Saturday, December 11, 2010

TOP TEAM WORK SDN BHD

Ah Guan,, tokey kedai Top Team.. 20tahun buka bengkel sendiri. 6 tahun bekerja makan gaji dengan Nissan untuk belajar selok belok dunia kereta. Hari ni dah jadi tokey besar. Service memang tip top. Pantas. Kereta masuk workshop hari rabu... hari sabtu dah siap.

Yang seksi ni tokey cat... pantas jugak kerjanya. 1 hari dah siap.

 
Kalau ada kawan2 yang kemalangan & nak claim insurans... kereta nak cepat... di sini lah tempatnya. terbukti cepat.

 
Siap...  M5..

 
Puas hati....  

Best sembang dengan Ah Guan ni...  bermotivasi tinggi. Janji ditepati. Dulu kedai dia kat Relau. Kecik ja tempat. bulan ni dah pindah ke tempat baru. Boleh masuk ratus2 biji kereta. Katanya mau berniaga besar tempat mesti besar...
Sempat tanya dia tak bercuti ka.. Takdak cuti la kawan..  raya cina saja cuti. itu pun rileks kat rumah. bagi anak bini pergi jalan2. Dia pulun bisnes. Tiap2 bulan flow cash keluar RM100ribu ke atas. Sekali dapat claim.. memang berganda-ganda... Berniaga mesti mau berani, Mesti mau fight.
Dia kata dia kenal aku masa zaman motor dulu, Aku dah tak ingat sangat. Dia bangga tengok perubahan dari dulu join team motor... Sekarang dah ada bisnes.. Bisnes apa tanyanya...
Sebutlah nama syarikat... Wahhhh itu company banyak bagus.. kita tau itu company. Lu bikin betul2.. Lu fight kuat2. Sama2 kita jadi kaya.


 

No comments: