Monday, July 26, 2010

3 Tahun Bersama TAIPAN 181


( Gambar ni masa dapat anugerah DDM & Tabung Kereta )
Alhamdulillah... 21/7/2010 - genaplah 3 tahun aku bersama Taipan 181. Dari perasaan hanya nak cuba-cuba, kini dah jadi kerjaya sepenuh masa. Dari nak pendapatan lebih rm1000-rm2000, rupanya boleh dapat 1tahun pendapatan dalam masa sebulan. Dari berhajat nak tukar cat kereta wira.. dah dapat 2 kereta mewah bernumber plate 181. Dulu niat nak bawa family bercuti di Pulau Langkawi, dah dapat merasa 3 negara (Korea, Umrah & Beijing) Switzerland & Umrah sedang menanti pada Oct & Disember tahun ini. Perubahan demi perubahan berlaku dalam hidup ini. Pepatah " Kenapa orang lain boleh, aku tak boleh" sentiasa kuat di ingatan. Rezki di bumi Allah ni terlalu luas. Hendak atau tidak sahaja.
Hari jumaat sudah bertolak ke Kuala Lumpur. Semangat nak ambil ilmu di kelas pengukuhan di Akademi Taipan di Taipan USJ. Jauh bukan penghalang. Kemahuan mengatasi segala-galanya. Isteri mengandung pun bukan penghalang. Bertuah siapa yang hadir pagi sabtu lepas. Nak kaya kena berani, semangat, kuat, cergas. Tenaga yang kita ada akan menarik lebih kuat kekayaan yang hendak datang. Kalau kita acuh tak acuh, nak tak nak, buat tak buat. Duit ni pun tak nak kat kita. Dia pun tak semangat nak datang kat kita. Sebab tu kita mesti semangat. Buat betul2. Tahu mana keutamaan dan yang mana bukan keutamaan. Jangan selalu mengeluh. Berguru pun kena selalu. Tukar pemikiran kita. berfikir jauh ke hadapan. Jangan suka tengok masalah. Cari penyelesaian pada masalah. POSITIF POSITIF POSITIF.... kena semak dalam diri masih ada tak negatif.. kalau ada kena buang... buang sikit2 sampai hilang. Selagi ada negatif dalam diri.. payah kita nak berjaya.. Benda yang betul pun kita nampak tak betul.. Itu sekatan untuk diri kita nak pergi lebih jauh.
Lepas kelas pengukuhan sempat jumpa CDM Faridah... hantar CDM balik ke rumah.. Peluang yang ada rugi kalau lepaskan.. Minta ilmu dari CDM Faridah. dengan niat untuk belajar. Pandai buang tepi. Nak berguru kena buang pandai kita. Besar Hati Besar Hati Besar Hati. Terima kasih CDM Faridah. Banyak ilmu yang dapat. Malam tu berguru pulak dengan CDM Kamarudin. MEmang puas hati. Banyak nasihat & perancangan dapat malam tu. Impian makin tinggi, semangat makin berkobar-kobar.
Hari Ahad 25hb... ramai2 kami ke PGRM. hari penganugerahan untuk SM&SSM baru. Guest Speaker Taipan - CDM Indawati. Semangat beliau perlu jadi contoh. Mula berniaga pada usia awal 20an. Jadi CDM termuda dalam Taipan. Muda2 lagi dah rasa income puluhan ribu sebulan. dah memiliki kereta mercedes. melancong luar negara ke sana ke sini. Banyak sungguh bukti dalam Akademi Taipan. Rugi kalau kita tak ambil kesempatan. Kalau yang dah buat, buat betul2. mesti boleh berjaya sama-sama.
sampai penang jam 3pagi camtu. Jom tambah impian kita semua. Besarkan income. Melancong ke semua trip yg ada.. FIGHT FIGHT FIGHT. JADI FIGHTER HEBAT...

No comments: