Tuesday, June 22, 2010

KENAPA GAGAL DALAM MLM



Antara 5 rahsia besar kenapa gagal:
1. USAHAWAN TIDAK BERCAKAP
MLM adalah perniagaan yang melibatkan manusia. Wajib setiap usahawan MLM bercakap dengan manusia. Perlu ada komunikasi. Iklan dari mulut ke mulut. namun apabila kita duduk diam & tidak bercakap, perniagaan tidak dapat berkembang. Orang tak tahu apa yang kita buat kalau kita tak cerita.
2. KURANG BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN
Ada yang dah bercakap, tapi masih kurang. MLM mesti ada sponsor, service, support. Adakah kita berjaya apabila kurang berkomunikasi dengan orang lain. Jawabnya, TIDAK. Lakukan komunikasi seberapa kerap melibatkan 3s. *Bila bersama dengan group kita, fokuskan tentang bisnes. bagi motivasi, selesaikan masalah yang ada. jgn diam saja. sembang pun benda lain.
3.USAHAWAN TIDAK BERCAKAP DENGAN SEBAIK-BAIKNYA
Bercakap pada salah orang. Ada prospek yang tidak langsung berminat dalam MLM. (kalau kena gaya boleh minat) Ada juga yang belum cukup umur, tidak siuman & tidak cukup akal. Maksudnya, cari orang yang sesuai untuk kita berdemo.
4. USAHAWAN TIDAK BERCAKAP BENAR
Spesis yang suka menipu. cakap 10, yang boleh terima 1 sahaja. Bahaya2.
Selalu fokuskan 'KITA'. Kita mesti cakap mengikut T.I.N.Y iaitu Their Interest Not Yours (perkara yang diminati orang lain bukannya diri kita)
5. BERCAKAP SAMPAI TERLEBIH CAKAP
Bercakap macam burung murai tidak berhenti-henti. Komunikasi perlu dua hala bukannya 1 hala. syok sendiri. Bagi peluang & ruang pada prospek. Tengok respond prospek. Jangan tinggi diri,berlagak,riak,takbur. Berpijaklah pada bumi yang nyata.

No comments: