Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!!!!

31 Oktober. Hari Merdeka ke 53. Ramai yang menyambut kemerdekaan tepat jam 12. Bunga api berdentum sana sini. Wahhh. seronok. Happy. MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!! Negara sudah lama merdeka. Adakah diri kita sudah MERDEKA!!!!
Merdeka dari bebanan hutang? Merdeka dari kebebasan masa?? Merdeka dari sudut yang bagaimana?? Adakah minda kita sudah MERDEKA?? Masih dijajahkah minda & pemikiran kita. Hidup ditentukan orang atau kita yang menentukan hidup kita sendiri. Masih lagi bergantung pada bantuan?? subsidi?? belas ihsan kerajaan @ orang tertentu???
Dapatkah kita merasai erti kemerdekaan yang sebenar-benarnya. Sudah bebas kah kita dari belenggu kesusahan?? Nasib baik orang govt dapat bonus. Yang tak dapat macamana ya?? Eidul Fitri bakal menjelma. Ada yang dah shopping sakan. Credit card sampai maksimum. Ada yang shopping ala kadar sahaja. Ada yang belum shopping pun lagi. Ada yang dah beli tiket balik ke kampung. Ada yang tak dapat tiket sebab tiket dah habis. Ada yang tak boleh nak beli tiket. Ada yang ambil keputusan untuk kerja di hari raya. Senang katanya. Tak payah fikir. Tetamu nak datang rumah pun tak boleh. Kerja. Pulun OT.
Padahal dah 53tahun merdeka. Kenapa masih berada di tahap yang sebegitu rupa. Nak kata dijajah pun tak boleh. Tapi nampak masih lagi dijajah. Ada orang beli baju tak tengok kolar, beli kasut tak tengok tapak. Order makan tak tengok harga. Ada yang sebaliknya.
Hidup ini adalah pilihan. Ada yang pilih untuk berubah. Ada yang pilih untuk tak nak berubah. Ada yang tak pilih pun, ikut la macamana pun tak apa. Ada yang asyik mengeluh, menyalahkan sana sini, itu ini, semua tak betul katanya. Ada yang dah tak mahu mengeluh. Sebab dah letih mengeluh. Dah habis banyak masa & duit untuk mengeluh. Ya lah, nak mengeluh tempatnya di kedai kopi. Bukan duit yang masuk. keluar lagi adalah.
Syurga & neraka pun pilihan masing-masing. Ada yang menggunakan Ramadhan sebaik mungkin. Ada yang semangat di permulaan, pertengahan atau pun di penghujung. Beruntung orang yang menggunakan Ramadhan sebaik mungkin. Ada yang mencari Lailatul Qadar. Ada yang tak tahu apa itu Lailatul Qadar. Ada yang tak kisah pun dengan malam Lailatul Qadar.
Ada yang mengejar dunia. Ada yang mengejar akhirat. Ada yang mengejar kedua-duanya. Dunia makin dikejar makin jauh. Kejarlah kedua-duanya. Supaya kita terus merdeka dari zahir & batin. Luar & dalam. Bawalah agama dalam kehidupan. Supaya tidak tersasar. Boleh pilih untuk jadi orang kaya yang beriman & bertakwa atau jadi orang kaya yang kufur pada nikmat Allah. Pilihan di tangan masing-masing. Allah tetap memberi selagi kita terus berusaha. Yang dicari adalah keberkatan & keredhaannya tak kira dalam apa jua bidang yang kita pilih. Pilihan masih di tangan kita sendiri. Pilihlah yang terbaik.
Bertemu anda di puncak kejayaan dengan jiwa yang tenang dan mendapat barakah dari Allah Swt. Amin

No comments: