Wednesday, November 17, 2010

Renungkan

Gambar ni diambil di kampung aku... Kampung Makam... Apek yang jual ais krim ni berusia 76tahun. 20tahun yang lalu masa aku pindah ke sini, selepas nenek ku kembali ke rahmatullah. Aku selalu beli aiskrim kat apek ni. Sampai sekarang pun dia masih menjual aiskrim. Bertahan sungguh dia.... Tak pernah jemu datang. Setiap musim cuti & musim raya mesti jumpa. Aku rasa kagum. macam2 rasa ada.
Komitmen yang cukup hebat.


 Bunyi ja loceng ais krim, confirm ramai yang terjah... terutamanya budak2. mak bapak budak pun beli jugak.
Yang sebelah kiri tu anak aku, Mohamad Arfan. 7tahun. memang flashback zaman aku kecik2.

Yang aku belajar dari kisah ni.... apek ni pasti akan teruskan perniagaan dia selagi dia mampu, sihat. Andainya aku tidak nampak lagi penjual ais krim ni, pasti difikiranku dia sudah tiada ataupun sudah tidak ada kemampuan....

Jadi, kita... kita... kita... perlukah kita berhenti di permulaan,pertengahan... sedangkan hayat kita masih ada, kesihatan pun ok lagi... tempat kita berniaga pun masih ada & makin hebat. Kita yang tentukan perjalanan kehidupan & perniagaan kita... Selagi tak berhenti, selagi terus berusaha... REZKI????  pasti ada, mesti ada...

No comments: