SALAM TAIPAN.
Aku yakin semua sangat-sangat bersemangat hari ni. demo hari ni berjalan dengan lancarnya. prospek yang datang ke safira club semalam dah ramai yang terus uruskan apa yang patut. dah dengar, dah faham, dah tengok bukti. teruskan dengan tindakan. TT semakin berkembang, rancak. Ikut kata otai, percaya & yakin TT akan bawa perubahan yang besar. Bakal mencipta sejarah.
sekejap lagi akan bertolak ke Pulau Langkawi. Akhirnya tercapai juga impian isteri tersayangku untuk melawat Langkawi. 8 tahun berkahwin. Ke langkawi untuk membantu group. dari 1 TT aku sangat-sangat yakin pasti berkembang. tak sabar rasanya nak join bisnes talk CDM NURI esok. Mengimbas kembali masa mula-mula aku join, upline jauh. Tapi itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Upline sedia bantu untuk curahkan ilmu. dan aku sanggup terima cabaran untuk kembangkan Taipan di Penang. Sejarah lama mungkin berulang kembali. Upline jauh tak jadi masalah. Asal kita nak. Bisnes Talk dah ada. Lagi mudah & lebih mudah. Belajar & faham marketing plan betul-betul. sekejap saja berniaga kita akan naik. Jom renung kata-kata di bawah.
1.Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
2.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
3.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
4.Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
5.Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja lama kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
6.Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
7.Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
8.Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
9.Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
10.Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
11.Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
12.Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
13.Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
14.Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
No comments:
Post a Comment