Thursday, July 01, 2010

TIPS BERGUNA

TEKNIK DONALD TRUMP
Ada satu teknik yang sentiasa digunakan oleh Donald Trump (siri The Appreantince) untuk memprospek. Donald Trump merupakan seorang yang berkaliber dan terkenal dalam perniagaan. Teknik ini digelar W.I.I.F.M (What's In It For Me). Apa yang memberikan manfaat kepadaku.
Prospek tidak mengambil kira apakah kelebihan yang kita perkenalkan. Mereka hanya mengambil kira apakah yang bakal mereka dapat dari kita. Kita yang dapat memenuhi keperluannya, kemahuannya dan keinginannya. Prospek tidak 'sign up' borang ahli dan berkata dalam hatinya 'Wah, produk syarikat ini hebat dan boleh memberikan manfaat.' Mereka hanya berkata dalam hati 'Wah, ini peluang bagi saya mendapatkan kewangan yang kukuh'.
Ini adalah rahsia yang dipegang dan diperkenalkan oleh Donald Trump. Ketika mendapatkan rakan kongsi, beliau lebih menekankan apa yang rakan kongsinya dapat jika mereka bergabung.
Berhenti dari menceritakan tentang kelebihan yang ada pada diri kita. Namun, fikirkan tentang apa kelebihan, kebaikan dan keistimewaan yang bakal prospek dapat. Fikirkan tentang orang lain, bukannya diri kita. Ini konsep W.I.I.F.M.
Teknik ini sangat berkesan jika kita boleh memberikan prospek merasakan betapa ruginya mereka jika tidak menyertai MLM. Kita mesti melihat dari kaca mata prospek dan bukannya dari kaca mata kita. Biasanya, apabila kita membuka minda mereka, dengan sendirinya mereka dapat melihat hebatnya MLM yang boleh mengubah diri mereka.

Inilah yang terjadi pada diri aku sendiri yang suatu masa dahulu memandang remeh pada orang yang join MLM. Bagi aku, buang masa, tiada hala tuju, muka tak malu dan sebagainya. Bak kata pepatah.. Tak Kenal Maka Tak Cinta... MLM telah mengubah kehidupan aku luar biasa. Bukan saja dari pendapatan, tapi dari dalaman.
Bertemu lagi..

No comments: