Sunday, October 03, 2010

Aroma Terapi Minda 2/10/2010

Syukur ke hadrat ALlah SWT yang memberi izin majlis ATM berjalan dengan sangat lancarnya di Safira CLub. Deretan kereta mewah bernumber 181 membanjiri parking lot Safira.
Ratusan orang berpusu-pusu di meja pendaftaran. hampir 200 orang baru. Dewan pun penuh. Hampir 500 orang hadir. Dari Penang,Kedah,Perlis,Perak,KL,Kelantan dan rasanya ada lagi. Walaupun cuaca hujan sedikit di pagi hari... Kehangatan AT181 mengatasi segalanya.
Aku bertugas sebagai pengacara majlis, Slot pertama dihangatkan olh Pakar Motivasi Hebat, Reiki Master CDM Faridah Mohd Ali. 1jam lbh bersama beliau. Mengupas & membentangkan tajuk "Aku adalah kekayaan, Kekayaan adalah Aku" memperbetulkan tanggapan orang kita mengenai kekayaan. Taboo & dongeng menngenai kehidupan orang kaya didedahkan, dibincangkan dengan contoh2 & fakta.
Slot kedua mengenai realiti kehidupan yang diterjemahkan dalam bentuk MONEY GAMES oleh CDM hebat.. CDM MOHD NASIR HASAN. Diterbangkan khas dari KL untuk menguruskan Money Game. Beliau menyentuh banyak bab & musabab yang menyekat rezki kita dari masuk melimpah ruah. Memberikan tips2 untuk murah rezki mengikut ajaran Islam. Di antaranya:
1. Banyakkan beristighfar/bersyukur
2. Eratkan silaturahim sesama insan
3. Banyakkan bersedekah
Ada yang bawa pulang RM300,RM250,200... melihat kuasa rezki berlaku depan mata. Dari RM1 menjadi RM300.. Bagaimana ya????
Slot ke3 disampaikan oleh CDM Muhd Razali. Pakar dalam strategi perang. Perang dalam perniagaan. LATIHAN & BIMBINGAN kunci utama untuk menentukan kejayaan sebelum kita mencebutkan diri dalam perniagaan. Perlu diingat latihan yang konsisten. AT181 telah 2tahun konsisten memberikan latihan & bimbingan di Safira.. tanpa putus, tanpa jemu, tanpa cuti melainkan hari raya puasa & raya Haji...
Slot ke4.. Disampaikan oleh Pengetua AT181 ataupun Pemimpin Utama dalam AT181, CDM Kartini Mat Yaakob.. Semangat beliau hari ini luar biasa hebat. Tergamam jugak aku mendengar. Penuh motivasi. Beruntunglah siapa yang hadir. Pendedahan esklusif dilakukan... Pendapatan jutawan dipamerkan.. Subhanallah,,,, Allah berkuasa untuk memberikan kekayaan sebegitu rupa kepada sesiapa saja yang dikehendaki. Jutaan ringgit setiap tahun diperoleh. Itulah pemimpin yang akan menunjukkan jalan kepada kita semua. Bagaimana untuk menjadi seperti beliau. Tiada yang mustahil kerana CDM Kartini & CDM Kamarudin telah melakukan & menikmati hasilnya. Kejayaan CDM2 yang lain juga ditunjukkan. Majoriti peserta teruja, biarpun yang baru mahupun yang lama. Terima kasih CDM Kartini & CDM Kamarudin yang tak pernah jemu2 membimbing kami di utara malah di seluruh pelusuk tanah air.
Slot penutup sudah semestinya di tangan CDM Faridah Mohd ALi... Semangat beliau berkobar2 bagaikan ada API yang tidak pernah terpadam di dalam jiwa. Bahang api tersebut menghangatkan para peserta... Orang baru bangun berdiri menyahut cabaran, ingin turut sama merasa kejayaan yang AT181 bawakan. Tahniah & jutaan terima kasih pada CDM Faridah & CDM Dzul, gandingan hebat, motivasi hebat, penutup yang hebat melengkapkan acara.
Insyaallah, AT181 telah buat program yang terbaik. PERRRRCUUUUMAAAAAA.
Warga AT181 yang datang, yang gunakan kesempatan AT.Minda, aku ucapkan tahniah. Tapi macamana pula dengan yang buat tak endah dengan program ini.. yang tewas di medan katil,selimut & bantal!!! Perlukah aku ucapkan TAKZIAH???

No comments: