Berlangsungnya Seminar Nur Wanita 3hb Oct di Mines Welnes Hotel. Sambutan memang tak dinafikan lagi... Penuh, ramai. MEmang tak rugi aku ke sana. AT181 sememangnya gedung ilmu. dari segi teori, praktikal semuanya lengkap.
Semasa seminar berjalan, aku, cdm kamarudin, ddm nizam & CDM Kapten Jai minum2 di kedai. banyaknya ilmu & pengalaman yang aku dapat. Sempat juga kami meronda di Mines Shoping Centre. Seronok bertukar2 cerita & pengalaman sesama kami.
seminar habis lebih kurang jam 2petang. Peserta semuanya positif. ada yang jadi pengguna & ada yang menjadikannya sebagai kerjaya.
Makan di Asam Pedas Bangi. Memang sedap. dalam keadaan yang lapar lak. Lepas makan terus ke Kg Baru untuk jumpa kawan lama. SInggah solat di Mesjid Kg Baru. Ni ada cerita sikit masa kat mesjid Kg Baru.
- Lepas solat aku pun terus ke kereta. sambil pakai kasut, datang seorang pakcik jual minyak wangi. Kasturi Kijang, aku beli untuk support orang kita berniaga. Tapi memang sedap baunya. Lepas tu datang sorang lagi pakcik. Pak Non namanya. terketar2 dia nak cakap dengan aku. Takut agaknya. Nak minta bantuan. untuk duit makan. Memang la kita dah maklum, ada orang ambil kesempatan, ada yang betul2 susah. Aku pun layan sembang dulu. Asal sungai petani. datang kl sebab kawan janji nak bagi kerja. Umur 50an. dh seminggu tunggu kawan tak muncul2. sambil sembang aku hulurkan rokok sebatang. Katanya rezki tak boleh ditolak. tak boleh menghampakan pemberian orang. Aku terus kata... kalau pakcik tak merokok harus ditolak... tapi kalau memang dah merokok ... rezki jangan ditolak pakcik... berdekah-dekah dia ketawa. Hilang rasa malu & segan pakcik tu. Antara kata2 pakcik tu...
Pakcik rasa bangga bila tengok adik beli minyak wangi tadi.. Pakcik tau yang adik mesti dah ada banyak minyak wangi.. maklumlah naik kereta besar. Tapi adik terus bayar tanpa banyak tanya. pakcik tau niat adik nak support orang kita berniaga. Pakcik ni malu nak minta. Tapi kalau pakcik tak minta pakcik lapar. Pakcik doakan adik terus berjaya dalam hidup.. moga rezki melimpah ruah. Adik muda lagi... tapi dah boleh pakai kereta macam ni. Ini satu kebanggaan bagi pakcik. Yang penting adik.... kita settlekan dulu keperluan diri, keluarga, keluarga terdekat. Lepas tu ada rezki lebih... bolehlah tolong bantu orang2 lain macam pakcik. Itulah indahnya Islam. Bantu membantu. Jika rezki kita itu bersih... ia akan berjalan dengan lancar... "
Aku pun sambung kata2 pakcik tu.... "Mengalir seperti air sungai" Pakcik terus merenung mataku.. katanya... adik ini bukan sembarangan... muda dan berisi... terus aku potong katanya... Ilmu yang datang dari Allah... Dari pakcik pun saya boleh dapat ilmu. Pakcik ikhlas, berbangga dengan kejayaan anak bangsa... ramai yang cemburu melihat anak bangsa berjaya pakcik.. macam2 kata nista yang merosakkan minda. Aku pun berilah sumbangan ikhlas... Yang aku minta.. pakcik tu doakan kejayaan aku dunia & akhirat..."
Terus aku ke Restoran Perasan di Kg Baru. Bertemu sahabat lama.. Programmer jugak macam aku dulu... Alhamdulillah... sign borang ahli... dalam proses untuk join akademi... Ya Allah sesungguhnya rezki itu di tangan MU... Permudahkan lah untuk kami semua... AMIN.....
No comments:
Post a Comment