Arfan berkata yang dia nak mati sama2 dengan aku. Aduhaiiii.. anakku. Untuk tenangkan perasaannya.... kataku.. Walaupun bapak dah tiada nanti. Arfan masih lagi boleh jumpa bapak. Kita jumpa di syurga ya. Untuk masuk syurga, kita kena jadi orang yang baik, beriman, jaga amal. Arfan kena belajar rajin2. Dah besar nanti jadi Jutawan tau. Boleh tolong orang susah, boleh pergi umrah & haji muda2. Boleh buat banyak benda kebaikan. jadi Jutawan yang beriman. Sambil aku bercakap dia pun tertidur dalam kesejukan air cond kereta. Sampai ja di rumah. Bapakk... tadi Arfan mimpi arfan ada kat syurga. Arfan mandi air susu. bukan macam mandi kat rumah.. Seronoknya masuk syurga. Terkedu aku mendengarnya.
Ya Allah. engkau murahkanlah rezki kami sekeluarga. Arfan!!!! sesungguhnya apa yang aku & ayu buat hari ini adalah untuk masa depan anak-anak. Kami sedang buat yang terbaik. Paling baik. Siapa tak sayang pada anak2.. memang seronok duduk di rumah luangkan masa dengan keluarga. Tapi kehidupan tak mungkin berubah sekiranya duduk saja. Biarlah kami bersusah payah sekarang, korbankan masa rehat, korbankan masa tidur, korbankan segala-galanya. Yang pasti itu hanya seketika... Hasil kejayaan... Insyaallah akan dirasai oleh keturunan-keturunan ku nanti. IMPIAN IMPIAN IMPIAN.... PASTI JADI KENYATAAN!!!! SEDANG MENJADI KENYATAAN!!!!!
No comments:
Post a Comment