Pemergian Arwah DDM Kunaini masih lagi terasa di kalangan warga AT181. Nama beliau sentiasa disebut-sebut. Semalam aku adakan meeting leader ku. Kami menghadiahkan surah Al-Fatihah untuk arwah. Kami juga akan membacakan Surah Yasin untuk arwah secara sendiri2.
Kebetulan petang tadi aku berjumpa dengan seorang Ustaz. Ustaz Aswar namanya. Di antara pesan Ustaz padaku..
Jadilah orang kaya yang bertakwa. Yang mana kita sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan. Baik susah mahupun senang. Kita perlu hebat dari pandangan Allah SWT. Bukannya hanya hebat di mata manusia. Hebat manusia tidak terletak pada darjat, harta, pangkat & juga kekayaan.
Tetapi itu bukan alasan untuk tidak berjaya & kaya kata Ustaz Aswar. Umat Islam sememangnya dituntut menjadi kaya. Kaya & beriman serta bertakwa. Umat Islam yang kaya akan menjadi Syiar. Yang mana membuktikan Islam tidak menghalang umatnya untuk kaya. Bak kata Ustaz,, untuk kufur pada nikmat Allah tidak semestinya orang yang kaya.. kerana ramai manusia yang tidak diberikan kekayaan juga kufur pada Allah. Dengan rezki yang Allah beri, bila kita tahu saluran yang betul.. tidak menjadi masalah...
Jangan riak dengan kesenangan yang diterima, usah meninggi diri, betulkan niat, jaga amalan, sentiasa berpegang pada ajaran Rasulullah,
Rebutlah peluang untuk mengerjakan umrah yang pastinya ada setiap tahun bersama Akademi. Itu niat yang cukup mulia. Bila dah diberi kesenangan, bila dah ada kemampuan, tunaikan haji secepat mungkin. Kan murni, kan elok jalan yang kita pilih. Kenapa kita tak mahu kaya. sedangkan banyak kebajikan & kebaikan yang boleh kita lakukan dengan rezki yang kita terima.
Aku sangat berpuas hati dengan nasihat dari Ustaz Aswar. Ustaz juga ada menyentuh bab kesederhanaan yang sering disalah erti oleh kebanyakan dari kita... Sederhana itu sebenarnya dari diri kita sendiri... sederhana dari berkata-kata, sederhana dalam kehidupan kita.. tidak bermakna tidak boleh kaya... Kereta mewah perlu untuk kemudahan diri kita dalam berniaga. Tak salah.. cuma jangan riak. jangan perlekehkan orang... guna kereta itu ke arah kebaikan.. guna kereta itu untuk ke rumah ALLAH... sebagai lambang kejayaan & kemajuan ekonomi umat Islam.
Betul Betul Ustaz... kalau kita lihat .. banyak jugak yang tak berkereta mewah.. mengunjungi pub, disko, lorong2 gelap... berjalan kaki pun sanggup... naik motor pun sanggup... tak dinafikan yang kaya pun ada kearah itu juga..
Itulah pesanan ustaz... jadilah orang Islam yang kaya & juga bertakwa... Insyaallah Ustaz.. Jutaan terima kasih atas segala nasihat... Yang mana aku pasti, Pemimpin dalam AT181 juga mempunyai misi yang sama. Sentiasa memimpin kami ke arah kebaikan..
Sahabat2ku.... kita dah berada di platform yang cukup elok... Pentas usahawan ini kita boleh gunakan untuk kejayaan dunia & juga akhirat...
Terima kasih & tahniah pada yang hadir semalam... semoga tazkirah yang disampaikan semasa kelas.. dan juga pesanan2 yang ku sampaikan dari CDM2 otai.. kita terus laksanakan.. kita terus usaha... Semangat setia kawan yang telah kita pupuk sejak mulanya perkenalan kita biarlah berakhir sehingga akhir hayat.. Mari kita betul2 jayakan slogan BERSAMA & BERSATU SELAMANYA.
No comments:
Post a Comment