Tuesday, June 15, 2010

PERCAYA, YAKIN TANPA BATASAN



Apa yang dikatakan sebagai kepercayaan & keyakinan tanpa batasan? Dalam agama Islam, kepercayaan & keyakinan tanpa batasan iman. Melalui imanm barulah segala suruhan agama & larangan agama dituruti.
Dalam konteks perniagaan MLM, kita perlu percaya & yakin tanpa batasan kepada keupayaan & kehebatan diri kita.
Sebagai contoh, Thomas Eva Edison, percaya & yakin tanpa batasan beliau dapat menghasilkan lampu bagi menerangi alam pada waktu malam. Thomas melakukan eksperimen berulang kali walaupun menghadapi beberapa kegagalan. Namun disebabkan oleh percaya & yakin pada dirinya akhirnya, beliau berjaya menghasilkan lampu filamen.
1 lagi contoh, Pada tahun 2004, seorang lelaki bernama Janusz Kowzalaski berjaya memadamkan lampu hanya dengan menggunakan kuasa mindanya. Beliau berjaya menggunakan kuasa minda hanya dengan rasa percaya & yakin tanpa batasan. Kita tidak perlu percaya & yakin sampai boleh padamkan lampu. Cukup sekadar, kita percaya & yakin tanpa batasan potensi diri kita menjadi jutawan MLM pada masa hadapan.
Contoh lagi, mendiang M Letchumanan berjaya menarik kapal terbang hanya menggunakan rambutnya. Beliau tidak menggunakan kuasa jin mahupun kuasa sihir. Beliau menggunakan 100% kuasa yang terpendam dalam dirinya. Hal ini berdasarkan pada percaya & yakin yang tidak terbatas pada dirinya.
Begitu juga dengan diri kita. Apabila kita percaya & yakin tanpa batasan kita boleh & pasti jadi jutawan MLM, kita pasti berjaya. Yakin pada kebolehan & keupayaan diri, produk yang dikeluarkan, pelan pemasaran syarikat, kemampuan & keupayaan group, kewibawaan upline & yakin pada rezeki kita dalam bisnes kita.
Pokok pangkalnya kita perlu sangat-sangat yakin dengan apa yang kita lakukan. YAKIN YAKIN YAKIN. AKU HEBAT AKU BOLEH AKU PASTI BERJAYA

No comments: