Thursday, May 20, 2010

Kisah jutawan-jutawan dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

renungkan kisah jutawan-jutawan di bawah:

Bill Gates menjadi jutawan kerana mencipta software
Michael Dell menjadi jutawan kerana mencipta komputer moden
Warren Buffet menjadi jutawan kerana pasaran saham
Robert T. Kiyosaki menjadi jutawan kerana hartanah
Azizi Ali menjadi jutawan kerana hartanah
Robert Kuok menjadi jutawan kerana gula
Lim Goh Tong menjadi jutawan kerana Genting Highland
Syed Mokhtar Al-Bukhari menjadi jutawan kerana perniagaan
Irfan Khairi menjadi jutawan kerana bisnes internet

Aku pasti nama-nama jutawan di atas sudah biasa kita dengar sama ada di akhbar, mahupun di internet. Mengapa aku sebutkan nama-nama mereka?Sebenarnya, apa yang hendak disampaikan ialah.. bersama Taipan 181 , kita boleh jadi kaya.. boleh jadi jutawan.

"Ahh... bohonglah CDM!''

Mungkin ada yang akan kata sedemikian, tetapi hakikatnya memang betul, kita boleh jadi jutawan atau kaya atau setidak-tidaknya memasuki fasa 'financial freedom' atau dalam bahasa Melayunya 'Kebebasan Kewangan!'

Tapi CDM... apa yang saya perlu buat?

Jawapannya adalah seperti berikut :

1. Menuntut ilmu
Jika kita mempunyai impian, belajarlah ilmu dan kuasainya. Ilmu merupakan pelaburan paling berharga dan bernilai tinggi berbanding yang lain. Hadirlah Bisnes Talk Taipan, seminar, roadshow, dll acara yang diaturkan oleh TAIPAN 181. Belanjalah sedikit wang untuk dapatkan ilmu. Duit yang kita laburkan pasti mendatangkan hasil yang berlipat-lipat kali ganda.

2. Tindakan
Apabila kita sudah mempunyai ilmu, maka buatlah pelan tindakan dan ikuti pelan dan rancangan yang telah kita sediakan.

3. Bersungguh-sungguh & Istiqamah
Lakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti putus asa. InsyaAllah, kejayaan akan datang dengan sendirinya kelak.

4. Kegagalan
Jika kita gagal, jangan sesekali mudah menyerah. Bangkit semula dan perbaiki kelemahan yang ada sebelum ini. Kegagalan adalah proses meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengalaman.

5. Fokus
Ramai orang berhenti separuh jalan kerana hilang fokus. Seboleh-bolehnya, fokuskan kepada satu matlamat sehingga matlamat tersebut tercapai sebelum beralih kepada matlamat yang lain.

6. Belajar dan terus belajar
Ilmu adalah anugerah yang tiada sempadan. Teruslah belajar walaupun anda telah berjaya. Teruskan belajar walaupun anda seorang jutawan kelak!

Itulah jawapan yang dapat dikongsi bersama. Ianya mudah jika kita benar-benar mahu mencapai 'Kebebasan Kewangan'.

FAKTA : Michale Yeoh pelakon terkenal pernah mengalami komplikasi tulang belakang semasa kecil, namun beliau berjaya menjadi pelakon antarabangsa pada hari ini!

FAKTA : Robert T.Kiyosaki pula pernah kerugian besar dalam perniagaannya tetapi hari ini beliau telah menjadi jutawan dalam bidang hartanah!

Jadi, siapa kita sebelum ini tidak penting. Siapa kita pada masa akan datang lebih penting.

No comments: