Wednesday, June 30, 2010

FUHHHHHH!!!! GEMPUR

Selamat bertemu kembali. Rasanya dah beberapa hari tak sempat menulis kat sini. Memang terlalu sibuk. Hari sabtu 26hb sibuk dengan dinner di MIECC. Ahad pagi ke kelas di Taipan USJ. Ramai juga rakan kongsi dari utara yang turut serta. Sempat juga berdemo di KL. Isnin pagi sampai ke malam demo demo demo. Selasa pagi dah sampai ke Sungai Petani, turun ke seberang jaya, teluk bahang, sungai dua. Demo Demo Demo. Ni baru sempat tengok fbook dan update blog. esok pagi-pagi Demo Demo Demo.
Jumpa lagi.

Friday, June 25, 2010

ONLY THE STRONG

Seperti yang diceritakan masa r.show di kuantan. Hero yang menjadi idola. ONLY THE STRONG. telah mengeluarkan potensi yang ada dalam diri aku masa tu. umur 16tahun masa gambar ni keluar. kalau dia boleh buat. takkan aku tak boleh buat. Nanti ada masa aku cerita apa kaitan Movie ni dengan potensi dalam diri yang berjaya aku cungkil keluar.



Hari Penganugerahan

Esok hari gemilang, hari bermakna, hari bersejarah bagi penerima anugerah DSM/DDM & juga tabung kereta. Kejayaan anda diraikan olh syarikat. Penghargaan yang sangat2 bermakna. Jadi pembakar semangat untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah pada yang dapat anugerah esok.
Tahniah juga pada yang dapat tiket ke Switzerland / Umrah. Alhamdulillah, aku juga akan berangkat ke Switzerland & juga Umrah pada tahun ini. satu perkara yang tak pernah terlintas di akal fikiran. Terima kasih pada Taipan yang banyak berjasa, terima kasih pada syarikat yang sediakan platform. Terima kasih pada semua yang menjayakan. Pada rakan2 kongsi yang dapat.. tahniah. Pada yang tak dapat jangan putus asa. Fight ke Jakarta, fight ke Perth Australia. Semua berpeluang.
Esok pagi kena ke sekolah anak. ambil report card. lepas tu baru bertolak ke MIECC. perlu sampai awal. elak kesesakan lalulintas. parking di tempat yang strategik. Perancangan perlu dibuat. Gagal merancang, merancang kegagalan.
Kita kena penuh semangat untuk hadir Dinner esok. Jangan rasa beban untuk ke sana. Inilah kerja kita. Ini lah kitaran yang perlu kita lalui untuk berjaya.
jangan lupa beli bunga untuk rakan kongsi yang ambil anugerah. Jumpa esok di MIECC

Thursday, June 24, 2010

Safira Club 23 Jun 2010

Bicara niaga Taipan 181 berlangsung seperti biasa. Akademi Taipan 181 terus bersinar. Memang ramai yang datang. Hari ni di Safira Biz Talk Taipan saja yang ada. Minggu lepas pun hanya Taipan yang beroperasi. Sempat bersemabang dengan staff Safira masa buat payment. Dia dah kerja lama. Katanya, sepanjang dia kerja di situ, TAIPAN 181 saja group yang bertahan. 1 tahun lebih tanpa putus. tak macam company lain. sekejap ada, sekejap tak ada. Sambutan pun makin hebat katanya. Bermula bilik kecil, sampai la ke bilik yang besar. Tambah kerusi lagi. Musim bola ker, musim cuti ker.... sambutan tetap ramai. Kereta number 181 pun makin banyak. Dulu 1 ja. sekarang dah penuh. sampai parking pun tak cukup.
Memang betul apa yang dia kata. sepanjang setiap minggu di safira, memang perasan. jiran-jiran sebelah. lepas satu, datang yang lain. pastu hilang. pastu datang yang baru. Kami tetap setia pada yang satu. Dari kaca digilap menjadi permata. Dari zero menjadi hero. dari biasa2 menjadi luar biasa.
Malam ni CDM Faridah, CDM Mohd Razali, CDM Mariam, CDM Sarjan Mat & CDM Fitri. rakan kongsi dari Langkawi pun datang. Tahniah pada Habsah & Zubir. Ramai sungguh yang hadir. Seronok tengok orang yang nak ubah kehidupan. Konsisten dengan apa yang kita buat. Buat sungguh-sungguh. Pasti dapat hasil. Kalau belum jadi, buat sampai jadi. Mesti jadi. Jangan cepat mengeluh, mengalah & tewas. Tetapkan matlamat anda.
ROADSHOW PENANG - sambutan makin menggalakkan. dah ramai yang sahkan kehadiran. Bagi yang belum, cepat-cepat sebelum tempat penuh.

Tuesday, June 22, 2010

HERO

CEMUHAN LEBIH HEBAT KETIKA KITA MENGALAMI KESUSAHAN SEWAKTU MENJALANKAN PERNIAGAAN INI. APABILA KITA AMBIL PEDULI CEMUHAN ORANG LAIN, KITA SUDAH MEMBENARKAN ORANG LAIN MENCORAKKAN HALA TUJU KEHIDUPAN KITA. WALAU BAGAIMANAPUN, APABILA KITA TIDAK AMBIL PUSING KEPADA CEMUHAN ORANG LAIN, KITA ADALAH HERO!!!!

KENAPA GAGAL DALAM MLM



Antara 5 rahsia besar kenapa gagal:
1. USAHAWAN TIDAK BERCAKAP
MLM adalah perniagaan yang melibatkan manusia. Wajib setiap usahawan MLM bercakap dengan manusia. Perlu ada komunikasi. Iklan dari mulut ke mulut. namun apabila kita duduk diam & tidak bercakap, perniagaan tidak dapat berkembang. Orang tak tahu apa yang kita buat kalau kita tak cerita.
2. KURANG BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN
Ada yang dah bercakap, tapi masih kurang. MLM mesti ada sponsor, service, support. Adakah kita berjaya apabila kurang berkomunikasi dengan orang lain. Jawabnya, TIDAK. Lakukan komunikasi seberapa kerap melibatkan 3s. *Bila bersama dengan group kita, fokuskan tentang bisnes. bagi motivasi, selesaikan masalah yang ada. jgn diam saja. sembang pun benda lain.
3.USAHAWAN TIDAK BERCAKAP DENGAN SEBAIK-BAIKNYA
Bercakap pada salah orang. Ada prospek yang tidak langsung berminat dalam MLM. (kalau kena gaya boleh minat) Ada juga yang belum cukup umur, tidak siuman & tidak cukup akal. Maksudnya, cari orang yang sesuai untuk kita berdemo.
4. USAHAWAN TIDAK BERCAKAP BENAR
Spesis yang suka menipu. cakap 10, yang boleh terima 1 sahaja. Bahaya2.
Selalu fokuskan 'KITA'. Kita mesti cakap mengikut T.I.N.Y iaitu Their Interest Not Yours (perkara yang diminati orang lain bukannya diri kita)
5. BERCAKAP SAMPAI TERLEBIH CAKAP
Bercakap macam burung murai tidak berhenti-henti. Komunikasi perlu dua hala bukannya 1 hala. syok sendiri. Bagi peluang & ruang pada prospek. Tengok respond prospek. Jangan tinggi diri,berlagak,riak,takbur. Berpijaklah pada bumi yang nyata.

Saturday, June 19, 2010

ROADSHOW KUANTAN 19/6/2010

Roadshow Kuantan berjalan dengan lancar. Bertolak dari penang lepas isyak hari jumaat baru ni. berhenti rehat di R&R Tapah. Dapat tanggungjawab 1 slot masa r.show. Tajuk yang aku bentangkan 'KELUARKAN SINGA DARI DIRI ANDA' Slide buat di R&R Tapah. Bukan tak prepare awal. hari jumaat tu baru tau kena present di Kuantan. Bila kita positif, kita sentiasa bersedia. sampai di R&R Gambang jam 4pagi. mata pun dh ngantuk sangat2. terus terlelap. Sedar2 ada orang ketuk cermin kereta jam 6pagi. CDM Zaifri(suami CDM Roshila) yang ketuk. kalau dia tak kejutkan, agak2nya terlajak jugak tidur tu. CDM Siti Rohani pun ada sama. Berderet kereta 181 kat situ.
Lepas bersiap terus ke Hotel Sri Malaysia Kuantan. CDM SHARIL & CDM WAN HANIM dah ada. Tuan rumah datang awal. semangat.
RAkan kongsi dari Baling,Taiping & Kuantan pun turut serta pagi tu. Jauh bukan alasan. yang dekat apatah lagi. Ramai CDM yang datang support. Hebat & indahnya Taipan. Sambutan memang hebat. yang hadir adalah orang yang nak berjaya. Cuma aku rasa ada kekurangan sedikit. sebab CDM KARTINI & CDM KAMARUDIN tidak ada bersama. Mereka ke Batam, kembangkan empayar. Kibarkan Bendera Taipan di negara jiran.
Lepas roadshow, bersama rakan2 kongsi makan di Teluk Cempedak. Balik hotel dan terus rehat. 1jam ja sempat tidur sebelum tu. kepala pun dah pening. esok tu berjumpa dengan sahabat lama. 1kolej dulu. keluar makan, sempat juga demo. tak pernah dengar detail. Insyaallah, kalau ada rezki dia dalam hai o, pasti akan turut serta.
Singgah sekejap ke rumah DSM Syed Amir di Taman Tas. kemaskini strategi, bagi semangat, kongsi ilmu, untuk mudahkan dia berjuang nanti. Orang hebat. semangat tak pernah luntur. bertahan itu yang sangat penting.
Selesai semua, gerak balik ke penang. ikut genting highlands. jimat 1jam. keluar exit tanjung malim. sampai ke penang jam 11malam. rehat........
* Gambar2 tak dapat nak ambil. ada masalah dengan kamera. dah sampai penang, kamera ok pulak*

Thursday, June 17, 2010

SAFIRA CLUB 16/6

Alhamdulillah, safira club meman best. tetap hebat. Walaupun saingan bola sepak world cup. pejuang2 taipan tetap setia bersama. Prospek baru pun datang. Untung siapa yang bawa prosepk semalam. Majoriti close. CDM CIK MAT, CDM ABG ALI & CDM FITRI berganding bahu untuk menjayakan. Tak lupa juga DDM RIZAL & group. Group CDM Sharina & CDM WAN MAHZI pun ramai. Terima kasih pada rakan2 kongsi aku jugak. yang hampir semuanya kaki bola. Pengorbanan yang anda buat pasti membuahkan hasil. Tahniah semua.
Biz Talk Taipan makin mantap. Pengisian yang cukup ringkas & padat. CDM CIK MAT buat ice breaking & aku buat sedikit slot motivasi & juga beberapa pengumuman, berita2 terkini Hai O & juga Taipan. Talk habis sebelum jam 11pm.
Esok bertolak ke Kuantan. Support ROADSHOW TAIPAN & bertemu rakan2 kongsi aku di sana.

POSITIF

Sedikit tips untuk dikongsi bersama
* Selalu bayangkan kejayaan & kegembiraan serta kebahagiaan
* Bila ada sahaja pemikiran negatif yang cuba menganggu, cepat-cepat buang & gantikan dengan pemikiran positif
* Fikirkan kelebihan kejayaan yang kita dapat. Fikirkan juga kebahagiaan yang bakal kita kecapi.
* Dalam MLM fikir & bayangkan kita sudah menjadi jutawan MLM. Yakinkan diri kita.
* Bagi yang beragama Islam sentiasa berdoa kehadrat Ilahi supaya kejayaan & kegembiraan dalam hidup kita

Tuesday, June 15, 2010

PERCAYA, YAKIN TANPA BATASAN



Apa yang dikatakan sebagai kepercayaan & keyakinan tanpa batasan? Dalam agama Islam, kepercayaan & keyakinan tanpa batasan iman. Melalui imanm barulah segala suruhan agama & larangan agama dituruti.
Dalam konteks perniagaan MLM, kita perlu percaya & yakin tanpa batasan kepada keupayaan & kehebatan diri kita.
Sebagai contoh, Thomas Eva Edison, percaya & yakin tanpa batasan beliau dapat menghasilkan lampu bagi menerangi alam pada waktu malam. Thomas melakukan eksperimen berulang kali walaupun menghadapi beberapa kegagalan. Namun disebabkan oleh percaya & yakin pada dirinya akhirnya, beliau berjaya menghasilkan lampu filamen.
1 lagi contoh, Pada tahun 2004, seorang lelaki bernama Janusz Kowzalaski berjaya memadamkan lampu hanya dengan menggunakan kuasa mindanya. Beliau berjaya menggunakan kuasa minda hanya dengan rasa percaya & yakin tanpa batasan. Kita tidak perlu percaya & yakin sampai boleh padamkan lampu. Cukup sekadar, kita percaya & yakin tanpa batasan potensi diri kita menjadi jutawan MLM pada masa hadapan.
Contoh lagi, mendiang M Letchumanan berjaya menarik kapal terbang hanya menggunakan rambutnya. Beliau tidak menggunakan kuasa jin mahupun kuasa sihir. Beliau menggunakan 100% kuasa yang terpendam dalam dirinya. Hal ini berdasarkan pada percaya & yakin yang tidak terbatas pada dirinya.
Begitu juga dengan diri kita. Apabila kita percaya & yakin tanpa batasan kita boleh & pasti jadi jutawan MLM, kita pasti berjaya. Yakin pada kebolehan & keupayaan diri, produk yang dikeluarkan, pelan pemasaran syarikat, kemampuan & keupayaan group, kewibawaan upline & yakin pada rezeki kita dalam bisnes kita.
Pokok pangkalnya kita perlu sangat-sangat yakin dengan apa yang kita lakukan. YAKIN YAKIN YAKIN. AKU HEBAT AKU BOLEH AKU PASTI BERJAYA

Monday, June 14, 2010

DEMAM BOLA VS DEMAM TT


* Legenda bola sepak dunia * Beliau cukup hebat beraksi di padang. Kena tengok macamana beliau berjaya. perlu ambil semangat. orang kecil ja. tapi bukan alasan. *

Bertemu kembali di blog Taipan. Musim bola dah bermula. kedai makan penuh selalu. yang jarang keluar rumah pun dah mula keluar. seronok tengok bola ramai2. lebih semangat katanya. bila gol saja... bergegar kedai2 makan.
Ada orang kata musim bola ni berniaga slow sikit. sebab nak fokus bola. bukan selalu katanya.
Bagi kita yang berniaga, setiap masa kena fokus bisnes. lagi seronok musim bola nie. lagi senang nak jumpa kawan2. tak payah buat temujanji pun boleh jumpa. yang susah nak ajak keluar minum pun dah boleh terserempak kat kedai makan. Kita kena positif musim bola ni. kena kreatif jugak. boleh telefon kawan2, jom tgk bola malam ni. jom jumpa awal sikit. seronok nak sembang pasal bola. sebelum game mula.. kita dah boleh sulam berniaga. nak cerita sekejap ja. lepas tu prospek dah boleh tengok bola. Nak menang world cup kena ada strategi. Nak hebat berniaga pun kena ada strategi. Jangan kita pun sama2 tengok bola sampai prospek depan mata pun buat tak nampak. kita juga yang rugi.
2 hari sudah, downline ajak demo kat kedai makan. yang ada skrin besar lagi. masa nak pergi tu, tergerak juga dalam hati. macamana aku nak demo. mesti ramai & bising kat situ., bolehkah prospek nak fokus. itu yang aku fikir. Tapi nak jadi cerita. prospek duduk depan skrin besar, tapi tak mengadap pun kat bola. lebih fokus pada bisnes. Katanya, seronok tengok orang main bola... tapi kita yang income tak berapa nak cukup ni, tengok bola pun tak enjoy. lebih seronok dengar cara nak buat duit. dah banyak duit... padang bola pun boleh beli.
Jadi, kita jangan suka buat keputusan untuk orang. jangan kita fikir bukan2. gerak kerja perlu tambah. kita dah ada team. susun strategi. yang dah ada kereta mewah. turun padang. turun kat kedai makan yang ramai orang berkumpul. turun dengan group kita. jumpa ja prospek, dah boleh cerita. sekejap ja... tak lama.
Tahniah pada semua. sama-sama kita gempur

Saturday, June 12, 2010

BERNIAGA BESAR

Pesanan dari CDM FARIDAH MOHD ALI

Jika kita nak berniaga besar:
* jangan fikir perkara yang remeh temeh
* jangan fikir perkara titik bengit yang tak berfaedah
* jangan suka Bergosip
* jangan menceritakan buruk downline, buruk upline atau pun buruk sideline. Akuilah bahawa setiap kita, saya, dia & mereka & anda ada kelemahan masing-masing. Kita pandang kebaikan orang dan kita perbetulkan kekurangan kita.
* sentiasa masukkan info, input & sokongan positif kepada setiap donwline kita
* kita terima bahawa bahawa bisnes naik atau turun itu biasa, bukan kerana jin, makhluk halus atau sihir. Ini semua boleh melemahkan ketahanan dan menggugat keyakinan diri kita. Jangan sesekali kita terpengaruh dengan pujukan syaitan yang tidak pernah terputus asa untuk memecahbelahkan kita.
Kita berusaha, berdoa & bertawakal, rezeki Allah yang anugerahkan. Kita terus berusaha, jika tak dapat bulan ini, kita akan dapat bulan depan. Saya sangat yakin bahawa bisnes anda akan terus berkembang jika sedia berusaha bersama Taipan.
Solat Sunat Dhuha yang kita buat setiap pagi adalah antara ikhtiar kita KEPADANYA.

Thursday, June 10, 2010

Safira Club Bersama CDM FARIDAH


CDM FARIDAH MOHD ALI.
Pakar Motivasidalam group Taipan. 1 dalam seribu. tak dapat dicari ganti. 8 tahun SETIA bersama Hai O dlm group Taipan 181. Membina Group, dari beberapa orang sampai la tak terkira.

Tahniah & terima kasih pada semua yang menjayakan kelas setiap minggu. Terima kasih CDM2 yang hadir, CDM Zulfaudzilah, CDM Mariam, CDM Abg Ali, CDM Che Mat, CDM Wan, CDM Sharina, CDM Fitri(aku ler tu)
Sesiapa yang datang setiap minggu, dia memang nampak, kehebatan Taipan. Datang lambat ja confirm tak dapat tempat duduk. silap2 tak dapat masuk. Dulu kita kena tungu orang. sekarang dah berubah. orang berpusu-pusu. semua nak duduk depan2. dah tahu, kalau lambat, rugi sangat2. nak bawa prospek masuk pun tak dapat.
Alhamdulillah.
LOYALTI, LOYALTI, LOYALTI. Itu yang ditekankan oleh Cdm Faridah. 8tahun beliau sangat2 loyal pada syarikat, pada upline, pada group. Hasilnya?? 6angka sebulan. Jangan kita jadi orang yang mudah goyah. baru kena ombak sikit. dah nak berubah kapal. Cuba fikir? kalau kapal yang baru tu tak kukuh! nak ubah lagi ker? pastu ubah lagi? dan lagi? Selagi syarikat masih ada, selagi group masih hebat. kita terus berjuang, Mantapkan lagi,
Taipan sedang menyusun strategi. Roadshow Penang akan dijalankan pada 17 Julai 2010. Saksikan limpahan kereta mewah group Taipan, kerjasama CDM2 Taipan satu Malaysia. Kami akan berkampung di Penang. Lokasi akan diberitahu dalam masa terdekat. Cepat promote. cepat2 bagi nama dan bayaran. siapa cepat dia dapat. Orang hebat kena cepat. Jangan tangguh2.

Monday, June 07, 2010

LANGKAWI 1

Alhamdulillah, dah selamat sampai ke Penang. 2hari di Langkawi. Macam2 pengalaman. Terima Kasih pada rakan kongsi di Langkawi. Zubir & Habsah, pasangan hebat. Orang yang kuat semangat. yang penting nak. Tekad & perlu fokus. Lebih 10 demo dlm masa 2 hari. Tahniah juga pada Ima, yang kembangkan group ke Langkawi. Macam ni la, bawa peluang & juga support. itu yang penting.
Bila kita positif, semua benda akan jadi mudah. jangan ada sedikit pun negatif dalam minda kita. Kami sangat2 yakin plan TT ni mesti meletup. Terus buat, jangan berhenti ya group Langkawi. Gagahlah anda sebagaimana Helang yang masyhur di sana.
Kami menginap di AB Resort. cantik tempat tu. mengadap laut. anak2 memang seronok. walaupun dalam keadaan kami yang tak sihat. Alhamdulillah, bisnes berjalan seperti biasa. demo tetap demo. Dalam masa yang sama, anak2 pun happy. mandi laut, jalan2, beli baju, coklat, minyak gamat.
Hari kedua di Langkawi hujan lebat. Laut bergelora. Macam tu la semangat pejuang2 Taipan. Sentiasa bergelora. Tidak ada alasan upline jauh tak boleh berjaya. Plan TT mudah untuk kita belajar dalam masa yang singkat. Jangan takut untuk mencuba. Demo kena jalan. tak jadi buat lagi. sampai bila? sampai jadi. bila dah jadi... pasti menjadi-jadi. follow up jangan lupa. kalau tak follow up, sia-sia ja kita demo.
Musim cuti sekolah ni, jangan kita pun cuti berdemo. Lajukan lagi, tambah gear, tambah speed, masuk enjin turbo. laju-laju. buat persediaan untuk ke Perth, Australia. bulan pertama ja kempen dah boleh dapat 1 tiket. Pasti dapat.

Saturday, June 05, 2010

LANGKAWI


Hero Taipan. meninjau kawasan, lokasi strategik untuk TT. baru lepas biz talk kat langkawi. bawa anak2 & rakan kongsi makan.

Hijaunya pemandangan. sejuk mata memandang. masa ni dalam perjalanan ke Makam Mahsuri.

Menjamu selera setelah anak2 penat mandi laut. luangkan masa yang berkualiti.

Memang rasa puas hati dapat gembirakan anak2. rezki yang dapat untuk keluarga juga. makan lah apa yang nak. jangan tak habis ya.

Nanti update.... bawa anak pergi mandi laut jap. hujan dah berhenti... TT sedang menanti..

Thursday, June 03, 2010

Kurang Sihat

Salam Taipan. Baru berjalan 2 hari dalam bulan Jun. Kesihatan pula kurang memuaskan. Demam, selsema, tak sedap badan. semua ada. Buat pertama kalinya hampir 3tahun menjalankan Biz Talk Taipan, semalam sampai lambat sikit. selalu sampai paling awal. Bila lambat sikit ramai jugak yang telefon. CDM, malam ni tak ada talk ker? CDM, malam ni buat talk kat mana.
Ceritanya macam ni. memang tak terdaya langsung untuk bangun. wife pun tak sihat. gagahkan diri, cari kekuatan untuk keluar rumah. dah sampai dekat jambatan pulau pinang, teringat yang projektor ada dalam kereta lagi satu. Aduhai... kena patah balik. Kelajuan jangan cerita. atas jambatan adalah 160-180km/jam. sempatlah tengok keereta cdm hasmidar, cdm zaki. nak hon pun tak sempat. sebab tau ramai orang sedang menunggu. T.kasih pada DDM RIzal, yang reserve kan parking kat Safira. orang hebat tu semua. orang yang nak berjaya.
Sampai ja safira terus mulakan acara. Alhamdulillah, ramai cdm2 datang. CDM Nuri, CDM Zaki, CDM Haryana, CDM ABg ALi, CDM Che MAt dan leader2 lain.
Nak jadi berniaga besar ni hati kena besar. selama buat kelas kat safira, tak pernah la datang lambat walau sekali. semalam adalah seorang hamba Allah. kita sampai dalam keadaan yang tak sihat, dan agak terlambat sedikit. terus ditegurnya. Lambat nampak !!!! HMMMMMMMm dugaan untuk berniaga lebih hebat nie. senyum ja lah. nak kata apa. Kalau kita tengok balik lumrah kehidupan. pun macam tu jugak. buat la baik 1000 kali. ada 1 silap saja dah cukup. Itulah yang orang nampak. Itulah yang orang pandang. Tenggelam 1000 kebaikan yang pernah dibuat.
Tapi takpa. Untuk aku berniaga lebih lama, lebih besar & lebih hebat. Benda2 remeh macam ni jangan dilayan. Begitulah juga sahabat2 seperjuangan. Dalam kita membina perniagaan kita, pasti ada perkara2 sebegini berlaku, jangan cepat marah, melenting, kecik hati, merajuk. Benda kecil ja. Tabahkan hati. Terusja perjuangan kita. jangan rosakkan dengan perkara2 kecil. Bertemu di Puncak Kejayaan.
Esok kelas pengukuhan di ALor Setar bersama CDM Faridah.
Lepas tu terus ke Langkawiiiiiiiiiii

Tuesday, June 01, 2010

JUN 2010

1st June. bermulanya bulan baru. dah setengah tahun dalam 2010. Kita berada di tahap mana. Makin maju? semangat? yakin? matlamat? impian?.... kena semak. lebih baik atau dah sejuk. Dalam bisnes ni kita kena positif selalu. Perlu semak gerak kerja. Banyak berguru. bertanya pada yang berjaya. Dalam Taipan ramai yang dah berjaya. Apa yang kita rasa susah tu, sebenarnya ada penyelesaian. Jangan sakitkan kepala fikir sorang2. Berjemaah tu lebih baik.
Macam semalam. CDM Faridah hantar sms. Setiap selasa,rabu & khamis, dijemput siapa yang ada kelapangan untuk sama-sama solat dhuha di 3 masjid yang berbeza setiap hari. waktu dari jam 8am-9am. boleh baca Yasin & surah Al-Waqiah sama2. Indahnya Taipan. Dunia & akhirat di cari. Lepas tu sarapan sama2 & bertebaranlah kita mencari rezki. Jom kita semua buat sama2. Bagi yang bekerja, carilah masa di pejabat. Yang kerja luar, boleh singgah di mana2 mesjid. yang dah fulltime, boleh ajak kawan2 buat sama2. seminggu sekali pun tak apa. janji kita bermula. lebih berkat. lebih mudah rezki nak masuk. Jadi ada alasan tak untuk kita tak berjaya???
Awal bulan ni dah kena buat perancangan. Nak berapa TT bulan ni. Bantu rakan kongsi semua. Tak boleh duduk saja tunggu jadi. kena buat sampai jadi.
Macamana pula dengan persediaan untuk Dinner 26/6/2010 di MIECC. berapa ramai yang kita nak bawa? Dah promote pada rakan kongsi? Bawa prospek baru? Cuba ingat balik, dulu kita lebih yakin bila kita hadir majlis syarikat. lebih teruja bila naik pentas masa lagu Fikirkan Boleh. Putaran alam. Jadi kita kena ulang benda ni untuk rakan2 kongsi baru kita. yang dah lama pun kena hadir. baru terbakar semangat tu sentiasa. tak sejuk, sebab tak boleh sejuk. kena panas selalu.
Jangan tangguh2. promote habis-habisan. Kalau kita tak promote. group kita tak pergi. sebab dia tak nampak kepentingannya. Tahniah anda semua. Aku yakin semua tak sabar2 nak pergi. tak sabar2 nak bawa rakan kongsi & prospek.
Tak sabar2 nak gempur bulan ni. Target lebih tinggi. buat income lebih besar. lebih hebat.