Jemaah Umrah kami patutnya berlepas Dis 2010, tapi ditunda kerana ada masalah visa dari kerajaan Arab Saudi. Jom kita tengok program yang telah diaturkan.
Semasa mengerjakan Umrah kali pertama pada tahun 2009
HARI PERTAMA 19/3
KLIA-DUBAI-MADINAH
HARI KEDUA 20/3
MADINAH - Check in Hotel, Ziarah MAKAM RASULULLAH SAW (MASJID NABAWI) & para sahabat, Raudhah, Perkuburan Baqi.
"Pahala solat di Masjid Nabawi adalah 1000 kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain mesjid kecuali di Masjidil haram" (HR Bukhari & Muslim)
HARI KETIGA 21/3
MADINAH - Ziarah Mesjid Quba,Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud & Pasar Kurma.
HARI KEEMPAT 22/3
MADINAH/MAKKAH
-Ziarah Masjid Nabawi
-Berpakaian Ihram & ke Makkah, singgah di miqat Bir Ali ( tempat berniat umrah/haji )
-Check in Hotel di Makkah
- Mengerjakan Umrah
-Bebas beribadah di Masjidil Haram
HARI KELIMA 23/3
MAKKAH - Acara bebas dengan aktiviti beribadat
HARI KEENAM 24/4
MAKKAH - Lawatan ke Jabal Thur, Jabal Nur, Jabal Rahmah, Padang Arafah,Muzdalifah,Mina(tempat melontar), Masjid Ja'ranah
HARI KETUJUH - KESEMBILAN 25/3-27/3
- BEBAS BERIBADAH DI MASJIDIL HARAM
"Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) adalah 1000 kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram, Solat di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 kali solat di masjidku ini ( iaitu 100 ribu kali daripada masjid lain" (HR Imam Ahmad, Sahih)
HARI KESEPULUH 28/3
MAKKAH/JEDDAH/KUALA LUMPUR
-Tawaf Wida'
-Bertolak Ke Jeddah
-Berlepas ke Kuala Lumpur
HARI KESEBELAS
Sampai ke KLIA
No comments:
Post a Comment