Sama ada kita mahu ataupun tidak, kita mesti tabah & sabar. Apabila tidak ada kedua-duanya, kita tiada kuasa turbo bagi menjalankan perniagaan MLM.
Biasanya perniagaan MLM memerlukan masa untuk berjaya. Ia tidak dapat diraih dalam sekelip mata. Ianya memerlukan masa bagi mempelajari perniagaan ini. Belajar melibatkan pelbagai segi & perkara. Ianya juga perlukan masa untuk meraih pengalaman.
Pengalaman adalah ilmu atau pengajaran yang berguna bagi kejayaan dalam industri berasakan MLM. Ianya juga perlukan masa untuk kita 'MASTER' dalam selok-belok perniagaan MLM. Oleh itu, kita perlu ada ketabahan & kesabaran.
Ada usahawan MLM tidak mahu bersabar & tidak ada ketabahan hati. Mereka mahu cepat berjaya. Bagi mereka, kejayaan dapat ditempa dalam masa yang singkat & terhad. MLM adalah proses & bukannya ekspress. Walaupun MLM adalah salah satu jalan menjadi kaya, tidak semestinya kita mendapatnya dalam sekelip mata. Perlu masa, pengalaman & ilmu. Apabila mereka gagal menjadi kaya dalam masa yang singkat, mereka tinggalkan perniagaan MLM. Mereka mengatakan, MLM hanya pembohongan & MLM adalah tipu belaka. Realitinya, mereka tidak faham proses dalam perniagaan ini.
Dinasihatkan, bina matlamat sekurang-kurangnya tiga tahun dari sekarang kita dapat menjadi jutawan MLM.
Setahun untuk kita belajar & mencari pengalaman.
Setahun untuk kita bina kumpulan & memantapkan Kumpulan
Setahun untuk kita teguhkan lagi Networking yang kita bina
Tidak mustahil kita dapat mencapai ke tahap FANTASTIK. Berdasarkan kepada matlamat & usaha yang realistik.
No comments:
Post a Comment