Monday, January 17, 2011

USAHAWAN WANITA BERJAYA

Siapakah Wanita yang berjaya ini?? Pn Suwarsi M. Arukin

Merupakan salah seorang mentor aku dalam dunia perniagaan. Beliau merupakan orang yang sangat hebat. Bermotivasi tinggi & sangat berani. Pernah bekerja di alam makan gaji, pernah berniaga MLM, dan IMPIAN terpendam beliau telah pun dilaksanakan,

Pelancaran buku beliau telah dilakukan baru2 ini oleh Prof Datin Seri Dr Aishah Bt Hj Salleh.
USAHAWAN WANITA BERJAYA


Pertemuan aku dengan Kak Sue, adalah atas sebab perniagaan. Begitu merendahnya diri Kak Sue kerana sebelum pertemuan untuk aku berkongsi peluang perniagaan bersama AT181, beliau begitu positif & memberi galakan untuk aku. Aku tak tau pun yang Kak Sue ni Bisnes Woman jugak. Hari Raya Aidil Fitri 2008, aku bersama isteri & anak ke rumah Kak Sue. Sambil makan sambil2 tu aku nak cerita peluang.

Masa tu aku baru bertapak dalam AT181, bukti yang ada ialah perlancongan ke Korea & kereta pertama Honda Civic PHV181. Aku tak bercerita pun marketing plan pada masa tu,
SEBAB??  rumah beliau renovation saja kalau tak silap aku rm500k. Kereta Alphard & BMW 5 series. Suami beliau juga orang berniaga, Gambar dengan orang2 besar penuh 1 rumah. Main Golf dengan orang kenamaan. Mantan Perdana Menteri Malaysia - Datuk Dr Mahathir pun ada main golf sama2.

So, aku pun makan, sembang2 rancak dengan suami Kak sue..Orang Nibong Tebal... best la cakap loghat utara.

Walaupun aku tak demo, tak ajak sungguh2 Kak Sue join, mungkin kelemahan aku masa tu..  Tapi aku dapat banyak benda yang berguna sampai hari ni...

1. Kak Sue tak sombong walaupun dah berjaya, kaya raya dalam kehidupan.
2. Masih beri peluang untuk orang cerita peluang ( cuma aku yang tak cerita)
3. Galakan & dorongan untuk aku terus berjaya selalu dipesan oleh Kak Sue.
4. BMW 5series Kak Sue menjadi pembakar semangat untuk aku bekerja lebih kuat.
5. Bila aku letak jawatan 24jam, kak sue diantara orang yang mengucapkan tahniah. Macam ni lah nak berjaya dalam hidup katanya... BERANI.

Selepas ini, aku memang akan kongsi peluang dengan sesiapa saja... walaupun usahawan berjaya... SEbab???  PELUANG... orang sentiasa mencari peluang... Jangan ulangi kelemahan2 yang dulu... (pesanan untuk aku & sesiapa saja yang nak terima pesanan ni)

Melalui Kak Sue jugaklah aku kenal dengan Kak Minarni Saad.(akan diceritakan dalam topik yang lain siapa Puan Minarni Saad) Itulah perancangan, pertemuan yang telah Allah aturkan.

So kepada pembaca-pembaca sekalian... BELILAH buku Menu Lengkap 100 Resepi seperti yang di atas. Masakan Kak Sue memang sedap.

P/S : Kak Sue!!  Masakan Kak Sue yang hebat tu akan lebih hebat lagi bila Kak Sue guna BIO ZONE FOOD PURIFIER.... hehehehehe  betul Kak SUe...  tak percaya?? kena cuba... pastu test tengok ya...

2 comments:

cookingwithsue said...

Alhamdulillah, syukur dan terimakasih Fitri atas penghargaan ini. Sebenarnya, kak sue taklah sehebat mana. Cuma, kalau ada yg mahu berkongsi rahsia kejayaan dgn kak sue, insyaallah sedia utk berkongsi agar kita semua mencapai apa yg kita impikan dlm hidup. IMPIAN itu penting bagi mencapai kejayaan, diiringi usaha dan doa. Jgn pernah ada rasa kesal atas apa jua yg pernah terjadi (baik atau buruk) kerana tiap sesuatu yg berlaku itu pasti ada sebab dan hikmahnya sendiri. Yg paling penting, apabila dah berada di atas, jgn sekali2 lupa rumput yg dipijak. Kpd Fitri: Kak sue ucapkan selamat maju jaya dan moga kejayaan berkekalan buat anda dan keluarga tersayang.

KAMARUDDIN BIN MAMAT said...

semua boleh. cuma kena setkan matlamat. buat dan terus buat. jangan mudah kecewa. bukan boleh berjaya dalam sehari. perlukan masa untuk capai sesuatu destinasi...