Tuesday, November 30, 2010

Al-Kisah

Tersebutlah kisah manusia zaman sekarang...  yang hidup di zaman moden, zaman canggih.

Baru ni aku share peluang dengan prospek rakan kongsi. Nak dipendekkan cerita. Selepas pertemuan tersebut. Kawan dia tu tak percaya yang aku ke Switzerland. Katanya gambar tu semua diambil di studio.
Wahhhhhh....  Nak tergelak pun ada... sampai dekat 80keping gambar aku tunjukkan... agak-agaklah yer... nak cari studio kat mana tu.... siap guling2 kat salji... studio mana yang ada salji ya...
lain kali aku kena terus tunjukkan video clip kat sana....  tapi mungkin dikatanya nanti, di studio animasi pulak....
Biasalah kan... mungkin dia tak percaya ada orang melayu kita boleh sampai ke Switzerland dengan buat bisnes. Sebab aku bukannya CEO syarikat, atau ada kilang 10-20biji di Penang nie. Tapi aku yakin yang dia ada minat... sebab tu dia kata macam tu... untuk meluahkan minatnya... 
Apapun.... aku rindukan Switzerland.... Mount Titlis, Luzern, Zurich, kedai2 jamm Chapel Bridge, Boat Ride di Interlaken, Brienz, Astoria Hotel, SwissOtel.... Rhnye Falls, Lion Monument, Titisee di German...Black Forest...
Yang aku pasti studio di Malaysia tak mampu nak sediakan backdrop yang sama seperti tempat asal.

Perth, Australia.... wait for me next year...

Tak Minat

Kenapa kau tak berniaga... Tak minat...
Itulah selaunya jawapan yang kita kerap terima... jawapan ini selalunya datang dari Orang Melayu yang beragama Islam. Tak minat...
Kenapa kerja kerajaan??  best... kerja tak teruk sangat.. boleh mengulat... senang buat loan...
Kenapa mengeluh?? ya la.,.. tahun ni dapat bonus sikit ja... apa lah punya kerajaan... bagi bonus pun berkira.... aku tak nak mengundi lagi nanti...
(Sebab bonus sikit ja terus berubah hati)
Kenapa tak beli rumah yang besar sikit??? gaji tak cukup la....
Kenapa tak hantar anak ke tusyen yang paling bagus?? gaji tak cukup
Kenapa tak balik kampung selalu??? Gaji tak cukup... hutang bank banyak
Kenapa tak ambil insurans nyawa/pendidikan.... ? gaji tak cukup
Kenapa kenapa kenapa????/ Arghhhhh gaji tak cukup...
Kenapa tak berniaga???? Tak minat...
Kenapa tak cuba berniaga??? Tak minat la... tak minat tak minat tak minat...
Apa yang kau minat????   Duit banyak... kerja tak payah...
Oooooo... macam tu ka....  

Kalau tak minat tu mendatangkan kesenangan.... baguslah... Rupa-rupanya tak minat tu mendatangkan macam2 kepayahan....
Berniaga Berniaga Berniaga....  Tak minat Tak minat Tak minat... 
Baguslah... teruskan dengan Sifat Tak Minat tu.....  jangan merungut, jangan mengeluh, jangan membebel...
Sebab???  dah tak minat....  Duit pun tak minat kat kita...
9/10 sumber rezki dari berniaga... semua orang tahu... yang tak minat pun tahu...
Yang nak teruskan dengan tak minat tu... dipersilakan...
Jom kita jumpa orang yang minat...  
Selamat Mencari yang berminat.....

Monday, November 29, 2010

MUTIARA KATA 14


"Keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekkan dan hinaan"

MUTIARA KATA 13


"Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan
putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya"

Saturday, November 27, 2010

MUTIARA KATA12


"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"
*oleh itu janganlah bersedih. ceriakan diri kita*

Friday, November 26, 2010

MUTIARA KATA 11


"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"

PRODUK TALK - 12 DISEMBER 2010


WAH.... beruntung warga AT181 utara. 12Disember2010 pihak syarikat akan datang ke Safira Club. 5 jenis produk akan diterangkan dengan lebih teliti & jelas. Yang pastinya akan melonjakkan bisnes kita. Inilah masanya untuk kita rebut peluang hebat ini. Hanya dengan bayaran RM10 sahaja. Sarapan pagi & pamplet2 produk akan disediakan. Tempat terhad. Bayaran boleh dibuat kepada leader2 & tarikh terakhir untuk bayaran ialah pada 1 Disember 2010. Boleh hubungi saya @ CDM2 masing2.

Thursday, November 25, 2010

SAFIRA CLUB 24/11/2010 - KAN DAH KATA....MELETUP LAGI!!!!!!

 Barisan2 Tenaga Pengajar AT181.. Sentiasa ramai.... sesi warmup, panaskan badan dengan 2 lagu keramat & semangat..

 CDM Kapten Jai memberikan kata aluan yang cukup bernas,padat & berilmu. Datang dari KL walaupun dalam keadaan hujan lebat. Saban minggu tak pernah jemu.

 Ramainya....  hujan lebat tidak menjadi alasan bagi para hadirin untuk hadir. Sambutan sentiasa panas..

 DDM Zanariah - Emcee hebat di Safira Club. Semangat beliau makin bertambah. 1 lagi pangkat & beliau akan menjadi CDM wanita pertama yang dijayakan di Safira Club.
Opss,,, Yakuza jadi engineer semalam. handle teknikal... seriusnya Yakuza,,, senyum sikit

 SM Cikgu Azam dari Kulim... sharing ikhlas dari beliau... Teruja dengan bimbingan dari AT181. Tak rugi katanya join AT181. Tak sangka dengan support yang luar biasa.

 SM Haiza. Baru menerima pendapatan pertama hampir rm5k. Perjuangan beliau akan diteruskan sehingga menjadi CDM..dan seterusnya menjayakan lebih ramai CDM di dalam rangkaian beliau.. Tahniah juga pada pasangan SM Haiza, Firdaus, yang memberikan sokongan padu.

 Sharing dari group DSM Melati... surirumah ja. tapi dah jadi Manager.

 CDM Abg Ali. Dari Perlis. Impian mesti tinggi katanya... ilmu jangan dilupakan... Semangat mesti ada. Bisnes mesti jadi.

Hero2 AT181.. dari kiri Wan, Abg Osman, DSM Chek, SM Cikgu Wan, SM Cikgu Azam & SM Abg Elias. Gandingan mantap hero2 ni akan menggegarkan kawasan utara... GO GO GO CDM.

Alhamdulillah... syukur pada Allah SWT yang memudahkan perjalanan AT181 di Utara. Terima Kasih pada semua yang menjayakan BOP semalam. CDM Kapten Jai, CDM Haryati, CDM Abg Ali, DDM Rizal, DDM Nurbaya, DDM Zanariah, DSM Farah(CDM Hasmidar), DSM Nini, DSM Melati, DSM Ima, DSM Din, DSM Am, DSM Chek, DSM Sukri, DSM Wan, DSM Nazlan, DSM Afiza, dan ramai lagi.
Maaf kalau ada nama yang tertinggal.

Wednesday, November 24, 2010

MUTIARA KATA 10


"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate



SAFIRA CLUB MALAM NI!!!

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di Blog Taipan... 

Maknanya umur kita masih ada.... masih dapat merasai nikmat2 kehidupan. Dalam apa jua keadaan. Didoakan semuanya sihat sentiasa. Pada masa ni mungkin ramai yang dah tidur, berehat2.. ataupun yang baru lepas demo.

Seperti biasa, acara mingguan setiap Rabu di Safira Club... yang ditunggu-tunggu, yang dinanti-nantikan, yang terngiang-ngiang di telinga, yang menjadi 1 platform untuk kita ke arah yang lebih hebat.. Di mana latihan & bimbingan disediakan secara percuma. Hari Rabu bagaikan hari keramat bagi warga Taipan.. Kegirangan terasa... Macam ada kuasa magnet yang menarik kita ke sana....

Jadi,, berjumpa kita malam ini di Safira Club jam 8.30 malam... Lebih awal kita bermula, lebih ilmu yang kita dapat. Lebih masa yang kita ada.

Malam ini, DDM Ayu tidak dapat bersama, beliau berada di katil hospital,,, berdebar-debar untuk melahirkan Hero yang ke3. Aku?? insyaallah akan ke Safira,,, menunaikan janji2 pada warga Taipan..

MUTIARA KATA 9

"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"

Tuesday, November 23, 2010

22 Nov 2010

Salam semua, apa khabar hari ni? Mesti lebih hebat dari semalam.

Hari ini jadual memang padat. Awal pagi hantar DDM Ayu checkup mingguan. Dah nak masuk 9bulan kandungan yang ke 3. Doktor terus suruh ke Maternity Hospital, sebab dah kerap tanda2 nak bersalin. Sekarang Ayu berehat di wad. Dipantau oleh doktor. Insyaallah semuanya selamat. Sama2 kita doakan ya.
Lepas selesai urusan di hospital, bawa anak 2 orang ke kelas KUMON. Khas untuk matematik. Yurannya rm120 sorang. Alhamdulillah prestasi anak dalam maths sangat memberangsangkan. Dah jadi subjek yang digemari. Tengok soalan dah ada jawapan. Tak perlu kira dengan jari dah. 1 set soalan permulaan dapat disiapkan dalam 18 minit. Sekarang dah capai waktu yang betul. 10 minit 1 set soalan. Alhamdulillah. Itulah yang setiap ibu bapa nak. Pelaburan untuk pendidikan anak. Kita bagi yang terbaik.

Selesai kelas Kumon, terus jumpa rakan kongsi di Stokis Bukit Jambul. Tahniah Abang Osman, di bawah bimbingan DDM Zana & Chek, SM Cikgu Azam, SM Abang Elias. Hebat gandingan abang2 nie. Baru join AT181, semangat juang cukup tinggi. Hari ni ja Abg Osman yang baru join dah dapat 2/3 orang rakan kongsi baru. Confirm boleh SM dalam sehari dua ni. Aku pasti SSM pun boleh kalau dengan momentum yang diteruskan.

Malam tadi aku ke Bandar Perda. Demo Demo Demo. Alhamdulillah. Tahniah pada rakan kongsi baru Eija & Ila. Kental sungguh semangat mereka. Sungguh2 merebut peluang. Masalah bukan alasan. Yang pasti kejayaan yang dikejar mereka. AT181 takkan sia2kan harapan & impian mereka. Pasti.

Habis demo di sana aku terus ke Teluk Kumbar. Berjumpa dengan group Cikgu Azam & Abg Elias yang datang dari Kulim. Abg Osman pun ada. semangat beliau lagi hebat dari yang aku jumpa petang tadi di Stokis. Sampai kul 1 pagi jugak la aku kat sana. Jalan 4/5 demo. Ramai yang berminat. Dalam 1 hari pun boleh dapat terus 4rakan kongsi. Maknanya????  Atas diri kita... Nak seribu daya, Mahu seribu cara... Orang lain tak nak... kita nak.... Orang kata susah,,,, kita kata senang... Orang kata tak boleh tahan lama..... Kita buktikan yang kita dah pun bertahan lama... Makin berkembang,,,, makin maju... makin meletup.... makin dapat sambutan...
Biarkan orang berkata.... kita terus bekerja,....

Monday, November 22, 2010

MUTIARA KATA 8

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

MUTIARA KATA 7

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"

Sunday, November 21, 2010

MUTIARA KATA 6


"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"



MUTIARA KATA 5

"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

MUTIARA KATA 4

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.

MUTIARA KATA 3

 "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"



MUTIARA KATA 2

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"



Saturday, November 20, 2010

MUTIARA KATA 1


"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

MUTIARA KATA

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

Friday, November 19, 2010

DSM Fiza & Syahrul

Pasangan hebat dari Sungai Petani. Kenal melalui internet pada tahun 2008. Berkongsi peluang dengan beliau dan suami. Terus mengambil peluang untuk mengubah kehidupan. Telah bergelar DSM. Pengorbanan beliau di dalam AT181 tak kurang hebatnya. Dengan anak 4 orang, berulang alik dari Sungai Petani ke Penang. Selalu hadir ke kelas mingguan AT181 di seberang jaya.
Jarak bukan penghalang. Anak ramai juga bukan penghalang. Semangat tinggi menjulang
Tahniah... teruskan pendakian menuju ke puncak kejayaan.

Thursday, November 18, 2010

Ikatan

Terbinanya mesjid. Impian hidup untuk berjaya. Masa ni AT181 belum ada di Penang.
Bergerak & bertindak untuk keluarga anda. GO GO GO CDM

Pirate Park - Melaka

2 tahun yang lalu. mengimbas kenangan belajar selama 3tahun di Kolej Yayasan Melaka tahun 1997-2000

1 impian

SSM Rosli & DSM Irtiza
Berganding bahu, mempunyai matlamat yang sama, pernah bekerja di 1 tempat yang sama. datang dari kampung yang sama. Masing2 mengambil peluang. Untuk merubah kehidupan. Berjaya & menjayakan.
Rancak-Rancak. Buat sampai jadi, Buat jangan berhenti, Mimpi jadi realiti.

Anugerah

DSM Azulia, menerima anugerah pangkat DSM. Tangga2 kejayaan sedang didaki. Bakal DDM & seterusnya CDM. Teruskan usaha, buat perancangan. Dengan komitmen dan kemahuan yang kuat dalam diri. Hadapi segala cabaran yang datang. Sesungguhnya cabaran2 adalah faktor2 kekuatan & pelonjak dalam destinasi kita menuju ke arah kejayaan yang lebih besar.

Wednesday, November 17, 2010

Renungkan

Gambar ni diambil di kampung aku... Kampung Makam... Apek yang jual ais krim ni berusia 76tahun. 20tahun yang lalu masa aku pindah ke sini, selepas nenek ku kembali ke rahmatullah. Aku selalu beli aiskrim kat apek ni. Sampai sekarang pun dia masih menjual aiskrim. Bertahan sungguh dia.... Tak pernah jemu datang. Setiap musim cuti & musim raya mesti jumpa. Aku rasa kagum. macam2 rasa ada.
Komitmen yang cukup hebat.


 Bunyi ja loceng ais krim, confirm ramai yang terjah... terutamanya budak2. mak bapak budak pun beli jugak.
Yang sebelah kiri tu anak aku, Mohamad Arfan. 7tahun. memang flashback zaman aku kecik2.

Yang aku belajar dari kisah ni.... apek ni pasti akan teruskan perniagaan dia selagi dia mampu, sihat. Andainya aku tidak nampak lagi penjual ais krim ni, pasti difikiranku dia sudah tiada ataupun sudah tidak ada kemampuan....

Jadi, kita... kita... kita... perlukah kita berhenti di permulaan,pertengahan... sedangkan hayat kita masih ada, kesihatan pun ok lagi... tempat kita berniaga pun masih ada & makin hebat. Kita yang tentukan perjalanan kehidupan & perniagaan kita... Selagi tak berhenti, selagi terus berusaha... REZKI????  pasti ada, mesti ada...

RAYA

Takbir raya bergema dari semalam. Hari ini aku solat raya di MesJid Kampung Makam. Nampak lembu 3/4 ekor yang sedang menunggu masa untuk dikorbankan. Berkumpul bersama keluarga, makcik2 yang datang dari Kelantan & KL. Tak semua dapat berkumpul. Mana yang ada saja.
 Gambar kenangan perlu diambil. Nanti bila2 boleh tengok. Boleh kenang kembali.

 Anak2 sedara pun dah besar. anak sendiri pun makin besar dan Insyaallah akan bertambah.

Camera man profesional. Abg ipar aku ni. asyik dia tangkap gambar orang.. aku lak yang tangkap gambar dia.

Kepada semua pembaca, selamat berhari raya, yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati. Warga AT181... tetapkan matlamat. Semangat mesti terus membara. Perjuangan jangan dihentikan...
Salam AidilAdha.

Tuesday, November 16, 2010

qurbani

Berkorban apa saja,
Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
sejati & mulia...
Selamat Hari Raya Qurban....

Monday, November 15, 2010

(Petikan buku BUKAN TAK BOLEH, TAPI TAK MAHU oleh Razzi Armansur)




ANTARA boleh dengan tak boleh hanya dipisahkan dengan satu perkataan sahaja ? mahu. Kalau mahu memang boleh; kalau tak mahu memang tak boleh. Mudah saja kan? Kerana ia terlalu mudah, terlalu biasa, sering didengar sejak dahulu lagi, maka ia dianggap remeh. Padahal ini adalah perkara yang sangat penting sebab inilah punca kejayaan atau kegagalan.


Begitulah, banyak kunci-kunci utama dalam mencapai kejayaan sudah dilupakan begitu sahaja kerana terlalu kerap didengar, sejak kecil lagi. Prinsip-prinsip kejayaan sudah setua sejarah. Ia wujud sejak zaman batu lagi. Kerana sudah begitu biasa, tidak ramai yang mengambil endah lagi. Begitulah, manusia lebih tertarik kepada yang sesuatu yang lebih baru. Malangnya, prinsip kejayaan bukan baru, ia prinsip lama dan sudah terlalu biasa. Prinsip kejayaan tidak pernah berubah 1000 tahun dahulu hinggalah 1000 tahun kemudian.

Contohnya ? rajin. Semua orang tahu, kalau hendak mencapai kejayaan, merubah keadaan hidup mesti rajin. Seribu tahun dulu, inilah prinsipnya. Seribu tahun akan datang, kalau hendak merubah keadaan hidup ke arah yang lebih baik, tetap mestilah rajin. Oleh kerana sejak kecil lagi sudah kedengaran, ?rajin, rajin, mesti rajin, mesti rajin kalau nak berjaya, nak kaya,? perkataan rajin itu sudah menjadi terlalu biasa, sudah tak diambil endah. Kerana itu jugalah, bila sebut sahaja tentang prinsip-prinsip kejayaan, segera menjawab, Ohhhhhh?.. itu saya sudah tahu, semua saya tahu?.? Memang hampir semua orang tahu tetapi mengapa tidak ramai yang berjaya di dalam hidup? Menurut kajian hanya kurang dari 5% sahaja penduduk di bumi ini yang dapat mencapai kejayaan hidup, kekayaan dan keselesaan hidup. Kerana walaupun mereka tahu tetapi mereka tidak mahu melaksanakan apa yang mereka tahu. Bukan tak boleh tapi tak mahu.



Tanyalah kepada siapa saja, dari kanak-kanak hingga dewasa, dari pembesar hinggalah kepada pengemis, mereka dengan panjang lebar boleh memberitahu anda prinsip-prinsip kejayaan. ?Encik Pengemis, tahu tak bagaimana hendak berjaya dalam hidup?? Pengemis pun menjawab, ?Ooooo? senang saja. Kamu mesti berusaha dengan rajin, dedikasi, komitmen, berdisiplin, jangan putus asa, ada matlamat, jangan keluar landasan, berdikari jangan suka meminta-minta.? Encik Pengemis boleh menyenaraikan prinsip-prinsip kejayaan dengan tepat. ?Tapi mengapa Encik Pengemis tak berjaya?? Anda bertanya lagi. ?Kamu silap, saya berjaya dalam bidang saya. Bidang mengemis.? Jawab pengemis itu. Yang sebenarnya, pengemis itu tahu tetapi tidak mahu melaksanakan prinsip-prinsip kejayaan. Dia atau sesiapa saja di muka bumi ini boleh berjaya jika mahu. Bukan tak boleh tapi tak mahu.


Saturday, November 13, 2010

JAM BESAR - MEKAH

 
BINGKISAH DARI MEKAH
Gambar Jam besar di Mekah ini di MMS kan oleh CDM Kamarudin tadi pagi. Memang pantas pembangunan & perubahan di Tanah Suci Mekah AlMukarramah. Tahun lalu masa kami menunaikan umrah, Jam ini belum ada lagi. Insyaallah kami warga AT181 sedang menunggu masa & ketika untuk mengerjakan umrah pada tahun depan. PERCUMA!!.. Syukur pada Allah SWT yang memudahkan segala urusan. Memberikan peluang untuk kami rebut bersama AT181.
Doa kami pada CDM Kamarudin & CDM Kartini supaya dipelihara,dipermudahkan segala urusan mereka semasa mengerjakan Haji. Labbaikallah Humma Labbaik....
Posted by Picasa

Friday, November 12, 2010

Safira Club 10/11/ 2010

klik di Tajuk safira club di bawah (yang berwarna merah)untuk lihat gambar di facebook saya... entah kenapa tak boleh nak upload picture.... sambutan memang hebat. makin hebat sebenarnya. t.kasih semua CDM2 yang hadir untuk jayakan BOP AT181 utara...
Safira Club 10/11/ 2010

 CDM2 hebat sedang menyanyikan lagu semangat...  CDM Faridah, CDM Dzul, CDM Mohd Razali, CDM Ali, CDM Nizam, CDM Wan Mahdzi, CDM PakSu, CDM Fitri & ramai lagi DDM,DSM,SSM,SM & orang2 baru.

 Hero2 AT181... tak pernah jemu datang kelas setiap minggu. Hebat semua ni.

 Dah penuh???  baru bermula ni... dah ada yang kena berdiri.

 Aku memberikan kata2 aluan. AT181 makin hebat berkembang. Gelombangnya makin kuat. Kerjasama CDM2 AT181 memang tak dapat dinafikan lagi. Inilah kehebatannya bila bersama AT181. Kuasa luar biasa.

 Berbaju batik, bergaya & segak. Berilmu tinggi. Itulah CDM Mohd Razali.. Kata2 yang bernas. Membuka minda setiap hadirin.

 Alhamdulillah...  ini lah suasana berniaga yang kita nak... memudahkan semua warga AT181. tak perlu fikir masalah... fikir berniaga saja... Closing Closing CLosing... suasana sudah membantu. terpulang pada diri sendiri bagaimana untuk menggunakannya sahaja.

 Pintu bilik sebelah dah terbuka... sebab bilik dah tak muat,...  bilik ni bilik yang besar... Pun dah tak muat... Macamana Nie???

 Abg Zam dari Kulim, bersama DSM AM dari penang.... tekun, fokus... itulah yang perlu ada dalam diri setiap insan.

 Sharing dari CDM ALI.... 2 sharing... pengalaman Swiss & banjir... Lepas seronok main salji, kena harungi banjir besar di Perlis... Dugaan Allah pada hambanya.. Hadapi dengan redha & sabar... Untung ada bisnes katanya... sebab barang2 yang rosak.. boleh dibeli baru. Rezeki yang lebih, boleh membantu sedara mara yang susah akibat bencana alam... Bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan.. tak mencukupi untuk menanggung kerosakan2. Sebab itu perlu ada pendapatan yang lebih..

 CDM Faridah Mohd Ali... menerangkan kelebihan produk Bio Zone Food Purifier... memang terkejut semua hadirin... makanan yang selama ini kita masak, basuh secara biasa... rupanya masih lagi terdapat bahan2 kimia... bahan2 pengawet...   Hebat sungguh CDM Faridah... serba serbi lengkap... ilmu produk & juga ilmu perniagaan.

Memang ramai... 

 CDM Dzul,,,,  pasangan kepada CDM Faridah... CDM Dzul ni ilmu nya pun tinggi... seronok kalau bersembang dengan beliau... Positif selalu...  t.kasih CDM Dzul... support kami di Safira.

 Itulah buih2 lemak setelah ayam diproses dengan Bio Zone.. baunya busuk... lemak tu la yang jadi spare tyre kat perut... yang mendatangkan pelbagai jenis penyakit..  ayam jadi segar bugar.fresh. pejal.

Full House.. Kat luar pun ramai lagi... takleh nak masuk.. penuh penuh....

Boleh berjaya dengan AT181????   Tersangatlah bolehnya.... Mana nak dapat suasana yang macam ni... Mau atau tak mau saja!!!!