Tuesday, September 28, 2010

DAH PANDAI???

kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik. kenapa tak menjadi. Daripada baik boleh menjadi lebih baik. Bila dah lebih baik boleh menjadi sangat baik, dan boleh jadi yang terbaik. Maknanya masih boleh dipertingkatkan lagi. Ramai yang rasa dah cukup ilmu di dada. Sebab dah dapat melancong, dah dapat keluarkan kereta mewah. Tak payah berguru dah. Dah boleh closing, dah pandai cakap, dah pandai semua.
Penyakit yang macam ni sangat merbahaya. Sebab kita dah rasa pandai. Bila dah rasa pandai, maka akan tertutuplah pintu ilmu untuk kita. Kita tak akan dapat menjadi yang lebih baik dari keadaan semasa. Ilmu ni kan luas. "Celup jari di dalam lautan, yang menitik di jari itu lah ilmu yang kita ada. Seluas lautan itu ilmu yang belum kita ada"
Dulu selalu bertanya, sekarang dah tak mau bertanya. Tak payah lah tanya. Kita dah tau semua. Makin berisi makin tunduk lebih bagus. Dulu suka jumpa upline untuk bincang strategi bisnes. Sekarang sebulan sekali pun payah. Upline ajak jumpa untuk bincang bisnes.... Macam tak berminat ja jawapannya. Dalam keadaan yang macam ni, cuba renung bisnes kita, makin melonjak atau makin merosot?? Kalau merosot pasti ada sebab, kalau melonjak pun pasti ada sebab... Andai bisnes melonjak,, Alhamdulillah.. bila dah merosot... perlu la tengok apa yang tak kena.. Rujuk la mentor2 anda. rujuklah pada upline. Bermesyuarat... pasti ada hasil...
Nasihat ini untuk diri aku sendiri....

No comments: