Alhamdulillah. RSHOW Penang berjalana dengan lancarnya. kehadiran lebih 400 orang. jutaan terima kasih pada semua CDM2 hebat yg menjayakan. t.kasih juga pada para peserta yang hadir. tak lupa juga pada pihak urusetia yang bertungkus lumus sebelum & semasa rshow.
Malam sebelum rshow aku,isteri, cdm as, ddm rizal, cdm faridah & cdm zul buat persiapan. setup audio sistem, test lagu, slide, pasang banner dan macam2 lagi yang kami check. untuk pastikan rshow tip top.
Acara bermula dengan pendaftaran peserta. yang walk in pun ramai. tempat memang cukup. bilik di hotel pearl view memang besar & selesa. air cond pun sejuk.
MC hebat hari tu DDM Nizam. menghidupkan majlis. slot pertama oleh cdm kartini. ucapan aluan & perasmian akademi taipan 181. acara potong belon sebagai simbolik perasmian. cdm kartini beri ucapan penuh semangat. teruja kami semua. terima kasih cdm kartini & cdm kamarudin. Upline ku yang tersayang.
Sebelum slot kedua. cdm kamarudin memberikan motivasi. bagi nasihat & tips untuk berjaya. Memang aku kagum dengan beliau. seorang insan yang umpama cermin bagi diriku. beliau adalaha gedung ilmu ku. mengatur & menyusun perjalanan hidupku untuk masa depan. Mastermind. gelaran yang sesuai untuk beliau. thanks cdm kamarudin.
Slot kedua oleh aku. Keluarkan singa dari dalam diri anda. cerita sejarah taipan penang. jatuh bangun sebelum penang meletup. cabaran datang seiring dengan kejayaan. terus buat sehingga menjadi. buat jangan berhenti, kata-kata azimat dari cdm kartini. tambah ilmu, tambah ilmu, pesanan dari cdm kamarudin.
slot ketiga dari cdm julianie. penuh dengan nasihat & ilmu. jadi panduan bagi warga taipan. seterusnya sharing dari ddm khalid, cdm wan, cdm hanim & cdm wan suriani. mantap.
lepas lunch sambung dgn slot keempat dari cdm mohd razali. ilmu beliau pun tak kurang hebatnya. selesaikan masalah. jangan fokus pada masalah tersebut. slot kelima dari cdm roshila. touching & bersemangat. pengisian yang padat. speaker taipan memang first class. slot penutup oleh cdm faridah mohd ali. memang power. naik bulu roma semua. meresap ke dalam kalbu.
Memang beruntung siapa yang hadir. bagi yang tak hadir..... memang rugi. yang dah lemah semangat terus semangat. yang baru join, dah nampak masa depan. yang mencari ilmu, rshow ini penuh dengan ilmu.
Ada alasan untuk tidak berjaya????? tidak ada alasan sebenarnya. pokok pangkalnya berbalik pada diri sendiri. to be the best, we must do the best. after we do the best, Allah do the rest. Doa Usaha Ikhtiar & Tawakal. DUIT.
No comments:
Post a Comment