Dengar khabar tahun 2011, tiada jawatan kerajaan lagi untuk kelulusan SPM ke bawah... yang ada SPM sahaja layak bekerja di sektor kerajaan. Dan tidak ada jawatan kosong dibuka kecuali jawatan itu betul2 diperlukan. Pekerja2 kontrak kerajaan pula ramai yang tidak akan disambung kontrak.
Pengecilan saiz di dalam sektor kerajaan akan bermula. Yang diperlukan sahaja akan dikekalkan. Perkara ini dah pernah berlaku di jabatan yang aku bekerja dulu. Di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, pada tahun 2006/2007 macam tu. Hampir 200 orang staff yang berstatus tetap & berpencen terpaksa diberhentikan & diberikan tawaran untuk pencen awal @ bekerja di anak syarikat PDC.. Ramai yang mengeluh, hutang banyak, tanggungan banyak. Ada juga yang ambil keputusan untuk terus berhenti dan memulakan perniagaan kecil-kecilan. Tiba-tiba hendak berniaga. Mungkin berjaya,, mungkin gagal.
Risiko besar yang akan ditanggung.
Persediaan perlu ada... backup perlu ada... sebelum hujan payung perlu disediakan... sebelum banjir perahu perlu disediakan... sebelum berlaku sesuatu yang tak diduga.. kita perlu bersedia.. tidak ada zon selesa sebenarnya... sudah terhantuk baru hendak terngadah.... memang mencari padah.... Fikir2kanlah
No comments:
Post a Comment