Thursday, September 30, 2010

Safira Club - 29 Oct 2010

Alhamdulillah... Kelas di Safira Club menunjukkan peningkatan demi peningkatan. Mengimbas kembali masa mula2 buat di Safira. Bilik yang diambil hanya boleh muat 60-70 orang sahaja... Selepas beberapa bulan berpindah ke bilik yang lebih besar.. 100 orang. Sekarang berpindah lagi ke bilik yang lebih besar, lebih selesa... 130 orang boleh masuk. Itu pun boleh tambah lagi kalau dirapatkan kerusi. Sambutan??? memang penuh.
Inilah yang kita mahukan... Peningkatan demi peningkatan. Hasil komitmen CDM2 Hebat di dalam AT181.. dan juga semua panglima2 AT.. Mulutku selalu menyebut.. pasti Safira akan menjadi seperti kelas di Mines... Itu lah cita2 ku masa mula2 mulakan kelas di Penang.
2hb October 2010... Program Aroma Terapi Minda akan berjalan buat julung kalinya.. Boleh memuatkan 500 kerusi.. Mungkin inilah detiknya Safira Club akan menjadi seperti Mines... Insyaallah selepas bilik demi bilik ditukar... Pastinya kelas AT181 Penang akan berubah ke Ball Room Safira. Berilah sedikit masa lagi. Pasti tercapai cita2 ini. Semuanya untuk memudahkan warga AT berniaga. Berniaga dengan rasa bangganya. Berniaga dengan suasana yang sangat selesa. Berniaga dengan penuh penghormatan.
Komitmen dari AT181 sangat luar biasa hebat. Komitmen dari anda juga diperlukan. Komitmen anda hanyalah kemahuan... Buat dan terus buat... Tak perlu risau pasal persiapan meeting, persiapan tempat, persiapan program... Semuanya sudah dibereskan untuk kita... Umpama makanan sudah disuapkan ke mulut... Kunyahlah.. dan nikmati makanan tersebut... Tiada alasan untuk tidak boleh berjaya... Carilah perniagaan lain di luar sana yang boleh konsisten selama hampir 2 tahun. Tidak pernah sekalipun terhenti kelas AT181 di Penang... Tolak hari raya ja....
Beruntunglah kita warga AT181.... Program demi program sedang disusun... Yang pastinya akan menggegarkan seluruh pelusuk tanah air... Bersedia untuk bergerak & berjaya bersama AT181??????
Kami sentiasa bersedia... Bahtera sudah disediakan... Nakhoda berpengalaman akan mengemudi haluannya.... Jadilah penumpang yang setia.. Menuju ke destinasi kejayaan...
"Anda tidak akan menjadi pemenang dalam permainan yang anda tidak main,
Anda tidak akan sampai ke puncak kejayaan, sekiranya anda tidak bermula"

No comments: