Begitu cepat masa berlalu. Setahun sudah aku Fulltime bersama AT. Keputusan drastik yang aku buat pada 18/8/2009. Berhenti kerja kerajaan 24jam. Keputusan dibuat setelah menunaikan umrah. 17hb Ogos hari terakhir aku bekerja di PDC. Perasaan aku masa tu meluap-luap untuk berhenti kerja. Rasanya doa aku dihadapan Kaabah & di dalam Raudhah dimakbulkan Allah. Setiap masa semasa di bumi suci Mekah Al Mukaramah & Madinah Al Munawarah memohon untuk diberi petunjuk. Tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk aku.
Yakin dengan rezki yang datang dari Allah. Allah boleh beri dengan sebab ataupun tanpa sebab. Apatah lagi kita yang berniaga. Sebab untuk dapat income lumayan dah ada. Untuk berubah hidup pun dah ada. 9/10 sumber rezki yang diusahakan. Yakin dengan janji Allah. Yakin dengan hadis Nabi.
Ramadhan kali ni ramadhan yang kedua fulltime bisnes. Kebebasan masa untuk beramal. Masa kerja dulu masa agak terhad. Tahun ni azam untuk tambah amalan-amalan sunat. Digandakan 70kali ganda. Dunia akhirat sama2 nak dicari. Bagi yang ada rezki lebih, banyak kebajikan yang boleh dibuat. Nak buat sumbangan buka puasa boleh. Beli kurma banyak2, hadiahkan kan ke mesjid2. Buat dengan ikhlas. 1biji kurma boleh dapat ganjaran sebesar Gunung Uhud. Rezki yang Allah bagi pada kita dalam berniaga ni, kita sumbangkan. Takkan berkurang rezki kita apabila kita bersedekah. Yakinlah...
Puasa akan mengajar kita erti kesabaran. Rasulullah menawan Kota Mekah di dalam bulan Ramadhan. 4 kitab diturunkan di dalam bulan Ramadhan.. banyak peristiwa bersejarah berlaku di dalam bulan yang mulia ini. Bagi yang berniaga.. Ramadhan kali ini akan menjanjikan sesuatu yang hebat untuk kita. Doa-doa orang yang berpuasa Insyaallah diterima Allah. Berdoalah sebelum waktu berbuka. Itu antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Doalah apa sahaja. Senjata sudah ada. Gunakan sebaik mungkin.
Selamat datang Ramadhan.. selamat datang....
No comments:
Post a Comment