Gambar semasa bertugas sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Kami akan berkumpul di KLIA jam 6petang 23hb nie.. Transit di Doha.. landing di Zurich.
Nak jamu mata boleh, nak shopping boleh. Nak guling2 kat sana pun boleh.. Buatlah apa nak buat.. tapi 29hb kena balik malaysia.
Dulu aku pun tak pernah terfikir nak sampai ke negara2 luar. Tak boleh nak fikir caranya. Nak guna duit sendiri, mustahil la kan... banyak lagi keperluan lain yang diutamakan. Rupa-rupanya boleh.. Samalah seperti anda semua.. Seronok tgk kawan2 ke sana ke sini.. Antara ayat2 kita dulu.. Best la hang kan.. family hang kaya, selalu bawa holiday luar negara.. kita terliur ja tengok gambar2.
Nak cerita sikit pengalaman aku masa kecil. Aku orang kampung... duduk kat tanah wakaf haji kassim di penang. kawan2 semuanya lebih kurang ja.. dalam ramai kawan2, ada dua orang kawan yang agak kaya. Sorang tu anak doktor, sorang lagi anak tokey kain. Mewah hidup kawan2 aku..
Nak cerita anak doktor : jiran kepada kampung kami, dia duduk rumah teres, kami selalunya seronok nak ke rumah dia. Sebab, ada game yang canggih, Play Station.. kami duduk kat luar pagar rumah. Tak boleh masuk. Nak masuk pun malu.. kami tengok ja la dia main game tu... tengok pun dah seronok.. Masa tu game StreetFighter tengah panas... Dapatlah juga dia bagi main sekejap bila lain clear.. Dalam hati, untungnya kawan aku ni, pastu melancong tempat luar negara, cerita main salji, disneyland. macam2 la..
Sorang lagi anak tokey kain : Mewah dari segi pakaian, semua branded, Cukup umur 16, keluar motor. mewah mewah. rumah cantik, family dia minat kereta honda.. masa tu yang aku tau honda ex5 ja..
Pada usia muda aku, memang aku cemburu... alahai... seronoknya kawan2 aku. seronoknya hidup mereka... Advance pada kami... kami geng2 kampung. Naik basikal pusing kampun, letak tin susu kat pedal basikal tu.. sebab nak bagi korner berapi... berapa kali aku sujud ke tar.. tersalah korner.
Tapi aku tetap bersyukur, ibu & ayahku menjaga kami sebaik mungkin.. cukup juga semuanya... cuma taklah sampai aku nak PS2 tu dapat.. aku pun tak minta... mahal tu.... Takla aku ajak ke luar negara... cukuplah aku tengok kawan2 aku yang pergi.
Moral of the story..... itu dulu..... Allah dah temukan aku dengan AT181.. yang mana secara tak sedar, semua impian aku ketika kecil sudah pun tercapai.... Insyaallah anak2 aku tak payah jadi macam aku, duduk bertenggek kat pintu pagar rumah kawan mengharapkan dapat main game... Bukan kemewahan melampau yang aku nak bagi kat anak2... Zaman sekarang makin canggih, teknologi makin tinggi. Dengan rezki yang dapat bersama AT, aku nak family aku berjaya. Banyak dah yang kami dan ramai lagi merasa dengan AT.
Aku pasti kita semua mempunyai kenangan yang lebih kurang sama, tapi kita kan boleh merubahnya... Bagaimana??? buatlah sesuatu, tetapkan matlamat, tunaikan segala impian & cita2.. Beri peluang pada diri, dan beri peluang pada AT181 untuk merealisasikan impian2 anda.
12hari lagi untuk kita semua fight tiket percuma ke PERTH... jangan mengalah... selagi belum due date.. Jangan lupa pada rezki yang tidak disangka-sangka.... ADA..... teruskan pencarian... dengan harapan & tawakal beserta usaha gigih kepada ALLAh SWT.. SEMOGA BERJAYA...
No comments:
Post a Comment