Monday, September 27, 2010

JOURNEY TO SEREMBAN & TAIPAN USJ & OPEN HOUSE CDM KARTINI

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bermula dari hari jumaat lepas perjalanan ke KL disulami dengan hujan sepanjang perjalanan. Tak boleh nak laju sangat. Beringat lebih penting untuk keselamatan.

Hari Sabtu program ziarah hari raya bermula. Destinasi ke Sikamat, Negeri Sembilan. Jumpa kawan kolej dulu. Lama sungguh tak bertemu. 10 tahun. Sekarang kawan dah jadi Cikgu. Masih aktif bersilat. Besar hati tuan rumah masak macam2 untuk kami. dari zohor sampai ke asar di rumah kawan. Sambil mengimbas kenangan lama, sambil berkongsi peluang & kejayaan diri. Peluang baik ni beliau akan pertimbangkan. Insyaallah niat kami untuk sama-sama berjaya.

Singgah di mesjid berdekatan untuk selesaikan tanggungjawab pada ALLAH. Terus ke destinasi seterusnya di Shah Alam berdekatan Sungai Buloh. Luas jugak kawasan S.Alam. Jumpa kawan kolej jugak. lama kami bersembang. Peluang yang baik mesti dikongsi bersama. Alhamdulillah borang ahli diisi dengan semangat yang tinggi. Urusan seterusnya akan dilakukan minggu ini. Peluang harus digunakan sebaik mungkin. Kerja kita cerita sahaja. Ada orang akan ambil peluang ni. Ada orang akan pertimbangkan dahulu dan join. Ada orang yang tak minat. Itu lumrah. Tapi kita perlu buat kerja. Perlu usaha. Tak boleh tunggu saja. Tunggu orang cari kita. mana ada jalan macam tu.

Hari Ahad kami dengan penuh semangat ke AT181 Trainin Centre di USJ9. Ilmu perlu ditambah. Tahniah pada DSM Afiza & rakan kongsi beliau SM Syatiroh. Dari Sungai Petani & Penang. Datang awal ke USJ9. Tak sabar2 nak tambah ilmu. Hebat!!!!  Lepas kelas kami ramai2 bergerak ke rumah CDM Kartini & CDM Kamarudin. Open house besar-besaran. Menu utama kambing panggan 4 ekor, char koay teow CDM Hj Cha, kebab, mee kari, laksa utara, satay, pelbagai kek & kuih muih. Dan macam2 lagi. Puas makan kambing panggang. anggaran 1000 orang hadir ke open house. memang ramai & meriah. Anak-anak yatim pun dijemput. Sempat kami bergambar bersama. Ada rezki keluar paper Berita Harian. Ramai rakan kongsi kami yang datang, Di antaranya DSM Afiza & Sharul, SM Syatiroh, SM Junaida & suami, DSM Syed Amir & Rozita (Kuantan), DSM Syukri, SM Wawa, DSM Din Kelantan & Farah, DSM AM & Nana, SM Ita & Lan, tt Azlan & isteri. Maaf kalau ada nama2 yang tertinggal. Beserta anak2.
Di penghujung majlis, mungkin dah tertulis rezki aku untuk duduk semeja dengan CDM AH Hock. CDM hebat. Orang kaya & lama bertahan dengan H.O. 2 jam bersama beliau & CDM Kamarudin & CDM Wan... Ilmu dicurahkan tanpa diminta. Bersembang semuanya pasal ilmu & nasihat. Untuk terus bertahan & berniaga besar. Untuk jadi Hebat perlu Cepat. Untuk Cepat perlu Hebat. Dua perkara ini umpama KEMBAR. tak boleh dipisahkan. Warga Taipan sangat beruntung. Dari Kumpulan kecil menjadi Kumpulan Terunggul & Besar. Seterusnya Menjadi AKADEMI. lepas ni pasti jadi UNIVERSITI. Ramai yang mencari apa rahsia kejayaan Taipan. Boleh Bersama & Bersatu. Boleh berkembang ke seluruh negeri dengan 1 sistem yang sama. Kejayaan demi kejayaan dilahirkan di setiap negeri. Program demi Program disusun rapi. Sambutan untuk Program AT tak pernah sunyi.
Ikut lah kata UPLINE. Semua pemimpin ada pandainya. Tapi jangan terlebih pandai. Kepandaian perlu disalurkan untuk memajukan AT181. Kelebihan masing2 perlu diguna bersama. Itu diantara nasihat2 dari CDM AH Hock.
Yang mengejutkan aku beliau berpesan... Hebat mana sekalipun berniaga.. dalam bidang apa sekalipun... Jangan BERJUDI... itu akan merosakkan perniagaan. Aku sangat setuju. Sama-sama kita fikirkan.
Kami pulang lebih kurang jam 6lebih... bergerak ke Penang hampir jam 10malam. sampai 3pagi. Sempat tidur di R&R Tapah. Letih kekenyangan dengan makanan yang sedap2.

*** Maaf tak ada gambar... banyak kali cuba upload dalam blog ni... tapi asyik error ja..

No comments: