Monday, September 06, 2010

PAKU!!!!

Paku & hammer??
Apakah maksud tersurat & tersirat disebalik gambar tersebut. Cerita ni aku nak kongsi sempena kita semua nak balik beraya. untuk semua orang. Warga Taipan yang baru ataupun yang dah lama join. Ada iktibar yang boleh diambil.
Bila kita nampak paku macam tu kat dinding, dan ada hammer kat tangan kita... agaknya apa tindakan normal yang kita akan buat???
Betull.....  Ketuk la paku tu kan. Sebab, sakit mata tengok paku tu terkeluar camtu. macam tak sempurna lak. Patutnya kena terbenam semuanya. SETUJU??? 
Jadi kita yang bersama Akademi Taipan ni, ibarat seperti PAKU yang terkeluar tu. SEBAB???  sebab kita lebih menonjol dari orang lain. Sebab kita nak berjaya. Impian kita pun dah lain. Selalu sebut nak income ribu2, belas ribu, puluh ribu. Kereta impian pun dah lain, MErc, BMW, Honda, Toyota......  Destinasi perlancongan pun dah hebat,,,,,, Switz, Umrah, Perth, Korea, Beijing, Paris, Sydney.
Rumah pun dah makin besar yang kita impikan.... Banglo, Kondo,,,,,,  nak beli tanah, shoplot......
Tak ke lain dari orang... Berbeza.. sebab dulu kita tak yakin boleh dapat semua tu. Tapi bila dah join AT.... dah tak mustahil. tak pelik pun kalau nak semua tu. Sebab ramai dah dapat. Ramai yang berjaya.
Jadi bila kita balik kampung raya2 ni. Jumpa kawan2 lama. Sedara mara yang dah lama tak jumpa. Mestilah kita akan sembang tentang impian kita. Samada kita nak berkongsi peluang dengan mereka, ataupun mereka dah tahu kita join AT. Jadi bersedia lah...
Umpama mereka sedang melihat PAKU yang tersembul keluar. Dan ditangan mereka ada HAMMER. Maka ketukan akan berlaku.
Antara ketukan2 yang akan kedengaran... Mana kereta baru???  Bila nak keluar kereta?? Bolehkah hang berjaya ni??? Hang kan tak reti berniaga.... Ingat senang ker nak berjaya???? Bisnes macam ni sekejap ja????
Macam2 ketukan yang kita akan terima.... Ada juga yang akan beri semangat....
Wahai pejuang2 AT. Janganlah mengalah dengan ketukan sedemikian rupa... Kerana itulah hakikatnya...  Penukul di tangan... Paku tersembul keluar... Ketukan pasti berlaku.... Usah gentar, usah dilayan... Kerana kita adalah orang yang hebat. Walaupun diketuk seribu kali. Kita tetap tak akan terbenam. Tak akan kalah dengan ketukan2 itu. Kerana dalam diri kita, ada semangat yang hebat. Semangat tersebutlah yang melonjakkan potensi diri kita. Untuk terus keluar. Keluar dari kesusahan. Keluar dari penjajahan minda & juga kerja. Keluar dari rutin hidup yang biasa biasa saja yang dah lama kita lakukan. Kita sedang melalui 1 transformasi.
Insyaallah, percaya pada diri & rezki yang Allah nak beri. BErsama AT... dari biasa2 pasti jadi luar biasa... Orang hebat akan terus berjuang. Tidak berhenti sekerat jalan, Tidak terkesan dengan kata2.
SELAMAT BERJUANG & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

No comments: