Assalamualaikum semua. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Jumaat terakhir bulan syaaban sebelum tibanya Ramadhan Al-Mubarak. Pagi tadi bantu rakan kongsi convincekan prospek. Alhamdulillah bila aura positif menguasai aura negatif, prospek pun yakin. terus bagi dokumen yang diperlukan. Yang pastinya dengan izin ALlah.
Nak berkongsi cerita sikit. Lepas solat Jumaat aku minum di kedai mamak. kerusi tu pun dah macam tau-tau aku nak datang. kosong selalu.
Sambil minum nampak seorang Mamu(pakcik) sedang minum ais kosong. Kenal mamu tu macam-macam tu ja. Kerjanya beri salam pada orang dan minta bantuan ikhlas. jalan pun hencot2. sakit kaki agaknya. Aku dalam keadaan yang kenyang. Dalam hati terasa, mamu ni dah makan ka. Pelawa dia makan dengan niat nak belanja. Dia pun ubah tempat duduk dengan aku sambil minta izin. begitu merendah diri. Asal dari sungai petani. dah menetap di penang 20tahun. Umur 50tahun. Baru kahwin 5 tahun sudah, itupun dijodohkan oleh arwah kakaknya. Kahwin dengan OKU. Anak 2 orang. 3 tahun & 3 bulan. Tak bekerja. sebab sakit & tak ada kelulusan. Belajar setakat darjah 3 saja, ibu bapa meninggal masa Mamu masih kecil. kerja tak menentu. Hidup sekarang mengharapkan belas kasihan orang. dapat bantuan Majlis Agama RM150 sebulan. Kaki tunggu kena potong. Kencing manis tahap kritikal. Malu dah tak ada. kalau malu anak, isteri di rumah tak makan. dapat rm10 sehari pun dah besar rahmat katanya. adalah hasil untuk di bawa pulang ke rumah. Tengok mamu makan pun tersentuh hati. Lapar sangat2. makan sehari sekali sahaja. itu pun kalau ada. kalau tak ada??? ikat perut. Tapi anak kat rumah boleh ka ikat perut?????? sebab tu hari-hari kena keluar katanya. minta dan terus meminta.
Mamu pesan kat aku. Fitri, jagalah amalan. jangan lupa pada Allah. solat jangan tinggal. Mamu muda-muda dulu tak beringat. kadang-kadang buat, kadang-kadang tak. Bila susah macam ni baru teringat kat Allah. Orang nak bagi duit pun digerakkan hati oleh Allah. Fitri buat bisnes kan katanya. buat la elok-elok. jangan sesekali tinggi diri. jangan lalai macam Mamu. Dah jadi macam ni, nak kerja pun orang tak mau terima. Mamu menyesal, macam manalah isteri & anak2 mamu kalau mamu dah tiada. Bergenang air mata Mamu.
hari ni rezki Mamu nak ditemukan dengan aku. Aku dapat nasihat & juga ilmu. Mamu dapat luahkan perasaan. Nak ke mana Mamu lepas ni. Alhamdulillah, perut dah kenyang. Nak balik beli makan kat isteri & anak2.
Sahabat-sahabat ku sekalian. Memang selalu kita dengar orang kata. Duit bukan segala-galanya. Tapi dari kisah tadi... apa pendapat semua. Perlu tak duit tu????? Apa yang mamu cari??? makanan untuk anak2. nak beli dengan apa? duit kan. Sementara kita masih ada peluang, masih sihat... janganlah kita sia-siakan masa yang ada. Kita ada lebih.. kan dapat bantu orang macam Mamu. nak bagi sikit ke banyak. terpulang pada kita. sekurang-kurangnya lepas makan Mamu hari ni kan. Rasulullah pernah bersabda. Orang yang menunaikan hajat orang lain, lebih besar pahalanya dari beriktikaf di dalam mesjid. Jom lah kita ubah kehidupan kita. Pasti kehidupan orang lain juga terkena tempiasnya.
No comments:
Post a Comment