1st June. bermulanya bulan baru. dah setengah tahun dalam 2010. Kita berada di tahap mana. Makin maju? semangat? yakin? matlamat? impian?.... kena semak. lebih baik atau dah sejuk. Dalam bisnes ni kita kena positif selalu. Perlu semak gerak kerja. Banyak berguru. bertanya pada yang berjaya. Dalam Taipan ramai yang dah berjaya. Apa yang kita rasa susah tu, sebenarnya ada penyelesaian. Jangan sakitkan kepala fikir sorang2. Berjemaah tu lebih baik.
Macam semalam. CDM Faridah hantar sms. Setiap selasa,rabu & khamis, dijemput siapa yang ada kelapangan untuk sama-sama solat dhuha di 3 masjid yang berbeza setiap hari. waktu dari jam 8am-9am. boleh baca Yasin & surah Al-Waqiah sama2. Indahnya Taipan. Dunia & akhirat di cari. Lepas tu sarapan sama2 & bertebaranlah kita mencari rezki. Jom kita semua buat sama2. Bagi yang bekerja, carilah masa di pejabat. Yang kerja luar, boleh singgah di mana2 mesjid. yang dah fulltime, boleh ajak kawan2 buat sama2. seminggu sekali pun tak apa. janji kita bermula. lebih berkat. lebih mudah rezki nak masuk. Jadi ada alasan tak untuk kita tak berjaya???
Awal bulan ni dah kena buat perancangan. Nak berapa TT bulan ni. Bantu rakan kongsi semua. Tak boleh duduk saja tunggu jadi. kena buat sampai jadi.
Macamana pula dengan persediaan untuk Dinner 26/6/2010 di MIECC. berapa ramai yang kita nak bawa? Dah promote pada rakan kongsi? Bawa prospek baru? Cuba ingat balik, dulu kita lebih yakin bila kita hadir majlis syarikat. lebih teruja bila naik pentas masa lagu Fikirkan Boleh. Putaran alam. Jadi kita kena ulang benda ni untuk rakan2 kongsi baru kita. yang dah lama pun kena hadir. baru terbakar semangat tu sentiasa. tak sejuk, sebab tak boleh sejuk. kena panas selalu.
Jangan tangguh2. promote habis-habisan. Kalau kita tak promote. group kita tak pergi. sebab dia tak nampak kepentingannya. Tahniah anda semua. Aku yakin semua tak sabar2 nak pergi. tak sabar2 nak bawa rakan kongsi & prospek.
Tak sabar2 nak gempur bulan ni. Target lebih tinggi. buat income lebih besar. lebih hebat.
No comments:
Post a Comment