Thursday, September 30, 2010

MUTIARA KATA - 2

Anda memperolehi apa yang difokus. Bila anda memfokus pada masalah anda akan memperolehi masalah yang lebih besar. Fokus pada penyelesaian!

RENUNGKAN

"Harimau di belakang sedang mengejar. Harimau di depan juga sedang hendak menerkam, masih lagi bersenang-lenang. Tunggu dibaham baru berusaha?"

MUTIARA KATA 1

Hina besi kerana karat, hina kucing kerana kurap, hina manusia kerana melarat
-- Peribahasa Melayu

Mutiara Kata

"Semua orang ada perasaan takut. Yang penting ialah bagaimana kita mengawal perasaan takut. Kalau kita mengawalnya, ia akan menghangatkan diri kita, tetapi jika kita gagal mengawalnya ia
akan membakar hangus diri kita."

Safira Club - 29 Oct 2010

Alhamdulillah... Kelas di Safira Club menunjukkan peningkatan demi peningkatan. Mengimbas kembali masa mula2 buat di Safira. Bilik yang diambil hanya boleh muat 60-70 orang sahaja... Selepas beberapa bulan berpindah ke bilik yang lebih besar.. 100 orang. Sekarang berpindah lagi ke bilik yang lebih besar, lebih selesa... 130 orang boleh masuk. Itu pun boleh tambah lagi kalau dirapatkan kerusi. Sambutan??? memang penuh.
Inilah yang kita mahukan... Peningkatan demi peningkatan. Hasil komitmen CDM2 Hebat di dalam AT181.. dan juga semua panglima2 AT.. Mulutku selalu menyebut.. pasti Safira akan menjadi seperti kelas di Mines... Itu lah cita2 ku masa mula2 mulakan kelas di Penang.
2hb October 2010... Program Aroma Terapi Minda akan berjalan buat julung kalinya.. Boleh memuatkan 500 kerusi.. Mungkin inilah detiknya Safira Club akan menjadi seperti Mines... Insyaallah selepas bilik demi bilik ditukar... Pastinya kelas AT181 Penang akan berubah ke Ball Room Safira. Berilah sedikit masa lagi. Pasti tercapai cita2 ini. Semuanya untuk memudahkan warga AT berniaga. Berniaga dengan rasa bangganya. Berniaga dengan suasana yang sangat selesa. Berniaga dengan penuh penghormatan.
Komitmen dari AT181 sangat luar biasa hebat. Komitmen dari anda juga diperlukan. Komitmen anda hanyalah kemahuan... Buat dan terus buat... Tak perlu risau pasal persiapan meeting, persiapan tempat, persiapan program... Semuanya sudah dibereskan untuk kita... Umpama makanan sudah disuapkan ke mulut... Kunyahlah.. dan nikmati makanan tersebut... Tiada alasan untuk tidak boleh berjaya... Carilah perniagaan lain di luar sana yang boleh konsisten selama hampir 2 tahun. Tidak pernah sekalipun terhenti kelas AT181 di Penang... Tolak hari raya ja....
Beruntunglah kita warga AT181.... Program demi program sedang disusun... Yang pastinya akan menggegarkan seluruh pelusuk tanah air... Bersedia untuk bergerak & berjaya bersama AT181??????
Kami sentiasa bersedia... Bahtera sudah disediakan... Nakhoda berpengalaman akan mengemudi haluannya.... Jadilah penumpang yang setia.. Menuju ke destinasi kejayaan...
"Anda tidak akan menjadi pemenang dalam permainan yang anda tidak main,
Anda tidak akan sampai ke puncak kejayaan, sekiranya anda tidak bermula"

Wednesday, September 29, 2010

MUTIARA KATA

Anda takkan dapat melihat lautan jika tidak meninggalkan pelabuhan

Renungan

Peribahasa Cina menyebut, “Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal.”

Tuesday, September 28, 2010

DAH PANDAI???

kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik. kenapa tak menjadi. Daripada baik boleh menjadi lebih baik. Bila dah lebih baik boleh menjadi sangat baik, dan boleh jadi yang terbaik. Maknanya masih boleh dipertingkatkan lagi. Ramai yang rasa dah cukup ilmu di dada. Sebab dah dapat melancong, dah dapat keluarkan kereta mewah. Tak payah berguru dah. Dah boleh closing, dah pandai cakap, dah pandai semua.
Penyakit yang macam ni sangat merbahaya. Sebab kita dah rasa pandai. Bila dah rasa pandai, maka akan tertutuplah pintu ilmu untuk kita. Kita tak akan dapat menjadi yang lebih baik dari keadaan semasa. Ilmu ni kan luas. "Celup jari di dalam lautan, yang menitik di jari itu lah ilmu yang kita ada. Seluas lautan itu ilmu yang belum kita ada"
Dulu selalu bertanya, sekarang dah tak mau bertanya. Tak payah lah tanya. Kita dah tau semua. Makin berisi makin tunduk lebih bagus. Dulu suka jumpa upline untuk bincang strategi bisnes. Sekarang sebulan sekali pun payah. Upline ajak jumpa untuk bincang bisnes.... Macam tak berminat ja jawapannya. Dalam keadaan yang macam ni, cuba renung bisnes kita, makin melonjak atau makin merosot?? Kalau merosot pasti ada sebab, kalau melonjak pun pasti ada sebab... Andai bisnes melonjak,, Alhamdulillah.. bila dah merosot... perlu la tengok apa yang tak kena.. Rujuk la mentor2 anda. rujuklah pada upline. Bermesyuarat... pasti ada hasil...
Nasihat ini untuk diri aku sendiri....

Monday, September 27, 2010

PERHATIAN!!!!

Perhatian Perhatian....

1.  SAFIRA CLUB - RABU, 29SEPT 2010, JAM 8.30PM TAJAM,
                                 BERSAMA CDM FARIDAH MOHD ALI

2. PROGRAM AROMA TERAPI MINDA -
          SABTU, 2 OCT 2010, JAM 9AM - 1PM
                           SAFIRA CLUB.
          PENDAFTARAN BERMULA JAM 8.00 AM

Sila beri perhatian pada 2 program di atas. Setiap rabu memang acara tetap. War2kan pada semua group,prospek anda.

Program Aroma Terapi Minda julong kalinya diadakan di Penang. Program ni akan beri impak yang hebat pada bisnes kita. Kad jemputan dah diedarkan hampir 5000 keping. Jemputlah prospek2 datang.  Beri kad jemputan. War2kan pada semua group anda. Turun padang. Jumpa. terangkan kepentingan untuk turut hadir. Jangan tak beritahu. Diri sendiri jugak yang rugi. Jangan tak datang. Tersangatlah rugi.
Perlu tahu mana yang patut diberi keutamaan... Tiada paksaan... AT181 dah sediakan yang terbaik untuk warganya.... Rebut peluang.. Kejayaan DATANG... Tolak Peluang... Apa pun tak datang...

* Kepada pembaca2 blog yang berminat untuk hadir.. Boleh hubungi saya untuk kemasukan percuma. Hadiah disediakan. Number hp saya ada di atas sekali... jangan malu jangan segan.

JOURNEY TO SEREMBAN & TAIPAN USJ & OPEN HOUSE CDM KARTINI

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bermula dari hari jumaat lepas perjalanan ke KL disulami dengan hujan sepanjang perjalanan. Tak boleh nak laju sangat. Beringat lebih penting untuk keselamatan.

Hari Sabtu program ziarah hari raya bermula. Destinasi ke Sikamat, Negeri Sembilan. Jumpa kawan kolej dulu. Lama sungguh tak bertemu. 10 tahun. Sekarang kawan dah jadi Cikgu. Masih aktif bersilat. Besar hati tuan rumah masak macam2 untuk kami. dari zohor sampai ke asar di rumah kawan. Sambil mengimbas kenangan lama, sambil berkongsi peluang & kejayaan diri. Peluang baik ni beliau akan pertimbangkan. Insyaallah niat kami untuk sama-sama berjaya.

Singgah di mesjid berdekatan untuk selesaikan tanggungjawab pada ALLAH. Terus ke destinasi seterusnya di Shah Alam berdekatan Sungai Buloh. Luas jugak kawasan S.Alam. Jumpa kawan kolej jugak. lama kami bersembang. Peluang yang baik mesti dikongsi bersama. Alhamdulillah borang ahli diisi dengan semangat yang tinggi. Urusan seterusnya akan dilakukan minggu ini. Peluang harus digunakan sebaik mungkin. Kerja kita cerita sahaja. Ada orang akan ambil peluang ni. Ada orang akan pertimbangkan dahulu dan join. Ada orang yang tak minat. Itu lumrah. Tapi kita perlu buat kerja. Perlu usaha. Tak boleh tunggu saja. Tunggu orang cari kita. mana ada jalan macam tu.

Hari Ahad kami dengan penuh semangat ke AT181 Trainin Centre di USJ9. Ilmu perlu ditambah. Tahniah pada DSM Afiza & rakan kongsi beliau SM Syatiroh. Dari Sungai Petani & Penang. Datang awal ke USJ9. Tak sabar2 nak tambah ilmu. Hebat!!!!  Lepas kelas kami ramai2 bergerak ke rumah CDM Kartini & CDM Kamarudin. Open house besar-besaran. Menu utama kambing panggan 4 ekor, char koay teow CDM Hj Cha, kebab, mee kari, laksa utara, satay, pelbagai kek & kuih muih. Dan macam2 lagi. Puas makan kambing panggang. anggaran 1000 orang hadir ke open house. memang ramai & meriah. Anak-anak yatim pun dijemput. Sempat kami bergambar bersama. Ada rezki keluar paper Berita Harian. Ramai rakan kongsi kami yang datang, Di antaranya DSM Afiza & Sharul, SM Syatiroh, SM Junaida & suami, DSM Syed Amir & Rozita (Kuantan), DSM Syukri, SM Wawa, DSM Din Kelantan & Farah, DSM AM & Nana, SM Ita & Lan, tt Azlan & isteri. Maaf kalau ada nama2 yang tertinggal. Beserta anak2.
Di penghujung majlis, mungkin dah tertulis rezki aku untuk duduk semeja dengan CDM AH Hock. CDM hebat. Orang kaya & lama bertahan dengan H.O. 2 jam bersama beliau & CDM Kamarudin & CDM Wan... Ilmu dicurahkan tanpa diminta. Bersembang semuanya pasal ilmu & nasihat. Untuk terus bertahan & berniaga besar. Untuk jadi Hebat perlu Cepat. Untuk Cepat perlu Hebat. Dua perkara ini umpama KEMBAR. tak boleh dipisahkan. Warga Taipan sangat beruntung. Dari Kumpulan kecil menjadi Kumpulan Terunggul & Besar. Seterusnya Menjadi AKADEMI. lepas ni pasti jadi UNIVERSITI. Ramai yang mencari apa rahsia kejayaan Taipan. Boleh Bersama & Bersatu. Boleh berkembang ke seluruh negeri dengan 1 sistem yang sama. Kejayaan demi kejayaan dilahirkan di setiap negeri. Program demi Program disusun rapi. Sambutan untuk Program AT tak pernah sunyi.
Ikut lah kata UPLINE. Semua pemimpin ada pandainya. Tapi jangan terlebih pandai. Kepandaian perlu disalurkan untuk memajukan AT181. Kelebihan masing2 perlu diguna bersama. Itu diantara nasihat2 dari CDM AH Hock.
Yang mengejutkan aku beliau berpesan... Hebat mana sekalipun berniaga.. dalam bidang apa sekalipun... Jangan BERJUDI... itu akan merosakkan perniagaan. Aku sangat setuju. Sama-sama kita fikirkan.
Kami pulang lebih kurang jam 6lebih... bergerak ke Penang hampir jam 10malam. sampai 3pagi. Sempat tidur di R&R Tapah. Letih kekenyangan dengan makanan yang sedap2.

*** Maaf tak ada gambar... banyak kali cuba upload dalam blog ni... tapi asyik error ja..

Saturday, September 25, 2010

25 Sept 2009

Alhamdulillah selamat sampai ke KL jam 1am. hujan sepanjang perjalanan... Nak laju2 pun tak selesa. Rileks-rileks ja la... singgah ke Kelana Jaya dulu di Taipan Corner... Jumpa CDM Wan, CDM Sharina, CDM Mohd Razali, DDM Nizam dan beberapa orang lagi.. singgahnya untuk ambil buku AT181.
Hari ini berlangsungnya program Aroma Terapi Minda di Kuantan. Pasti sesak Kuantan hari ini dengan kehadiran Pejuang2 AT181.... Semua hadir dengan penuh semangat. Bertolak seawal pagi ke sana. Beruntung orang Kuantan... Gunakanlah kesempatan ini untuk merubah kehidupan anda...

Friday, September 24, 2010

Bertemu Kembali

Maaf semua... tak berkesempatan nak update. minggu ni minggu sibuk sangat2. Demo/submit/closing & lain2 lagi. Ni pun ambil masa sikit.... dah nak bergerak ke Kuala Lumpur.. Bertemu pemimpin2 hebat di sana.
banyak cerita yang nak ditulis nanti.. jangan jemu follow blog ni ya...

Tuesday, September 21, 2010

HIDUP MESTI BERWAWASAN

Segalanya bergantung kepada perancangan & wawasan kita hari ini. 'Apa yang anda buat keputusan hari ini bakal menantikan hari esok'. Jadi kalau kita papa kedana susah pada 2020 nanti, tidak ada sebab lain cuma hanya satu sebab kerana hari ini tidak punyai wawasan.

KATA2 HIKMAH

Pesanan dari Tun Mahathir:

Kita perlu ubah sikap & nilai diri kita. Hargai apa sahaja yang boleh menyumbang pada kejayaan kita. Umpamanya kalau kita selalu memilih cara yang mudah, hasilnya nanti kita akan gagal. Begitu juga jika kita tidak ubah sikap, kita tentunya tidak akan berjaya. Oleh itu,,,,, BERUBAHLAH!!!!

Sunday, September 19, 2010

Raya

tak clear lak gambar raya nie. Berhari raya di Merlimau, Melaka. Bersama mertuaku. 

Tuesday, September 14, 2010

Minuman Raya????

amacam colournya??  memang pekat, melekat, terangkat
 perhhhhh...  sungguh sedap ni. tersangat la kotornya
guna jari pun boleh.
Penapis air ni baru saja dicuci sebelum hari raya. saja la aku nak tengok kualiti air di rumah mak mertua aku di merlimau,melaka. selepas 5 hari dah jadi macam ni. dah warna hitam legam. bau karat tersangat kuat.
Memang perlu guna penapis air di rumah. Mesti kena guna. Penyakit macam2 sekarang. Kalau tak ada, buah pinggang kita la yang menapis kotoran2 tu. Kesian kat buah pinggang kita.
Raya-raya jugak. kesihatan kena jaga sama. Jadi yang belum guna penapis air tu. Carilah cepat. BIO AURA memang dah terbukti kualiti & keberkesanannya. Product yang mendapat anugerah Superbrand. PH air 8.3. Diuji oleh SIRIM. Bukan sendiri test ya.

WELCOME HOME!!

Selamat bertemu kembali. Selesai sudah beraya di kampung mertua. Jumpa esok malam di Safira Club jam 8.30pm. Inilah masanya. Prospek dah ramai kembali. List nama dah update. Gempur2. Bawa semua ke Safira. Bawa group. War2kan. Sambil beraya kita berbisnes. Duit keluar & duit masuk. Jumpa esok.

Tuesday, September 07, 2010

SELAMAT HARI RAYA SEMUA

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!
Kepada semua pembaca, ku pohon sepuluh jari memohon ampun & maaf andai ada bicara yang menyentuh perasaan. Andai ada kata yang menyinggung jiwa.
Aku akan bertolak ke KL petang ni. Untuk mengambil ilmu di TTC, Subang Jaya. Keesokkan harinya akan pulang ke kampung isteriku di Merlimau, Melaka.
Selamat berjuang panglima2 AT. Selamat berhari raya. Selamat pulang ke kampung. Selamat lah kita semua dunia & akhirat.

Monday, September 06, 2010

PAKU!!!!

Paku & hammer??
Apakah maksud tersurat & tersirat disebalik gambar tersebut. Cerita ni aku nak kongsi sempena kita semua nak balik beraya. untuk semua orang. Warga Taipan yang baru ataupun yang dah lama join. Ada iktibar yang boleh diambil.
Bila kita nampak paku macam tu kat dinding, dan ada hammer kat tangan kita... agaknya apa tindakan normal yang kita akan buat???
Betull.....  Ketuk la paku tu kan. Sebab, sakit mata tengok paku tu terkeluar camtu. macam tak sempurna lak. Patutnya kena terbenam semuanya. SETUJU??? 
Jadi kita yang bersama Akademi Taipan ni, ibarat seperti PAKU yang terkeluar tu. SEBAB???  sebab kita lebih menonjol dari orang lain. Sebab kita nak berjaya. Impian kita pun dah lain. Selalu sebut nak income ribu2, belas ribu, puluh ribu. Kereta impian pun dah lain, MErc, BMW, Honda, Toyota......  Destinasi perlancongan pun dah hebat,,,,,, Switz, Umrah, Perth, Korea, Beijing, Paris, Sydney.
Rumah pun dah makin besar yang kita impikan.... Banglo, Kondo,,,,,,  nak beli tanah, shoplot......
Tak ke lain dari orang... Berbeza.. sebab dulu kita tak yakin boleh dapat semua tu. Tapi bila dah join AT.... dah tak mustahil. tak pelik pun kalau nak semua tu. Sebab ramai dah dapat. Ramai yang berjaya.
Jadi bila kita balik kampung raya2 ni. Jumpa kawan2 lama. Sedara mara yang dah lama tak jumpa. Mestilah kita akan sembang tentang impian kita. Samada kita nak berkongsi peluang dengan mereka, ataupun mereka dah tahu kita join AT. Jadi bersedia lah...
Umpama mereka sedang melihat PAKU yang tersembul keluar. Dan ditangan mereka ada HAMMER. Maka ketukan akan berlaku.
Antara ketukan2 yang akan kedengaran... Mana kereta baru???  Bila nak keluar kereta?? Bolehkah hang berjaya ni??? Hang kan tak reti berniaga.... Ingat senang ker nak berjaya???? Bisnes macam ni sekejap ja????
Macam2 ketukan yang kita akan terima.... Ada juga yang akan beri semangat....
Wahai pejuang2 AT. Janganlah mengalah dengan ketukan sedemikian rupa... Kerana itulah hakikatnya...  Penukul di tangan... Paku tersembul keluar... Ketukan pasti berlaku.... Usah gentar, usah dilayan... Kerana kita adalah orang yang hebat. Walaupun diketuk seribu kali. Kita tetap tak akan terbenam. Tak akan kalah dengan ketukan2 itu. Kerana dalam diri kita, ada semangat yang hebat. Semangat tersebutlah yang melonjakkan potensi diri kita. Untuk terus keluar. Keluar dari kesusahan. Keluar dari penjajahan minda & juga kerja. Keluar dari rutin hidup yang biasa biasa saja yang dah lama kita lakukan. Kita sedang melalui 1 transformasi.
Insyaallah, percaya pada diri & rezki yang Allah nak beri. BErsama AT... dari biasa2 pasti jadi luar biasa... Orang hebat akan terus berjuang. Tidak berhenti sekerat jalan, Tidak terkesan dengan kata2.
SELAMAT BERJUANG & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

Friday, September 03, 2010

PROGRAM JOM BUAT DUIT RAYA - MINES 31/8/2010

Selepas selesai berbuka puasa di rumah CDM Kartini, kami beramai-ramai ke Mines. 10 kereta. Ramai yang belum pernah hadir ke Mines. Ramai ke nanti??? itu soalan yang kedengaran. Sampai ja di Mines, nak cari parking pun susah. Begitu ramai. Dah penuh. Sesak. Tak boleh masuk. Hebatnya Program AT 181.

1200 orang!!!!  gambar membuktikan. Sebahagian dari peserta yang hadir. Banyak lagi gambar2 utk kita lihat.
CDM Faridah Mohd Ali. CDM Hebat.. idola warga Taipan. Pasti aku akan jadi seperti beliau. Di antara salah 1 impian.
CDM Kartini. Insan Hebat. Walaupun dah memasak & menyediakan hidangan berbuka puasa untuk rombongan kami. Masih lagi bersemangat & bertenaga. Duduk bawah pun tak apa. Itulah sifat seorang JUTAWAN. Makin berisi makin tunduk. Cakap tak pernah nak angkuh. Pemimpin hebat pemimpin sejati.
Berdiri pun sesak. Nak masuk macamana... Pernah jumpa suasana berniaga macamni??? Dasat2.
Fuhhhhhhhhhhhhhhhh
Duduk pun boleh, berdiri pun tak apa
Nak kemana tu. Cari tempat yang strategik ker. Nasib baik tinggi lampai. jenguk2 pun dah nampak. DSM Am & DSM Din. Dari utara.

Kalah kenduri kahwin ni
Srikandi AT. Isteriku Ayu, CDM Hasmidar & rakan2 kongsi.
Group2 utara. DSM Azu, Wawa, Q & pasangan, Saiful & Isteri. Meriah2.
DAH DAPAT DUITTTT RAYAAAAAAAAAAAAA..  BESTTTTTT
BERTENAGA!!  HEBAT CDM KARTINI. PENDEDAHAN EXCLUSIVE. Pendapatan luar biasa hebat. Nak tahu???? datang 2hb Oct 2010 di Penang.
Apa lagi, terus demo. Mesti closing. Masa ni la rakan kongsi kena ambil ilmu demo & juga closing. masa terbaik untuk belajar. Live practical.
CDM Roshila pun demo. CDM dalam masa 4bln1/2. hebat2
CDM Syed Huzair bersama prospek & group. Hebat demo beliau. Berapiiiiiii

MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH CDM KARTINI & CDM KAMARUDIN

Jutaan terima kasih pada CDM Kartini & CDM Kamarudin yang menyediakan juadah berbuka puasa. Makanan memang sedap sangat2. Sampai kami semua tak larat nak makan. Rombongan beramai- ramai untuk ke Program Jom Buat Duit Raya di Mines memang menyeronokkan. Layan gambar2 kami berbuka puasa.
rombongan dari utara & bukit fraser. lebih 10 kereta. menunggu waktu berbuka. CDM WAN & CDM Sharina pun ada. DSM Chek pasangan DDM Zana mengetuai rombongan group beliau. ramai jugak.
Ayam masak kunyit, kerang rebus, TOMYAM UDANG GALAH. fuhhhhhhh  memang menyelerakan. udang tu macam hidup lagi. sedap memang sedap cdm masak.
Jemput2, jamu selera. dah masuk waktu. ikan kering ada, ikan goreng ada, sambal belacan memang powerrrrrrrrrrrrr.
Barisan2 pejuang wanita sedang menjamu selera. Makan makan, tambah tambah, rancak rancak.
INSAN HEBAT!! Tuan Rumah - CDM Kartini & CDM Kamarudin. Sangat berbesar hati menjemput kami semua yg berpuluh-puluh orang untuk berbuka puasa. Semoga Allah lebih memurahkan rezki cdm berdua. terima kasih banyak2.
DSM Azulia, walaupun sesat mencari rumah CDM, tetapi tetap sampai. Orang nak berjaya tak akan berputus asa. Bersama rakan kongsi beliau. 1 kereta dari penang.
DSM Sukri bersama group, SM Wan dari Bukit Fraser, SM Saiful dari Bandar Baru. Sila-sila... tambah jangan malu.

Sampai ke dapur bawa makan. heheheh. baru tak ada gangguan. Sabri & Sharul. 
Q & adiknya. pun dah sampai kehujung dah tu. FOKUS... makan

Selepas selesai berbuka, kami pun bersiap untuk ke MINES. Itulah program yang dinanti-nantikan. Yang menjadi tujuan utama kami sampai ke sini. Bila perut dah kenyang, Solat pun dah selesai. Dengan penuh semangat kami ke sana.....

Thursday, September 02, 2010

PROGRAM JOM BUAT DUIT RAYA - 31/8/2010


Saksikan lautan manusia di Mines. Sebab tu la CDM2 tekankan kepentingan untuk datang bawa group & prospek.... Layan dulu video ni. Thanks sekali lagi DDM Nizam atas video yang mantap!!!