Monday, November 15, 2010

(Petikan buku BUKAN TAK BOLEH, TAPI TAK MAHU oleh Razzi Armansur)




ANTARA boleh dengan tak boleh hanya dipisahkan dengan satu perkataan sahaja ? mahu. Kalau mahu memang boleh; kalau tak mahu memang tak boleh. Mudah saja kan? Kerana ia terlalu mudah, terlalu biasa, sering didengar sejak dahulu lagi, maka ia dianggap remeh. Padahal ini adalah perkara yang sangat penting sebab inilah punca kejayaan atau kegagalan.


Begitulah, banyak kunci-kunci utama dalam mencapai kejayaan sudah dilupakan begitu sahaja kerana terlalu kerap didengar, sejak kecil lagi. Prinsip-prinsip kejayaan sudah setua sejarah. Ia wujud sejak zaman batu lagi. Kerana sudah begitu biasa, tidak ramai yang mengambil endah lagi. Begitulah, manusia lebih tertarik kepada yang sesuatu yang lebih baru. Malangnya, prinsip kejayaan bukan baru, ia prinsip lama dan sudah terlalu biasa. Prinsip kejayaan tidak pernah berubah 1000 tahun dahulu hinggalah 1000 tahun kemudian.

Contohnya ? rajin. Semua orang tahu, kalau hendak mencapai kejayaan, merubah keadaan hidup mesti rajin. Seribu tahun dulu, inilah prinsipnya. Seribu tahun akan datang, kalau hendak merubah keadaan hidup ke arah yang lebih baik, tetap mestilah rajin. Oleh kerana sejak kecil lagi sudah kedengaran, ?rajin, rajin, mesti rajin, mesti rajin kalau nak berjaya, nak kaya,? perkataan rajin itu sudah menjadi terlalu biasa, sudah tak diambil endah. Kerana itu jugalah, bila sebut sahaja tentang prinsip-prinsip kejayaan, segera menjawab, Ohhhhhh?.. itu saya sudah tahu, semua saya tahu?.? Memang hampir semua orang tahu tetapi mengapa tidak ramai yang berjaya di dalam hidup? Menurut kajian hanya kurang dari 5% sahaja penduduk di bumi ini yang dapat mencapai kejayaan hidup, kekayaan dan keselesaan hidup. Kerana walaupun mereka tahu tetapi mereka tidak mahu melaksanakan apa yang mereka tahu. Bukan tak boleh tapi tak mahu.



Tanyalah kepada siapa saja, dari kanak-kanak hingga dewasa, dari pembesar hinggalah kepada pengemis, mereka dengan panjang lebar boleh memberitahu anda prinsip-prinsip kejayaan. ?Encik Pengemis, tahu tak bagaimana hendak berjaya dalam hidup?? Pengemis pun menjawab, ?Ooooo? senang saja. Kamu mesti berusaha dengan rajin, dedikasi, komitmen, berdisiplin, jangan putus asa, ada matlamat, jangan keluar landasan, berdikari jangan suka meminta-minta.? Encik Pengemis boleh menyenaraikan prinsip-prinsip kejayaan dengan tepat. ?Tapi mengapa Encik Pengemis tak berjaya?? Anda bertanya lagi. ?Kamu silap, saya berjaya dalam bidang saya. Bidang mengemis.? Jawab pengemis itu. Yang sebenarnya, pengemis itu tahu tetapi tidak mahu melaksanakan prinsip-prinsip kejayaan. Dia atau sesiapa saja di muka bumi ini boleh berjaya jika mahu. Bukan tak boleh tapi tak mahu.


No comments: