Thursday, December 09, 2010

SAFIRA CLUB BERAPI !!!! 8.12.2010

Alhamdulillah....   safira club memang luar biasa. kehadiran peserta memang melimpah ruah. bukan bermusim...  sentiasa panas.. sentiasa ramai.. Nak kata pecah panggung... memang pecah panggung.. Meriah sungguh. seronok semua yang datang. Tambahan pula sekarang tengah Kempen 'Fly to Hongkong Disneyland '0' Cost' saksikan aksi2 hebat di safira semalam


 DSM Fiza... hebat2... orang kuat menjaga bahagian teknikal... mantap. lepas kerja terus datang safira club... rumah di Sungai Petani... komitmen anak 4 orang.. tapi bukan alasan untuk berjaya & terus berjaya.

 Upline kesayangan, CDM hebat.. CDM Hajah Kartini Mat Yaakob.. baru seminggu pulang mengerjakan haji bersama suami CDM Kamarudin Mamat... memberikan semangat pada kami semua semalam di Safira Club. 1 kapal terbang ke Hongkongg dari group Utara... Boleh mesti boleh...

 Ramai..... ramai lagi yang ada di luar... siapa cepat dapat masuk... siapa lambat nak buat macamana...

 CDM Kapten Jai... semangat juang dalam Tentera masih kekal bersama beliau... tiap2 minggu turun safira dari KL.. singgah Kuala kangsar.. bawa prospek.. HEBAT??? memang hebat.. BRAVO Kapten. Yang pakai ketayap tu ayah CDM Kapten Jai... Bekas tentera jugak.. semangat pun hebat jugak..

 Siapa tak kenal CDM Mohd Razali.... cdm hebat yang sungguh bersemangat malam tadi.. Auranya luar biasa. Penekanan kepada strategi & 7 faktor kejayaan memang membuka minda semua peserta.

 CDM Shahrina, CDM Kartini & DDM Zana...  srikandi2 dalam AT181.. Berasal dari Perlis, kelantan & johor bahru... bertemu di gelanggang Safira Club... 1 tujuan 1 matlamat 1 impian

 melimpah ruah... 

 CDM Khadzir dari KL...  bekas kakitangan MPSJ.. pakar produk Bio Aura... demo produk beliau semalam memang hebat... teruja.. ramai yang tak sangka begitu bergunanya bio aura. banyak kelebihan & khasiat yang kita tak tahu. semalam semua dapat ilmu percuma. Tq cdm..

 Peserta yang tak pernah minum air bio aura dipanggil ke hadapan. Untuk menguji tahap asid dalam badan. Rizal dari penang.

 Hembusan nafas ke dalam air biasa.

 Setelah di campur dengan PH tester.... tahap asid dalam badan memang tinggi. air bertukar warna merah.

 Itulah kesannya... merah.... sepatutnya biru untuk PH yang sepatutnya... Jadi.. Perlu minum bio aura??

 Air bio aura yang diuji dengan PH tester... kandungan alkali yang tinggi.. mencecah warna biru...

 Lampu pun boleh menyala dengan terang benderang... itu air Bio Aura... Air menghasilkan tenaga. Selalu kita minum air. PAstikan yang masuk ke dalam badan kita mempunyai mineral, tenaga, alkali & bersih.

 SSM Amran & rakan kongsi beliau.. Kak iera. bekerja kilang. penat kerja... tapi dah nampak jalan. Perubahan perlu dilakukan. Tak boleh tunggu dah. Kena buat sesuatu. Ya.. anda berada di platform yang betul.

 Dsm Mnazlan bersama group... membentangkan formula kejayaan AT181. bagaimana nak ke Hongkong percuma. Pendapatan luar biasa. Yang baju merah tu. DSM Mnazlan.. bekerja sebagai pemandu di jabatan kerajaan. Dapat tiket ke Perth Australia, sudah memiliki Honda Civic berwarna putih.

 CDm Syed Huzair.. anak kelahiran Titi Serong, parit buntar... mengembangkan empayar di pulau pinang.. tahniah cdm.

 CDM Nizam... semangat tu... sampai terangkat tangan. memberikan motivasi pada group... Hampa semua mesti kena p Hongkong... Jangan tak pi tau... '

 CDM Hasmidar berkongsi pengalaman dengan rakan kongsi... DSM Farah pun ada. Tekun mendengar. Semangat berkobar2... go go go Poh Kong... hehehe.. tempat beli emas.

 CDM Kartini... meluangkan masa bersama rakan kongsi & juga prospek baru. Mudah ja... saya dah 10tahun bersama AT181.. mudah dan senang. Akademi ada... tak perlu risau. kita bekerja dalam kumpulan.
Tq cdm.
 CDM Shahrina... bersama leader2 group di utara.. fight fight fight... hongkong hongkong hongkong... Poh kong poh kong pohkong... 

 Bakal CDM 2011.. Zainudin.. komitmen hebat. teruskan din... kejayaan menanti kita semua.

 CDM Kamarudin, CDM Wan & SM Hanif. senyuman yang ceria. Berjaya & menjayakan menjadi misi AT181

SM Elias.. dari kulim. Bekerja jawatan yang tinggi dalam sebuah syarikat perkapalan yang berpangkal di Australia. Masih mencari peluang. untuk kebebasan masa. Beliau dah pusing hampir seluruh dunia dengan pekerjaan beliau. Pendapatan pun lumayan... Tapi kenapa masih bersama AT181???   PELUANG PELUANG PELUANG... kenapa menolak peluang. Peluang yang datang pastinya boleh dikongsi bersama. Kejayaan dalam AT181 adalah kejayaan bersama. Bukan kejayaan seorang diri.. Tahniah SM Elias.. dah boleh demo sendiri. walaupun belum sampai sebulan bersama AT181.

Jutaan terima kasih pada CDM Kamarudin, CDM Kartini, CDM Shahrina, CDM Wan Mahdzi, CDM Kapten Jai, CDM Syed Huzair, CDM Hasmidar, CDM Ali, CDM Khadzir, CDM Nizam, DDM Zana, DDM Rizal dan semua DSM,SSM,SM dan peserta2 BOP semalam... berjumpa kita 12.12.2010 di Safira Club sekali lagi untuk ilmu yang lebih mendalam.

No comments: