Apa perkembangan selepas hadir Roadshow??? bertambah baik atau biasa2 saja... setakat ni respond yang cukup hebat aku dapat dari para peserta. Semangat luar biasa. Baru ramai yang sedar diri masing2 masih lagi tersembunyi potensi yang ada. Rata-rata sebelum ni tak berapa nak yakin dengan kemampuan diri sendiri. takut, malu, segan & yang sewaktu dengannya. Bila perasaan tersebut dapat diatasi, barulah potensi dalam diri dapat dilihat sebaik mungkin. Singa dah keluar dari kandang. Mengaum ke seantero tanah air. Berani, disiplin, rajin & sungguh2 menguasai diri. Hanya diri sendiri yang menghalang sebelum ni.
Kalau kita takut pada KAYA, memang payah nak kaya. Kalau kita takut pada DUIT, duit memang tak datang pada kita. Tenaga dalam diri perlu dikuasai. perlu kuat tenaga kita. ada yang panggil Aura. Aktifkan aura. guna kuasa minda sepenuhnya. sebab itu cdm2 otai selalu kata, positif, positif, positif. baru semua yang positif akan datang pada kita. selalu sebut apa yang kita nak. baru lah dapat. Kejayaan akan lebih mudah jika kita bergerak pada langkah-langkah orang berjaya. kita mesti ke depan. bukan ke belakang.
macam hari ni, sempat chating dengan salah seorang rakan kongsi. semangat dah meluap-luap lepas hadir roadshow. tapi tak tau nak mula macam mana. katanya dah habis kawan. ajak jumpa semua tak nak. bila diperbetulkan cara nak buat appointment. malam tadi terus dapat jalan 1 appointment. mudah ja. ajak minum. tak yah la nak cerita aku ada bisnes. bila dah dapat bersembang. kita ada soalan-soalan yang boleh membuatkan prospek nak dengar apa yang kita buat. kita pun boleh tau latar belakang prospek. cukup tak gaji sebulan. apa perancangan untuk raya nanti. seronok tak kerja tempat sekarang. yang pasti 99% prospek akan jawab gaji tak cukup. nak buat side income tak tau macam mana. kerja penuh dengan tekanan.
Kan dah dapat peluang. masa tu minda prospek dah terbuka bila kita buka peluang. ceritalah dengan penuh semangat. tunjukkan bukti-bukti yang ada. bagi keyakinan pada prospek. sungguh-sungguh penting masa kita cerita. biar dari hati sampai ke hati. mesti jadi.
Sajala nak cerita kat sini. Ada yang dah join bisnes. tapi tak menjadi. merungut kat sana sini. aku rasa macam tertipu. ingatkan boleh senang tapi sama saja. menyesal aku join bisnes ni. dari pengalaman 3 tahun aku dengan bisnes ni. yang mengeluh macam ni selalunya....
1. tak hadir kelas mingguan
2. tak buat appointment
3. tak berhubung dengan upline
alasan selalunya sibuk, penat, letih dan macam-macam
disebalik tu kadang-kadang masanya lebih dihabiskan kat facebook, main game, dan merungut hari-hari.
kan bagus kalau masa tu diluangkan untuk jumpa upline/mentor. dalami ilmu berniaga ni macam mana. untuk berjaya perlu buat apa. kalau merungut masalah takkan selesai. kenapa orang lain boleh berjaya... kenapa tidak kita. mungkin ada benda yang kita silap. mungkin ilmu kita perlu ditambah. dan yang diperhatikan, kebanyakan mereka tak hadir roadshow. rugi sangat2. macam mana upline-upline nak bantu. kalau kita tak benarkan diri kita dibantu. nasi kalau dah hidang depan mata. tangan kita juga yang perlu menyuapkannya. takkan nak upline buat semua untuk kita. cari rakan kongsi untuk kita. sama-samalah kita berusaha untuk kejayaan kita. bantu-membantu memang amalan taipan. datanglah kelas selalu. pasti kejayaan akan datang pada kita. PERCAYALAH. rezki kita tetap ada. jangan jemu mencarinya. jangan mengalah terlalu awal. tingkatkan usaha dan gerak kerja. GO GO GO Taipan.
No comments:
Post a Comment