Sunday, August 22, 2010

AROMA TERAPI MINDA - MINES 21/8/10

Konvoi dari utara menuju ke Mines untuk program Aroma Terapi Taipan berjalan seperti yang dirancang. Ada yang dah bergerak awal2 lagi. Ada yang bergerak agak lewat tapi sampainya awal juga. Kami bertemu di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Sebelum tu ditahan polis (speed trap selepas Tapah) Alhamdulillah terlepas walaupun laju lebih had. Rakan kongsiku dapat slowtalk.
Di Rawang pun ada speedtrap lagi. Bonus kerajaan tak ada, speed trap pulak yang banyak di waktu pagi. Mungkin ada rezki untk orang kerajaan dapat bonus tahun ni. Mungkin ja kan......
Sampai di Mines jam 9.45am, wahhhhhhh dah penuh. tiada tempat kosong. kami semua duduk di hadapan sekali atas lantai. Demi ilmu dari AT 181, tiada kerusi bukan masalah bagi kami. Lagi seronok sebenarnya. Ilmu tu terus masuk menusuk ke dalam kalbu. Hampir 20 orang kami ke sana, ada yang dari Perlis,Taiping,Penang,Kuantan & KL. yang bawa prospek pun ada.
Sambutan sangat2 luar biasa hebat. 700 orang. Teruja sangat2. Paling ramai sepanjang 3 tahun aku bersama AT 181.


seronoknya dapat duit raya.... Money Game. Happy happy...


Edi & prospeknya. Orang Jitra bekerja di KL. Sembang2 ilmu & semangat. Jangan jemu mencari ilmu. Ilmu yang pasti membuahkan hasil.


Rakan kongsi baru dari Penang. Begitu seronok dapat bergambar dengan CDM Kartini. Mesranya walaupun baru kali kedua berjumpa. Pertama kali jumpa di Safira Club, Kali kedua di Mines. Buat betul2. Jangan lepaskan peluang hebat ni. Dah ramai yang berjaya. Giliran anda pulak selepas ni. Kata2 hikmah CDM Kartini pada Ekin.


Sebahagian group yang sempat bergambar bersama. Syed Amir bersama anak pertamanya. Dari Kuantan. Tiada alasan untuk tidak berjaya. Sebelah kanan aku, Saiful dari Bandar Baru. Baru join bulan lepas. Tak lepas peluang untuk ambil ilmu & rasa suasana hebat yang AT sediakan. Shamsul & Ekin, pasangan yang berimpian tinggi. sebelum ke jinjang pelamin, target buat duit sebanyak mungkin. Tiket ke Perth menjadi matlamat utama. Honeymoon luar negara perrrrrrcuma.....


Ramainyaaaaaaaaaaaa...... Platform yang cukup hebat untuk mengubah kehidupan. Datang dari seluruh negeri.


Yang ini semua yang belum join. Sampai tak muat pentas tu. yang berdiri kat bawah pun ramai jugak. dalam 200 orang. Untungnya yang hadir. NEgatif pun terus jadi Positif. Sebab???? presentation yang mantap dari CDM2. Suasana yang tak pernah dirasai sebelum ini. Bukan seorang dua yang berjaya bersama AT. Terlalu ramai...


Tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata. Ramai Ramai Ramai.


Shamsul, pertama kali hadir ke Mines. menunggu masa saja untuk join. Bertuah sungguh dapat ditemuramah oleh CDM Faridah. MEluahkan dari isi hati apa yang dirasa pada program pagi tadi. Sungguh teruja, semangat & pasti akan buat bersungguh-sungguh. CDM sudah pasti. Action!!!!! Mestiiiiii


Yang sebelah kanan sekali tu SM Wawa dari Taiping & DSM Rozita dari Kuantan. Semangat berkobar-kobar untuk berjaya. Mesranya rakan kongsi mengalahkan saudara mara. sentiasa berhubung untuk memantapkan lagi strategi & bisnes. Hebatttttt.


Selepas program Aroma Terapi Minda.. DDM Ayu menjalankan tugasnya, terus demo. prospek dah tak sabar nak tahu macam mana nak berjaya... Oooooo mudahnya strategi Taipan. Siapa2 pun leh buat. Senang & mudah... suasana AT telah memudahkan segala-galanya


Apa yang dibelekkan tu Fitri.... ;) ;) ;)

Inilah kehebatan AT 181. Tips untuk berjaya dengan AT :
1. Hadir BOP/Meeting mingguan
2. Hadir seminar/roadshow/motivasi/pengukuhan/program khas dari AT 181
3. Hadir program dari syarikat - majlis anugerah
SM,SSM,DSM,DDM,CDM/Dinner/Ulangtahun dan lain-lain

Semua ini untuk ketahanan, semangat, momentum pada diri sendiri & juga network kita. Lengkap semuanya... pasti anda akan jadi Jaguh/Juara di pentas AT 181. Yang hadir sangat puas hati. AT 181 membuat kelainan pada program kali ini. Aku sendiri begitu teruja. Banyak ilmu baru yang dapat. Respons dari peserta yang hadir pun sangat2 positif. Berbaloi apa yang dikorbankan.... Sedikit pengorbanan untuk mendapat hasil yang berpuluh-puluh kali ganda.... Kejayaan dibina melalui pengorbanan sebenarnya. Tiada pengorbanan maka tiadalah kejayaan. Jangan lupa!!! tindakan perlu ada. Hebat mana sekali pun ilmu & suasana berniaga yang kita perlolehi... tapi andainya tiada tindakan... tidak bermaknalah apa yang kita dapat & juga korbankan. Aku yakin semuanya sudah bertindak... Maka bertindaklah sebaik mungkin. Kejayaan sudah hampir. Terlalu hampir. Hanya di sebalik tirai sahaja. Bertemu semua di puncak kejayaannn....

**** sampai penang jam 1am. kali ni kena speed trap di Taiping. tak jemu-jemu yaa... kebarangkalian orang kerajaan nak dapat bonus tinggi ni. Tembaknya selepas terowong Ipoh. Lokasi yang memang kelajuan pasti melebihi 110km/jam. ****

1 comment:

KAMARUDDIN BIN MAMAT said...

kena bertindak segera. 24 mesti lakukan apa yang kita belajar. tak akan lupa.tahniah anda pemimpin hebat. terukan jadi hebat dan tak berhenti jadi terbaik.