Monday, May 10, 2010

GEMPA BUMI

jam 2.05pm hari ahad 9/5/10, time tu kami semua kat rumah d penang. dok makan nasi, tiba2 rasa bergoyang ja semua benda. Kepala pun naik pening. x cukup tidor ka?, Confirm, gegaran sedang berlaku. Lama lak tue. Isteri aku dh risau, terus tarik anak2 & mak aku turun bawah secepat mungkin dari tingkat 9. Masa tu apa yg sempat di capai, itula yg dicapai. Kunci kereta, hp, yg penting2 ja. Semua org berebut turun lif, yg turun tangga pun ada. Takut apartment runtuh.

Masa tu kalau la runtuh, memang dh x sempat utk kita buat apa2 pun. Kalau amalan x cukup, x sempat dh 2 g buat solat 2 rakaat. Tgk anak aku yg 2 org. Andai la aku tiada & mereka masih ada. apa la yg ada utk ditinggalkan kalau aku x buat sesuatu. atau aku x berusaha utk tinggalkan apa2 utk masa depan mereka. Kehidupan yg serba serbi cukup, pasti berubah selepas tu kan. Nak sedih? nak salahkan siapa? kalau kita sendiri yg tidak membuat perancangan utk masa depan. Ramai org sebut ambil Insurans nyawa, ambil insurans pendidikan, insurans kesihatan, mcm2 jenis insurans ada. Tapi kalau gaji cukup2 makan, blh ka nak ambil semua tu. Kalau yg dh ambil, tahniah. aku bukan ejen insurans ya... tapi masa ni apa lagi yg blh ditinggalkan. Masa dlm lif tu.. teringat juga kat rakan2 kongsi. hmmm, andai kata benda x elok terjadi. aku harap sangat dgn ilmu2 yg sempat diturunkan. dgn semangat2 aku yg telah dicurahkan. Gunakanlah sebaik mungkin utk teruskan perjuangan bersama Taipan. Yg pergi akn tetap pergi x kembali, yg ada?? kehidupan, perjuangan perlu diteruskan. Kepada isteri tercinta, pangkat CDM sebagai hadiah yg paling berharga. Blh teruskn perjuangan. Ambillah pendapatan yg lumayan pada pangkat CDM tersebut. Jayakan rakan kongsi seramai mungkin. ( Luahan ini andainya benda2 tu terjadi )

ALlhamdulillah, masih ada hayat lagi. masih lagi mampu menaip pd jam 2pagi ari ni. Sebab tu la kita jgn tangguh2. kena laju, kena pantas. Sekelip mata ja mcm2 blh berlaku. sebelum update blog ni, melawat sekejap di blog CDM Kartini. perkara wajip yg aku lakukan setiap kali online. Tajuk terkini Aku VS Mat Din. Terima kasih CDM. dgn berlakunya gerak gempa hari ni. dgn cerita yg cdm coretkan. kesannya cukup menusuk jiwa. Aku janji dgn diri sendiri, aku xkan bertangguh kerja. aku kena buat semua benda sebaik mungkin. aku kena tingkatkan kerja dunia & juga kerja akhirat. sebab x guna menyesal dh kalau masa tu tiba. memang x sempat. nak amik wuduk pun x sempat. semua lari nak selamatkan diri. Allah nak bagi ilmu, sekejap ja. mudah ja. melalui peristiwa2 yg berlaku sekeliling kita. Cuma kita nak sedar @ tak saja.

Aku juga janji dgn diri, aku akn berusaha mati-matian. utk masa depan anak2 aku. Aku pasti buat yg terbaik. Wahai anak2 ku. 1 hari nanti mereka akn baca juga blog ni. Bapa sedang berusaha sangat-sangat keras utk kejayaan Arfan & Arzan. Bapak x dilahirkan dlm keluarga jutawan. Tapi bapak akn pastikan yg Arfan, Arzan & bakal anak ke 3 jadi anak kepada sepasang Jutawan. Biarlah perit, biarlah pahit, yg perlu anak2 aku tahu, aku sedang berusaha utk realisasikan impian ku ini. Jadi @ tak itu bukan persoalan. yg penting aku tlh bermula pd thn 2007. Tiada penghujung dlm usahaku ini. Utk isteri ku Ayu. Anda paling hebat. peneman di kala suka & duka. masa dulu kita baru bermula, income 5 angka pun kita x pernah rasa. tapi semangat juang kita sgt2 tinggi. akhirnya dpt kan income 5 angka sebulan. dari belasan ke puluhan ribu. Dari wira ke Honda Civic & ke BMW 5series. Maaf byk2 sebab belum bawa isteri tercinta ke Pulau Langkawi. Tapi, KOREA, UMRAH & BEIJING sebagai ganti.

Kami juga janji ni, setiap rakan kongsi pasti jadi CDM Hebat Bersama Taipan 181. Jgnlah rakan2 kongsi ku menyerah kalah begitu pantas, jgnlah mengalah dgn sedikit cabaran & dugaan. Jgnlah hilang fokus @ beralih arah. ini utk diri anda juga. Kami tetap dgn perjuangan kami. Siapa yg sanggup bertahan, pasti akn dpt kejayaan luar biasa. Alah bisa tegal biasa. Alang2 menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pengkal lengan. Tiupkan semangat Panglima2 zaman kepahlawanan Melayu dlm diri anda. Berjuanglah, berjuanglah hingga ke titisan darah yg terakhir. Berundur dari medan peperangan jgn sama sekali. Biarlah kita bangga menjadi warga Taipan 181. Serapkan roh & semangat Taipan dlm diri anda. BERSAMA & BERSATU SELAMANYA.
Luahan hati di pagi yg sunyi. CDM FITRI........................................................................................

No comments: