Friday, July 30, 2010

Kejayaan!!!!!!


DSM Syed Amir & Rozita. Anggota tentera & surirumah. Sekarang menetap di kuantan. Toyota Caldina jadi idaman. Jarak jauh bukan penghalang untuk berjaya. Tahniah2. Hebatttt.


DSM Azu & Sabri. Honda Civic yang diimpi-impikan. Kalau di tempat kerja beliau. yang bergaji besar ja boleh pakai. Tahniah Azu & Sabri, inilah hasil dari usaha berterusan. Anak kecil bukan penghalang untuk berjaya...


DDM Zana & Chek(Mohd Nasir). Seorang surirumah yang tidak bekerja. Tiada slip gaji. Tiada KWSP. Dengan statement Bisnes, beliau berjaya capai impian untuk memandu & memiliki Honda Civic. Latar belakang bukan penghalang untuk kita berjaya.. Tahniah...


DSM Syukri. Baru berusia 22 tahun. Honda Accord jadi pilihan. Usia bukan penghalang untuk berjaya. Tahniah.

Thursday, July 29, 2010

Safira Club 28 July 2010

Rancak-Rancak.... memang penuh. sambutan hebat.. tak dapat dibendung lagi. Minyak naik, gula naik.. pendapatan pun mesti kena naik..
SSM Rosli umumkan telah letak jawatan sebagai pekerja kilang (15tahun kerja).
DDM Zana keluar kereta baru Honda Civic PJT 1181 (Khamis ambil di Honda)
Paksu Manaf dari Kedah dengan rasminya bergelar CDM.
KEjayaan demi kejayaan berlaku dalam Akademi Taipan..
Bukti demi bukti kami persembahkan...
Maaf tak sempat nak ambil gambar... masing-masing sibuk dengan prospek baru. demo demo demo... Insyaallah lepas ni akan diupload lebih banyak gambar.
Kehadiran CDM SHARIL & CDM WAN HANIM memeriahkan lagi Safira Club.. Bekas Engineer & bekas pensyarah.. sharing kejayaan yang dikecapi oleh mereka. 2 kereta mewah & rumah 1/2 juta dah jadi milik mereka berdua.
Warga Taipan & bakal2 usahawan.. Platform yang disediakan ini sangat hebat. Usah gentar & ragu untuk mengubah nasib kita... Sediakan diri anda. Berilah peluang pada diri sendiri & berilah peluang pada Akademi Taipan untuk latih & bimbing kita semua ke puncak kejayaan.
Jakarta/bandung & Perth, Australia adalah matlamat kita. Pendapatan sudah tentunya lumayan apabila kita fight untuk melancong percuma bersama-sama. GO GO GO TAIPAN..
Pastikan kita dapat laungkan kata-kata semangat ini di sana nanti.... Selamat Berjuang untuk melancong perrrrrrrcuma.

Melancong Lagi (Switzerland & Umrah)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... Kupanjatkan kesyukuran pada Allah SWT. Makin dimurahkan rezki. Pilihan yang tepat aku buat dalam hidup ni. Dua surat dari company.. Untuk melancong & mengerjakan ibadat Umrah. Jom tengok jadual perlancongan yang disediakan khas untuk penerima tiket melancong percuma.

SWITZERLAND - 23/10-29/10
SUHU - 15C~20C(siang)
0C~10C(malam)
Hari Pertama - KL/DOHA / Switzerland
Hari Kedua - Tiba di Zurich, Switzerland
- Schoenenwerd, Ballay Factory Outlet
- Makan t.hari, Bertolak ke Lucerne
- Makan malam & check in Hotel

Hari Ketiga - Breakfast
- Mt. Titlis, naik cable car
- Lunch
- Lion Monument
- Chapel Bridge
- Dinner & acara bebas

Hari Keempat - Breakfast
- Wood Carving Shop di Brienz
- Boat Ride, nikmati pemandangan di sekeliling Briens ke Interlaken
- Lunch
- Bertolak ke Berne, Berne-disenaraikan oleh UNESCO sebagai
"Cultural World Heritage Sites" pada 1983
- Dinner & acara bebas

Hari Kelima - Breakfast
- Black Forest
- Cuckoo Clock Workshop di Titisee
- Lunch - Rhine Falls
- Dinner & acara bebas

Hari Keenam - Aktiviti Bebas & Bertolak dari Switz / Doha / KL
Hari Ketujuh - Sampai di KLIA

UMRAH - 16/12-26/12
SUHU - 25C~35C

Hari Pertama - Bertolak dari KLIA ke Jeddah
- Jeddah ke Madinah

Hari Kedua - Check in Hotel
- Ziarah Makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar r.a &Saidina Omar r.a
- Perkuburan Baqi
- Solat Jumaat di Masjidil Nabawi

Hari Ketiga - Ziarah & lawatan di sekitar Al Ula

Hari Keempat - Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Maqam para Syuhada
Medan Peperangan Khandaq, Pasar Kurma

Hari Kelima - Ziarah Wada' (pakai ihram)
- Bertolak ke Makkah
- Miqat Umrah di Masjid Bir Ali
- Tawaf & Sa'ei

Hari Keenam - Lawatan - Jabal Thur, Jabal Nur, Jabal Rahmah
- Padang Arafah / Muzdalifah / Mina
- Masjid Ja'ranah (Miqat Umrah)

Hari Ketujuh - Muzium Haramain
- Ladang ternakan unta di Hudaibiyah
- Masjid Hudaibiyah (Miqat Umrah)

Hari Kelapan - Ke Thaif
- Makan tengahari di Hotel Ramada

Hari Kesembilan - Solat Jumaat di Masjidil Haram
- Bebas Beribadah

Hari Kesepuluh - Tawaf Wada'
- Bertolak ke Jeddah
- Jeddah --> KLIA

Doakan kami selamat pergi & kembali........

Monday, July 26, 2010

3 Tahun Bersama TAIPAN 181


( Gambar ni masa dapat anugerah DDM & Tabung Kereta )
Alhamdulillah... 21/7/2010 - genaplah 3 tahun aku bersama Taipan 181. Dari perasaan hanya nak cuba-cuba, kini dah jadi kerjaya sepenuh masa. Dari nak pendapatan lebih rm1000-rm2000, rupanya boleh dapat 1tahun pendapatan dalam masa sebulan. Dari berhajat nak tukar cat kereta wira.. dah dapat 2 kereta mewah bernumber plate 181. Dulu niat nak bawa family bercuti di Pulau Langkawi, dah dapat merasa 3 negara (Korea, Umrah & Beijing) Switzerland & Umrah sedang menanti pada Oct & Disember tahun ini. Perubahan demi perubahan berlaku dalam hidup ini. Pepatah " Kenapa orang lain boleh, aku tak boleh" sentiasa kuat di ingatan. Rezki di bumi Allah ni terlalu luas. Hendak atau tidak sahaja.
Hari jumaat sudah bertolak ke Kuala Lumpur. Semangat nak ambil ilmu di kelas pengukuhan di Akademi Taipan di Taipan USJ. Jauh bukan penghalang. Kemahuan mengatasi segala-galanya. Isteri mengandung pun bukan penghalang. Bertuah siapa yang hadir pagi sabtu lepas. Nak kaya kena berani, semangat, kuat, cergas. Tenaga yang kita ada akan menarik lebih kuat kekayaan yang hendak datang. Kalau kita acuh tak acuh, nak tak nak, buat tak buat. Duit ni pun tak nak kat kita. Dia pun tak semangat nak datang kat kita. Sebab tu kita mesti semangat. Buat betul2. Tahu mana keutamaan dan yang mana bukan keutamaan. Jangan selalu mengeluh. Berguru pun kena selalu. Tukar pemikiran kita. berfikir jauh ke hadapan. Jangan suka tengok masalah. Cari penyelesaian pada masalah. POSITIF POSITIF POSITIF.... kena semak dalam diri masih ada tak negatif.. kalau ada kena buang... buang sikit2 sampai hilang. Selagi ada negatif dalam diri.. payah kita nak berjaya.. Benda yang betul pun kita nampak tak betul.. Itu sekatan untuk diri kita nak pergi lebih jauh.
Lepas kelas pengukuhan sempat jumpa CDM Faridah... hantar CDM balik ke rumah.. Peluang yang ada rugi kalau lepaskan.. Minta ilmu dari CDM Faridah. dengan niat untuk belajar. Pandai buang tepi. Nak berguru kena buang pandai kita. Besar Hati Besar Hati Besar Hati. Terima kasih CDM Faridah. Banyak ilmu yang dapat. Malam tu berguru pulak dengan CDM Kamarudin. MEmang puas hati. Banyak nasihat & perancangan dapat malam tu. Impian makin tinggi, semangat makin berkobar-kobar.
Hari Ahad 25hb... ramai2 kami ke PGRM. hari penganugerahan untuk SM&SSM baru. Guest Speaker Taipan - CDM Indawati. Semangat beliau perlu jadi contoh. Mula berniaga pada usia awal 20an. Jadi CDM termuda dalam Taipan. Muda2 lagi dah rasa income puluhan ribu sebulan. dah memiliki kereta mercedes. melancong luar negara ke sana ke sini. Banyak sungguh bukti dalam Akademi Taipan. Rugi kalau kita tak ambil kesempatan. Kalau yang dah buat, buat betul2. mesti boleh berjaya sama-sama.
sampai penang jam 3pagi camtu. Jom tambah impian kita semua. Besarkan income. Melancong ke semua trip yg ada.. FIGHT FIGHT FIGHT. JADI FIGHTER HEBAT...

Wednesday, July 21, 2010

gambar roadshow









Penangan Roadshow

Apa perkembangan selepas hadir Roadshow??? bertambah baik atau biasa2 saja... setakat ni respond yang cukup hebat aku dapat dari para peserta. Semangat luar biasa. Baru ramai yang sedar diri masing2 masih lagi tersembunyi potensi yang ada. Rata-rata sebelum ni tak berapa nak yakin dengan kemampuan diri sendiri. takut, malu, segan & yang sewaktu dengannya. Bila perasaan tersebut dapat diatasi, barulah potensi dalam diri dapat dilihat sebaik mungkin. Singa dah keluar dari kandang. Mengaum ke seantero tanah air. Berani, disiplin, rajin & sungguh2 menguasai diri. Hanya diri sendiri yang menghalang sebelum ni.
Kalau kita takut pada KAYA, memang payah nak kaya. Kalau kita takut pada DUIT, duit memang tak datang pada kita. Tenaga dalam diri perlu dikuasai. perlu kuat tenaga kita. ada yang panggil Aura. Aktifkan aura. guna kuasa minda sepenuhnya. sebab itu cdm2 otai selalu kata, positif, positif, positif. baru semua yang positif akan datang pada kita. selalu sebut apa yang kita nak. baru lah dapat. Kejayaan akan lebih mudah jika kita bergerak pada langkah-langkah orang berjaya. kita mesti ke depan. bukan ke belakang.
macam hari ni, sempat chating dengan salah seorang rakan kongsi. semangat dah meluap-luap lepas hadir roadshow. tapi tak tau nak mula macam mana. katanya dah habis kawan. ajak jumpa semua tak nak. bila diperbetulkan cara nak buat appointment. malam tadi terus dapat jalan 1 appointment. mudah ja. ajak minum. tak yah la nak cerita aku ada bisnes. bila dah dapat bersembang. kita ada soalan-soalan yang boleh membuatkan prospek nak dengar apa yang kita buat. kita pun boleh tau latar belakang prospek. cukup tak gaji sebulan. apa perancangan untuk raya nanti. seronok tak kerja tempat sekarang. yang pasti 99% prospek akan jawab gaji tak cukup. nak buat side income tak tau macam mana. kerja penuh dengan tekanan.
Kan dah dapat peluang. masa tu minda prospek dah terbuka bila kita buka peluang. ceritalah dengan penuh semangat. tunjukkan bukti-bukti yang ada. bagi keyakinan pada prospek. sungguh-sungguh penting masa kita cerita. biar dari hati sampai ke hati. mesti jadi.
Sajala nak cerita kat sini. Ada yang dah join bisnes. tapi tak menjadi. merungut kat sana sini. aku rasa macam tertipu. ingatkan boleh senang tapi sama saja. menyesal aku join bisnes ni. dari pengalaman 3 tahun aku dengan bisnes ni. yang mengeluh macam ni selalunya....
1. tak hadir kelas mingguan
2. tak buat appointment
3. tak berhubung dengan upline
alasan selalunya sibuk, penat, letih dan macam-macam
disebalik tu kadang-kadang masanya lebih dihabiskan kat facebook, main game, dan merungut hari-hari.
kan bagus kalau masa tu diluangkan untuk jumpa upline/mentor. dalami ilmu berniaga ni macam mana. untuk berjaya perlu buat apa. kalau merungut masalah takkan selesai. kenapa orang lain boleh berjaya... kenapa tidak kita. mungkin ada benda yang kita silap. mungkin ilmu kita perlu ditambah. dan yang diperhatikan, kebanyakan mereka tak hadir roadshow. rugi sangat2. macam mana upline-upline nak bantu. kalau kita tak benarkan diri kita dibantu. nasi kalau dah hidang depan mata. tangan kita juga yang perlu menyuapkannya. takkan nak upline buat semua untuk kita. cari rakan kongsi untuk kita. sama-samalah kita berusaha untuk kejayaan kita. bantu-membantu memang amalan taipan. datanglah kelas selalu. pasti kejayaan akan datang pada kita. PERCAYALAH. rezki kita tetap ada. jangan jemu mencarinya. jangan mengalah terlalu awal. tingkatkan usaha dan gerak kerja. GO GO GO Taipan.

Monday, July 19, 2010

ROADSHOW PENANG 17JULY2010- Penambahan

Alhamdulillah. RSHOW Penang berjalana dengan lancarnya. kehadiran lebih 400 orang. jutaan terima kasih pada semua CDM2 hebat yg menjayakan. t.kasih juga pada para peserta yang hadir. tak lupa juga pada pihak urusetia yang bertungkus lumus sebelum & semasa rshow.
Malam sebelum rshow aku,isteri, cdm as, ddm rizal, cdm faridah & cdm zul buat persiapan. setup audio sistem, test lagu, slide, pasang banner dan macam2 lagi yang kami check. untuk pastikan rshow tip top.
Acara bermula dengan pendaftaran peserta. yang walk in pun ramai. tempat memang cukup. bilik di hotel pearl view memang besar & selesa. air cond pun sejuk.
MC hebat hari tu DDM Nizam. menghidupkan majlis. slot pertama oleh cdm kartini. ucapan aluan & perasmian akademi taipan 181. acara potong belon sebagai simbolik perasmian. cdm kartini beri ucapan penuh semangat. teruja kami semua. terima kasih cdm kartini & cdm kamarudin. Upline ku yang tersayang.
Sebelum slot kedua. cdm kamarudin memberikan motivasi. bagi nasihat & tips untuk berjaya. Memang aku kagum dengan beliau. seorang insan yang umpama cermin bagi diriku. beliau adalaha gedung ilmu ku. mengatur & menyusun perjalanan hidupku untuk masa depan. Mastermind. gelaran yang sesuai untuk beliau. thanks cdm kamarudin.
Slot kedua oleh aku. Keluarkan singa dari dalam diri anda. cerita sejarah taipan penang. jatuh bangun sebelum penang meletup. cabaran datang seiring dengan kejayaan. terus buat sehingga menjadi. buat jangan berhenti, kata-kata azimat dari cdm kartini. tambah ilmu, tambah ilmu, pesanan dari cdm kamarudin.
slot ketiga dari cdm julianie. penuh dengan nasihat & ilmu. jadi panduan bagi warga taipan. seterusnya sharing dari ddm khalid, cdm wan, cdm hanim & cdm wan suriani. mantap.
lepas lunch sambung dgn slot keempat dari cdm mohd razali. ilmu beliau pun tak kurang hebatnya. selesaikan masalah. jangan fokus pada masalah tersebut. slot kelima dari cdm roshila. touching & bersemangat. pengisian yang padat. speaker taipan memang first class. slot penutup oleh cdm faridah mohd ali. memang power. naik bulu roma semua. meresap ke dalam kalbu.
Memang beruntung siapa yang hadir. bagi yang tak hadir..... memang rugi. yang dah lemah semangat terus semangat. yang baru join, dah nampak masa depan. yang mencari ilmu, rshow ini penuh dengan ilmu.
Ada alasan untuk tidak berjaya????? tidak ada alasan sebenarnya. pokok pangkalnya berbalik pada diri sendiri. to be the best, we must do the best. after we do the best, Allah do the rest. Doa Usaha Ikhtiar & Tawakal. DUIT.

Friday, July 16, 2010

SABAR & TABAH

Sama ada kita mahu ataupun tidak, kita mesti tabah & sabar. Apabila tidak ada kedua-duanya, kita tiada kuasa turbo bagi menjalankan perniagaan MLM.
Biasanya perniagaan MLM memerlukan masa untuk berjaya. Ia tidak dapat diraih dalam sekelip mata. Ianya memerlukan masa bagi mempelajari perniagaan ini. Belajar melibatkan pelbagai segi & perkara. Ianya juga perlukan masa untuk meraih pengalaman.
Pengalaman adalah ilmu atau pengajaran yang berguna bagi kejayaan dalam industri berasakan MLM. Ianya juga perlukan masa untuk kita 'MASTER' dalam selok-belok perniagaan MLM. Oleh itu, kita perlu ada ketabahan & kesabaran.
Ada usahawan MLM tidak mahu bersabar & tidak ada ketabahan hati. Mereka mahu cepat berjaya. Bagi mereka, kejayaan dapat ditempa dalam masa yang singkat & terhad. MLM adalah proses & bukannya ekspress. Walaupun MLM adalah salah satu jalan menjadi kaya, tidak semestinya kita mendapatnya dalam sekelip mata. Perlu masa, pengalaman & ilmu. Apabila mereka gagal menjadi kaya dalam masa yang singkat, mereka tinggalkan perniagaan MLM. Mereka mengatakan, MLM hanya pembohongan & MLM adalah tipu belaka. Realitinya, mereka tidak faham proses dalam perniagaan ini.
Dinasihatkan, bina matlamat sekurang-kurangnya tiga tahun dari sekarang kita dapat menjadi jutawan MLM.
Setahun untuk kita belajar & mencari pengalaman.
Setahun untuk kita bina kumpulan & memantapkan Kumpulan
Setahun untuk kita teguhkan lagi Networking yang kita bina
Tidak mustahil kita dapat mencapai ke tahap FANTASTIK. Berdasarkan kepada matlamat & usaha yang realistik.

Thursday, July 15, 2010

Safira Club 14July2010

Alhamdulillah.... sambutan cukup hebat. Setiap minggu mesti penuh. Pekerja di safira pun seronok tunggu hari rabu. Ramai orang katanya. Yang jaga parking pening sikit. Penuh. asyik nampak number plate 181 saja. Penjenamaan Taipan memang memberi kesan. AKADEMI TAIPAN... ada yang tanya siapa yang terkeluar malam ni.... hehehe. ini bukan akademi fantasia... ini akademi Taipan... terkeluar hanya jika diri kita sendiri yang nak terkeluar.
Komitmen CDM2 memang tak dapat dinafikan lagi. CDM Mohd Razali, CDM abg Ali, CDM Wan, CDM Shahrina, CDM Fitri.. dan semua warga2 taipan.
Prospek baru teruja. macam mana semangat-semangat ni boleh dipertahankan.
ROADSHOW UTARA... peserta 400 orang... sambutan luar jangkaan. ramai yang tambah nama. mungkin rasa rugi kalau tak hadir. hebat2. untuk berjaya mesti ikut gerak kerja orang yang dah berjaya.... kalau ada seminar mesti kena hadir.. kalau tak hadir.. RUGIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.
Ok lah.. nak update list nama roadshow. buat checklist.. nanti cerita lagi.

Monday, July 12, 2010

Tsunami Taipan

5 hari lagi ke tarikh keramat. Hari yang dinanti-nantikan. Julung kalinya ROADSHOW TAIPAN diadakan di Penang. Sebelum ni dah pernah buat di Alor Setar. Penang jadi tuan rumah kali ni. Kita fokuskan untuk kawasan utara. bukan penang saja ya.
Apa penting ROADSHOW???
Inilah nadi untuk setiap warga Taipan. Lebih kenal dengan Taipan. Lebih nampak hala tuju dalam bisnes ni. Fikiran pasti terbuka lebih luas. Apa yang kita tak pernah terfikir sebelum ni. Hebatnya Taipan... penuh dengan visi & misi. Akademi Taipan. nak belajar pandai, kerja bagus... kena masuk Universiti. semua cari Universiti yang terbaik. yang hasilkan pelajar2 yang cemerlang. sampai ada tempat kerja yang nak tengok ijazah kita dari Universiti mana.... kalau yang biasa2, kadang-kadang payah nak dapat kerja. Segulung ijazah jadi kenangan... letak ja dalam almari. Bagi yang dapat kerja sesuai dengan kelulusan dia. Alhamdulillah. Semua kita nak macam tu. Tapi ramai jugak yang tak dapat kan???
Jadi bila kita berniaga.. kita pun nak yang terbaik. nak dibimbing, dibantu. nak ilmu untuk terus hebat berniaga. Nak cari kat mana??? kalau cari ilmu tanpa berguru pun bahaya jugak. leh sesat.
Ini la gunanya Akademi Taipan.
Latihan & bimbingan kita sediakan. dapat ilmu terus leh gunakan. Teori & praktikal serentak. Bila ada masalah.. rujuk akademi. datang kelas yang akademi anjurkan. Banyak kelas yang percuma. 1 malaysia ada. Yang berbayar pun tak mahal. Ilmu yang dapat tu lebih bernilai dari yang kita belajar. Nak berjaya dengan Taipan ni mudah saja. Ikut program yang taipan buat. Ikut gerak kerja yang taipan dah sedikan. Formula dah ada. Format pun dah ada. Tiru ja. Buat ja. Yang penting, bimbingan tu datang dari orang yang dah pernah lalui apa yang kita akan lalui. Ilmu yang diberi memang betul. Sebab??? dah terbukti dia berjaya. bukan seorang dua .... ramaiiiiii
Nak lebih semangat & lebih ilmu. datanglah ROADSHOW 17hb July ni. Bagi yang dah jadi warga Taipan... kalau tak hadir.. anda sangat2 rugi. Aku pasti upline2 dah promote habis-habisan... bukannya kita nak buat untung pun. rm20 ja seorang. 8-5pm. buat di hotel. kita sungguh2 ajak semua sebab kita nak semua berjaya... Jadi pilihan di tangan kita sendiri... duduk di rumah pun masa habis macam tu saja. tiada perubahan akan berlaku. Korbankan sedikit masa... Pengorbanan yang berbaloi. RM20??? mahal ker??? Tepuk dada tanya selera.
Jumpa lagi

Friday, July 09, 2010

Akademi Taipan

Baru ada kesempatan nak update blog. maaf banyak2. minggu ni sibuk sungguh. Roadshow utara pun dah dekat. persiapan setakat ni Alhamdulillah. Sambutan pun makin bertambah. 16hb mesti kena turun kat hotel Pearl View. Tengok persiapan hotel. Test sound system. Tak nak lebih2 kurang. Rancang sebaik mungkin.

Akademi Taipan
Mantap. Bangga sungguh aku menjadi warga Taipan. Bukan calang2 matlamat Taipan. Secara rasminya Akademi Taipan dilancarkan pada 6July 2010. Tahun ke 3 aku bersama Taipan. Banyak perubahan. Leader2 Taipan sangat hebat menerajui kumpulan ini. Bukan setakat berniaga. Tapi penuh dengan perancangan2 yang sangat sistematik. Bayangkan lebih kurang 600 orang datang di Mines. Mana nak cari satu platform yang macam nie. Bukan event company. Tapi program Akademi. Tahniah pada Sukri & Wawa yang datang walaupun terlewat. Bertolak dari perlis, singgah ke Taiping & terus ke Mines. Rakan kongsi dari Bukit Fraser pun datang. Bawa prospek. Rakan kongsi di KL pun datang. Memang betul kata CDM Kamarudin. Magnet semakin besar. Tenaga semakin kuat. Semua mesti datang. Tapi kalau kita jadi serbuk magnet.. kita yang melayang-layang.
Nak cerita sikit ni. selepas roadshow Kuala Selangor. Aku bermalam di rumah CDM Kamarudin. Inilah peluang untuk kenal lebih rapat. Teruja tengok buku2 di rumah cdm. Beribu buku yang ada. Dari luar rumah sampailah ke dalam. sembang2 sambil makan sampai jam 1pagi lebih. banyak ilmu yang dapat. Esok pagi tu sarapan bersama cdm2. selera sungguh. Yang paling best part yang ni. di luar rumah cdm.. ada 1 kawasan khas. tempat cdm kamarudin solat. sejadah memang terbentang siap kat luar tu. kipas angin pun ada. Bestnya. sebelum keluar rumah cdm ambil wudhu & terus solat. mesti solat dhuha. Ya Allah. terima kasih kerana letakkan aku dalam pimpinan insan2 yang hebat. Biar duit ratusan ribu sebulan, tapi amalan tetap dijaga. yang aku faham.. bila cdm buat kawasan khas macam tu.. setiap pagi nak keluar dah jadi 1 kemestian. mesti solat dhuha dulu. Itu yang utama. Aku pun berimpian bila ada rezki nak beli rumah teres/banglo di penang. mesti nak buat macam tu jugak.

Sepanjang di KL.. memang seronok bantu rakan kongsi. yang kurang semangat kita tambahkan. Yang tak faham.. kita bantu fahamkan. yang tak berapa yakin... diyakinkan.

Hari ni turun Kulim. Support group CDM Mohd Razali.. memang ramai yang hadir untuk bantu.. Taipan pasti gegarkan Kulim. Warga utara... masa kita telah tiba. Akademi Taipan sedang melebarkan sayap ke setiap pelusuk.. Setiap jengkal tanah pasti ada Taipan 181... kata-kata azimat itu sedang direalisasikan... Jom sama-sama kita menggunakan kesempatan ini. Anda nak Berjaya??? Taipan pasti jayakan kita semua

Wednesday, July 07, 2010

Minggu hebat.

minggu ni memang best.... padat. banyak ilmu & pengalaman... sekarang ada di sungai perak. dalam perjalanan ke penang. malam ni kelas pengukuhan oleh cdm faridah di safira club. nanti diceritakan pengalaman sepanjang 4 hari ni.

Sunday, July 04, 2010

Journey to Melaka & Kuala Selangor

Sebelum bertolak ke melaka semalam, aku singgah ke Biz Talk Baling pada hari jumaat sudah. Support group kat sana. Hebat leader2 di Baling. DDM ZANA & pasangan Chek. Hujan lebat tak jadi masalah.. world cup pun tak jadi alasan. Orang yang nak berjaya akan terus berusaha untuk berjaya.
Hari Sabtu bertolak ke Melaka... balik ke rumah mertuaku. Hari Ahad berlangsungnya ROADSHOW Taipan di Kuala Selangor.. Balik ke melaka atas urusan kenduri.. Alhamdulillah. Allah telah kurniakan padaku isteri yang sangat memahami. Dia faham aku ni jenis yang macam mana... Dengan rileksnya DDM AYU berkata... abang nak pergi roadshow kan... pergilah... laksanakan tugas yang perlu diselesaikan.. pergilah berjuang membantu rakan-rakan kongsi. Terima kasih isteriku... semoga menjadi isteri yang solehah.
Lepas subuh gerak ke Pandan Indah ambil rakan kongsi.. terus ke Kuala Selangor. Sampai jam 9am. Memang ramai di sini... sambutan memang luar biasa hebat.
Tahniah pada Sukri, Wawa, Tn Ramlah, Azlan & prospek, Wan, Azza & Man. Jauh bukan alasan. Mencari ilmu jadi 1 kewajipan. untuk bertempur di medan pertempuran.. Menggapai segala matlamat & juga impian.
Minggu ni minggu aku support group di bahagian selatan.. Jumpa di Safira rabu depan..

Friday, July 02, 2010

Safira Club 30July 2010

Penuh & ramai. Sampai tak tau nak cari kerusi kat mana. Orang sanggup berdiri. Hebat.
Kelas bermula jam 8 lebih. Pengukuhan oleh CDM Nasir. Betul2 membuka minda tentang 9/10 sumber rezki. disertakan bukti pendapatan di sebuah penempatan, income orang yang makan gaji vs berniaga. Prospek pun ada yang join kelas pengukuhan. kehadiran tak boleh disekat lagi. Orang dahagakan ilmu. Orang nak tahu apa rahsia kejayaan Taipan.
Biz Talk bermula dengan kata2 aluan oleh CDM Ali. hebat hebat hebat. Sharing usahawan2 baru. dari Langkawi pun ada. Ice Breaking oleh CDM Mohd Razali & 1 slot khas dari CDM Faridah Mohd Ali. Lengkap, perfect biz talk malam tu. Yang bawa cash money pun ada. terus join. terus masuk. Ramai prospek sign up borang ahli. Semua nak berubah. semua dah yakin. Tak mahu tunggu lama-lama. Orang lain dah berubah. Masing-masing nak berubah. Dah jemu dengan kitaran hayat makan gaji. Buat benda yang sama bertahun-tahun. Pendapatan macam tu jugak. naik pun sikit. ada yang tak naik gaji pun ada. Tak salah mencuba. tak rugi mencuba. Latihan & bimbingan pula percuma.
ALhamdulillah. Aura Taipan makin bertenaga. meresap ke dalam setiap minda.
17hb July hari yang dinanti-nantikan. Sejarah besar pasti tercipta di Pulau Mutiara. Pintu rezki makin terbuka. Ambillah seberapa banyak yang kita suka. Tiada sekatan, tiada limit.... Infinity. Jom ramai-ramai buat duit raya. Hati senang keluarga bahagia. Amalan janganlah dilupa. Sebab hidup di dunia hanya seketika.
Esok aku akan mengembara lagi. Ke Klang, KL, Melaka. Eratkan silaturahim & juga berniaga.

Thursday, July 01, 2010

TIPS BERGUNA

TEKNIK DONALD TRUMP
Ada satu teknik yang sentiasa digunakan oleh Donald Trump (siri The Appreantince) untuk memprospek. Donald Trump merupakan seorang yang berkaliber dan terkenal dalam perniagaan. Teknik ini digelar W.I.I.F.M (What's In It For Me). Apa yang memberikan manfaat kepadaku.
Prospek tidak mengambil kira apakah kelebihan yang kita perkenalkan. Mereka hanya mengambil kira apakah yang bakal mereka dapat dari kita. Kita yang dapat memenuhi keperluannya, kemahuannya dan keinginannya. Prospek tidak 'sign up' borang ahli dan berkata dalam hatinya 'Wah, produk syarikat ini hebat dan boleh memberikan manfaat.' Mereka hanya berkata dalam hati 'Wah, ini peluang bagi saya mendapatkan kewangan yang kukuh'.
Ini adalah rahsia yang dipegang dan diperkenalkan oleh Donald Trump. Ketika mendapatkan rakan kongsi, beliau lebih menekankan apa yang rakan kongsinya dapat jika mereka bergabung.
Berhenti dari menceritakan tentang kelebihan yang ada pada diri kita. Namun, fikirkan tentang apa kelebihan, kebaikan dan keistimewaan yang bakal prospek dapat. Fikirkan tentang orang lain, bukannya diri kita. Ini konsep W.I.I.F.M.
Teknik ini sangat berkesan jika kita boleh memberikan prospek merasakan betapa ruginya mereka jika tidak menyertai MLM. Kita mesti melihat dari kaca mata prospek dan bukannya dari kaca mata kita. Biasanya, apabila kita membuka minda mereka, dengan sendirinya mereka dapat melihat hebatnya MLM yang boleh mengubah diri mereka.

Inilah yang terjadi pada diri aku sendiri yang suatu masa dahulu memandang remeh pada orang yang join MLM. Bagi aku, buang masa, tiada hala tuju, muka tak malu dan sebagainya. Bak kata pepatah.. Tak Kenal Maka Tak Cinta... MLM telah mengubah kehidupan aku luar biasa. Bukan saja dari pendapatan, tapi dari dalaman.
Bertemu lagi..