Sunday, January 02, 2011

1.1.11 - Konvensyen CDM AT181

Permulaan tahun 2011 bermula dengan Konvensyen CDM AT181. Bertempat di Mines Wellnes Resort. 8am-7pm. Semua CDM 1 Malaysia hadir. Sudah menjadi acara rasmi pada setiap tahun. Tarikh 1.1.?? akan menjadi pembuka tirai. Di kala ramai orang meluangkan masa dengan keluarga pada cuti tahun baru yang disambut diseluruh dunia, AT181 membuat perancangan hebat untuk memperbaiki pimpinannya setiap tahun. Blueprint AT181 menjadi landasan untuk kami terus bergerak maju di tahun 2011. Manifesto perlu diadakan, program2 di seluruh Malaysia akan dilaksanakan. Azam, Impian, Target yang belum tercapai pada tahun 2010 akan ditunaikan sepenuhnya pada tahun 2011.

Barisan pemimpin2 Otai dalam AT181, mereka sangat berpengalaman di dalam rencah-rencah AT181. Upline kesayangan semua, upline yang banyak mencorakkan perjalanan perniagaan kami, upline yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan, itulah Pemimpin hebat, pemimpin berjiwa murni - CDM Kartini. Bersama teman2 seperjuangan beliau di permulaan membina AT181 CDM Yan, CDM Ku Yah, CDM CT Rohani, CDM Rozana Roza
Pasangan sedondon, sehati sejiwa, suka duka dilalui bersama, Pakar motivasi hebat AT181, CDM Faridah Mohd Ali & CDM Dzulfadzilah.
Siapa tak kenal, CDM Mohd Razali, banyak keajaiban yang beliau temui di dalam AT181, kenapa begitu ajaib?? sebab AT181 sebenarnya mempunyai keajaiban yang tersendiri, tambahan pula syarikat juga mempunyai produk2 ajaib, Itulah kesannya... perniagaan bersama AT181 boleh naik melonjak seperti ada MAGIKA.... banyak rekod2 baru lahir dari AT181.. Tahniah CDM Muhd Razali, 2tahun perkenalan kita di dalam AT181.. Kepakaran beliau tak dapat dinafikan lagi.. Tahniah CDM..
CDM Ah Hock, 18 tahun bersama syarikat. 18 tahun bertahan, 18tahun teruji sudah kesetiaannya, Kalau lah kita tahu? kalau lah kita sempat, KALAU KALAU KALAU... katanya, kalaulah kita tahu masa depan, kita lebih bersedia, kalaulah kita tahu kita akan masuk ke dunia bisnes, kita akan buat persediaan, kalaulah itu.. kalaulah begini... hakikatnya, kita tidak tahu.. jadi apabila kita sudah berada di dalam team.. sudah berada di kalangan orang2 berniaga,,, berada di platform yang telah melahirkan begitu ramai Jutawan, bersedialah, mencarilah ilmu, kejarlah apa yang kita tak sempat.. tiada istilah KALAU.. teruskan saja perjuangan.
Nak Hebat Mesti Kena Cepat.. Untuk CEpat juga Perlu Hebat!!!
CDM Zulkifli Sohor, lebih kurang 15 tahun bersama syarikat. Orang yang cukup bertenaga, berilmu, selamba di dalam percakapannya. Kata-katanya seribu makna. Menjadi Idola kami semua. 1 tahun sekali pastinya bertemu, di Konvensyen CDM beliau mencurahkan Ilmu.
Hero2 AT181. Ceria selalu. Bersama & Bersatu setiap waktu.
Gempur Utara, Di antara CDM2 yang mengembangkan rangkaian ke Utara.


Ya... berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Jejak langkah mereka pasti akan aku susuri...
CDM Kamarudin Mamat. Insan hebat, Bersahaja dalam tingkah lakunya, Kepuasan hidup sudah dirasai. 38 tahun umurnya. Diukurkan dengan kejayaan yang dimiliki... CUkup pantas, cepat... kerana mereka insan hebat... Dengan Izin Allah SWT, kami semua bersatu di bawah bumbung AT181. Untuk terus mencungkil bakat-bakat baru, Menggali di mana lagi tersembunyi insan2 yang mempunyai impian untuk dijayakan, mereka yang tidak mengenali potensi diri. Mari sini... Kami semua masih di sini.. untuk meneruskan 1 perjuangan yang apinya tidak akan padam.
CDM Faridah Mohd Ali.. sinonim sudah dengan kelantangannya bersuara, Gemersik suaranya menusuk ke kalbu setiap insan, susunan kata-katanya bagaikan seorang sasterawan. Motivasi diri yang sangat tinggi, ketahanan melalui perjalanan perniagaan. dihadapi dengan penuh ketenangan. Jasa beliau diakui oleh CDM Ah Hock, banyak kerja2 yang telah CDM Faridah lakukan untuk memudahkan lagi perjalanan AT181. Ikhlas datang dari hati, Kesannya juga sudah terbukti, Lahirnya pemimpin2 hebat silih berganti, AT181 tersemat di hati. Terima Kasih CDM Faridah Mohd Ali.
Bergambar dengan Kek ulangtahun.

 

Selamat selamat selamat
Succes forever
8.1.11 tarikh lahir CDM Faridah.. AT181 menyambut hari lahir semua warganya untuk Januari 2011 semalam.
CDM Kartini - potongan kek dilakukan.. Banyak pengorbanan beliau pada AT181.. Beruntung kami semua berada di bawah pimpinan CDM Kartini & CDM Kamarudin. Merekalah FIGHTER hebat. Yang tidak pernah mengaku kalah, tidak pernah lari dari masalah, tidak pernah mengundur walaupun setapak. 10 tahun pengalaman di dalam arena ini..
"Marilah kita semua warga AT181... perjuangan tahun 2011.. kita raih kejayaan besar.. kejayaan yang lebih hebat dari tahun2 sebelumnya. BERSAMA & BERSATU kita selamanya.. di dalam mengharungi suka duka perniagaan ini. Bagi yang terus bertahan... anda semua adalah pejuang sejati, pejuang hebat.. pengorbanan kita semua pasti akan dibalas dengan 1001 kejayaan yang kita semua tidak pernah termimpi. Yakinlah....  2011... adalah tahun EMAS untuk kita semua..."
Terima kasih pada CDM KARTINI & CDM KAMARUDIN... 

GO GO GO TAIPAN!!!!!!!

No comments: