Sunday, June 05, 2011

CABARAN UNTUK BERMULA

Sekadar berkongsi pengalaman.

Pada Feb 2007, isteriku menceritakan 1 peluang. Peluang untuk berubah bersama Taipan181. Waktu itu aku tak nampak. Tak faham. Hanya mendengar penerangan ringkas tanpa bukti dari isteriku. Aku tahu, tujuannya untuk kami mencuba sesuatu sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan.

Katanya waktu itu, makciknya di Putrajaya dah berjaya. Dah dapat income 5angka, dah tukar kereta waja ke Toyota Estima. Hanya dalam beberapa bulan. Walaupun makciknya hanya bekerja sebagai seorang typist di Jabatan Kerajaan. Otakku seakan tidak dapat menerima. Mana mungkin boleh berjaya. Bisnes apa yang dibuatnya. Sedikit penerangan dari isteriku pada ketika itu yang tidak dilapikkan dengan bukti untuk menyakinkan aku. Aku diam saja. Aku tak minat langsung. Sebab yang utamanya. Aku tak minat berniaga.

Sebagai seorang kakitangan kerajaan, yang bekerja sebagai Penolong Teknologi Maklumat (F29). Aku rasa agak selesa sebenarnya. Jadi peluang itu kubiarkan saja. Mendengar pun tak nak. Mungkin kerana keegoan ku. Isteriku tak jemu... Cuba lagi memujukku untuk beri peluang. Hanya dengar saja. Diceritakan lagi, kakak dia pun dah join. dah dapat income melebihi gaji. Dah tukar kereta jugak. Hmmm...  Masih aku tak endah sangat. Egolah katakan.

Tanggal Julai 2007. Kebetulan ada Karnival Jom Heboh di Queensbay Penang. Datanglah makcik & kakak Ayu(isteriku) ke Penang. Bermalam di rumah ku di Bayan Baru. Untuk memudahkan mereka buat promosi di Queensbay. Itulah detiknya. Semasa aku di meja makan. Sedang nak makan. Makcik Ayu mengambil peluang. Membentangkan peluang yang Ayu nak aku dengar dari bulan Feb 2007.

Aku pun terfikir, tak salah kalau dengar sahaja. Belum tentu aku nak join. Selepas penerangan berserta bukti2 yang kukuh...  Huhhhh... Terus terbuka pintu hatiku. Aku dapat rasakan yang memang mudah bisnes ni. Begitu ramai yang berjaya. Bukti2 yang ditunjukkan padaku memang hebat. Memang betul kejayaan luar biasa telah dikecapi oleh mereka yang bersama Taipan 181.

Waktu tu aku terfikir. Kenapalah aku tak terus dengar pada Feb 2007. Kalau tidak pasti aku dah dapat ke Umrah Percuma yang ditawarkan oleh bisnes ni pada tahun 2007. Untuk tidak terus merugikan masa & peluang. Tarikh 21 Julai 2007, secara rasminya aku join. 10 Ogos 2007 aku mendapat pendapatan pertama RM4600. Wah,... memang betul ni. dan dari situlah kami mula membina langkah. Belajar bersama Akademi Taipan. Dipimpin, dibantu, dipantau. ALhamdulillah. Pendapatan kedua RM2800. lebih dari gaji.

Terus buat dan buat. Jan 2008 kami berdua terbang ke KOREA. Pertama kalinya kami ke luar negara. Passport pun tak ada sebelum ni. dengan pendapatan terkumpul hampir rm20k sepanjang 4-5bulan berbisnes secara part time. Kami memang enjoy di Korea. Trip percuma. Rezki kami... Korea musim salji. Salji turun lebat. Alhamdulillah. SYukur.

 Pertama kali memegang salji di Korea 2008
 Honeymoon yang paling Indah
 Memang enjoy sangat2
 Takkan dapat dilupakan. Di Gunung Ji San.
 Syukur Alhamdulillah
 Shopping jangan tak shopping
 Best tau - Dapat free
Seronokkan. Cuba kita fikir.. aku juga sebenarnya tak minat, tak percaya, tak tahu pun boleh berjaya atau tidak jika kami join bisnes ni. Pengalaman tak ada, ilmu pun tak ada.

Cuma kita, janganlah hukum diri sendiri. Terus buat keputusan tanpa kita betul2 dengar. AKu faham... dah hampir 4 tahun kami dalam bisnes ni.. Kadang2 kita berpeluang terus cerita pada pasangan. Kadang2 kita sempat cerita pada slah seorang pasangan saja. Yang pastinya mereka akan minat. Siapa tak nak ubah kehidupan, tambah pendapatan, melancong luar negara, kereta mewah kita guna company yang bayarkan. Semua tu kita nak...  Cuma bila kita yang baru dengar.. cerita sendiri walaupun pada pasangan kita atau sedara mara kita untuk dapatkan keizinan. Pastinya Pastinya,,, kebanyakan dari orang yang tidak mendengar sendiri... akan berikan jawapan seperti mana yang aku berikan... Tak payah lah... Boleh buat duit ka tu.. Rugi nanti...
SEBAB???   Sama juga seperti yang aku rasa... Tiada bukti.. Cara penceritaan yang simple.. yang mana kita pun baru sekali dengar.. jadi untuk kita faham dan memahamkan orang lain adalah benda yang berbeza,,,
Kita yang dah dengar serta tengok bukti memang dah yakin & faham. Tapi untuk kita faham & yakinkan orang lain???  Itulah yang Akademi Taipan selalu tekankan... Biar kami cerita... biar kami fahamkan.. Biar kami yang yakinkan.. Biar kami latih & kami bimbing.. Kerana kami telah dilatih dan dibimbing.

Berilah peluang.... ANda tak rugi apa-apa pun... Keputusan yang kita buat hari ni... menentukan masa depan kita... Rebutlah peluang ... Kempen ke Umrah & Belgium/AMsterdam telah bermula.. Usah jadi macam saya,,, tunggu 5bulan untuk dengar peluang.. Kita akan terlepas macam2 insentif.. kawan2 kita yang dah ada dalam list untuk kita ajak nantipun mungkin pada masa tu dah join dengan kawan2 lain. Sebab penangguhan yang kita buat. Ingatlah, bila kita dah bertemu peluang.. Itu maknanya ALLAH dah beri jalan.... Untuk kita usaha...


No comments: