Saturday, October 09, 2010

AL-KisaH

Alhamdulillah perjalanan hari ini lancar. SInggah ke rumah kenduri. Nak jadi cerita. Dalam mencari rumah kenduri, parkinglah sekejap di depan kedai orang melayu kita. TUjuan nak tunggu rombongan yang lain. Datanglah seorang Makcik dengan muka yang garang tanpa senyuman. Terus sound jangan parking depan ni. Nanti lori ni nak keluar. Hmmmmm... kataku,, saya nak tunggu rombongan ni... nanti saya parking tempat lain dengan senyuman... Mungkin cuaca masa tu panas sangat.... makcik makin agresif... tak boleh tak boleh. jangan parking sini. Aku pandang isteri, isteri pandang aku... senyum ja la kami...
Ye la makcik.... apa saja la....
Moral of the story...
1. Aku bangga tengok kedai orang melayu kita... macam2 barang ada... niat dihati nak la jugak beli sedikit barang sambil menunggu... Support...
2. KAmi disambut dengan kata2 yang agak pedas di cuaca yang panas....
3. Niat nak membeli dah terbatal...
Tak kisahlah berniaga atau pun tidak.. budi bahasa sangat2 penting. Senyuman sememangnya menyejukkan hati sesiapa sahaja...
Yang kahwinya tu sepupu aku.... last2 makcik datang jugak makan kenduri di situ... Aku lemparkan senyuman... Makcik oh makcik....
Senyumlah dengan sesiapa sahaja yang memandang kita... kadang2.. kita nak berbisnes dengan orang... tapi muka masam... Orang nak dengar pun tak semangat... Jumpa group muka masam... group pun hilang semangat... Jumpa prospek ... bersalam... tapi mata tak bertentang... pun menghilangkan semangat...
Ikutlah nasihat Nabi kita... Bersalam erat, mata bertentang, senyum. Sejuk hati orang...
Insyaallah... setiap kejadian ada ceritanya yang kita akan belajar..
Sekarang aku di Taman Melati.. Appointment sekejap lagi jam 8pm...  Dari sekarang aku dah senyum....
Senyum semuaaaaa.....

No comments: