Pesanan dari CDM FARIDAH MOHD ALI
Jika kita nak berniaga besar:
* jangan fikir perkara yang remeh temeh
* jangan fikir perkara titik bengit yang tak berfaedah
* jangan suka Bergosip
* jangan menceritakan buruk downline, buruk upline atau pun buruk sideline. Akuilah bahawa setiap kita, saya, dia & mereka & anda ada kelemahan masing-masing. Kita pandang kebaikan orang dan kita perbetulkan kekurangan kita.
* sentiasa masukkan info, input & sokongan positif kepada setiap donwline kita
* kita terima bahawa bahawa bisnes naik atau turun itu biasa, bukan kerana jin, makhluk halus atau sihir. Ini semua boleh melemahkan ketahanan dan menggugat keyakinan diri kita. Jangan sesekali kita terpengaruh dengan pujukan syaitan yang tidak pernah terputus asa untuk memecahbelahkan kita.
Kita berusaha, berdoa & bertawakal, rezeki Allah yang anugerahkan. Kita terus berusaha, jika tak dapat bulan ini, kita akan dapat bulan depan. Saya sangat yakin bahawa bisnes anda akan terus berkembang jika sedia berusaha bersama Taipan.
Solat Sunat Dhuha yang kita buat setiap pagi adalah antara ikhtiar kita KEPADANYA.
No comments:
Post a Comment