Thursday, August 26, 2010

SAFIRA CLUB 25HB OGOS ( KALI KE 34 DALAM TAHUN 2010 )

Ramai & terus ramai. Sambutan hebat & terus hebat

DDM Nizam, sharing yang sangat hebat malam tadi. Seorang yang sangat negatif dahulunya. Walaupun isteri beliau CDM Yan telah menyertai AT lebih dulu. 1tahun masa yang diambil oleh DDM Nizam untuk berubah hati, setelah CDM Yan memiliki Mercedes Benz. Jatuh keegoan beliau melihat CDM Yan begitu berjaya dengan perniagaan ini, yang beliau sangkakan karut semata-mata. DDM Nizam sekarang menjadi orang kuat dalam AT. Slide2 presentation & video2 clip AT dihasilkan oleh beliau. Terima Kasih DDM Nizam, banyak ilmu & pengalaman yang kami dapat kongsi bersama.

Safira Club telah menjadi Magnet yang sangat kuat. Tarikan orang untuk hadir pada setiap malam rabu semakin kemuncak. AT sentiasa memastikan suasana hebat sebegini akan terus bertahan. Tahniah pada semua warga Taipan yang menjayakan kelas setiap minggu. Prospek yang baru hadir sudah tentu akan teruja. Warga Taipan yang baru semakin bersemangat. Kehadiran CDM2 menghangatkan lagi suasana.
CDM Hasmidar, CDM Shahrina, CDM Wan Mahadzi, CDM Mohd Razali, CDM Pak SU, CDM Abg Ali & CDM Fitri bergabung aura & tenaga.
Aku mennjadi emcee di Safira semalam. Dah lama rasanya tak menjadi emcee di Safira. CDM Hasmidar memberikan kata-kata aluan, CDM Mohd Razali, Ice Breaking dan sharing dari usahawan2 baru.
Kesempatan di Safira digunakan untuk promote Program Jom Buat Duit Raya yang akan berlangsung pada 31hb Ogos di Mines nanti. Kami akan konvoi beramai-ramai ke sana. Untuk menambah ilmu & juga semangat. Bawa rakan kongsi baru, bawa prospek. Suasana di sana akan menghangatkan lagi semangat yang sudah semestinya panas membara.
Umpama orang yang melanjutkan pelajaran secara part time melalui kursus PJJ. Sudah pasti perlu ke Pusat pengajian untuk proses pelajaran. Begitu juga kita warga AT. Mines merupakan pusat ilmu & juga semangat bagi Taipan. Alangkah ruginya kita, sekiranya tidak pernah ke sana. Tidak mengambil peluang untuk membawa rakan kongsi & juga prospek ke sana. Umpama tidak lengkap perniagaan kita. Ada sesuatu yang masih belum cukup. Berhijrah lah sekejap, merantaulah sekejap. Umpama pedagang yang keluar dari wilayahnya untuk mencari pengalaman yang berbeza. Mencari sesuatu yang baru untuk memantapkan lagi pengalaman kita. AT telah menyediakan segala-galanya untuk warganya. Rebutlah peluang ini. Yang pastinya kita tidak akan rugi, malah keuntungan berganda-ganda yang sedang menanti.
Promotelah habis-habisan pada semua group, tekankan kepentingan untuk kita hadir ke Program2 anjuran AT. JOM JOM JOM... Kita gegarrrrrkan Mines pada 31hb Ogos nanti. Merdeka kan minda kita, Merdeka kan pemikiran kita, Merdeka kan segala-galanya... MERDEKAAAA!!!!!

No comments: