Hampir 80% daripada kita tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yg dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya kita tidak pasti apa yang kita mahukan, bagaimana mungkin kita membuat perancangan & mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahaja tanpa disedari.
Imagination is power than knowledge.
Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi @ impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.
Sedarkah kita begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yg sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Sekiranya kita bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah kita. kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi kita tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.
Selepas ini, tenangkan fikiran kita sebentar. Fikirkan soalan ini.
Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
Kenapa aku mahukannya?
Bagaimana aku boleh mendapatkannya?
Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!... Kita sudah punya matlamat.
Contoh matlamat:
Apa?
Aku mahu jadi CDM.
Bila?
Tahun 2010
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku boleh, aku hebat, aku pasti berjaya.
Untuk masa depan yg lebih cemerlang.
Bagaimana?
Aku mesti buat demo setiap hari.
Aku mesti closing tt setiap hari.
Aku mesti datang setiap BOP Taipan setiap minggu.
Aku mesti datang awal setiap kali ada BOP TAIPAN.
Aku mesti hadir seminar2 Taipan.
Aku mesti bantu setiap rakan kongsi.
Aku mesti dapatkan Bonus Wawasan.
Aku mesti dapat Car FUnd.
Aku mesti yakin dengan diri sendiri.
Aku mesti berani cerita m.plan sendiri.
Cakap tidak serupa bikin.
Inilah kelemahan kita. Kita begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat kita tapi apa pula tindakan kita? Pastikan setiap kata dikota.Yang membezakan seorang doktor dengan seorang pekerja biasa ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan kita, "besar nanti nak jadi apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi pekerja biasa2. Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita kita tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...
AKU BOLEH! AKU HEBAT! AKU PASTI BERJAYA!!!!!!! JOM JADI CDM TAIPAN 181
No comments:
Post a Comment