Thursday, July 28, 2011

Taipan Warrios

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan tahniah pada semua Taipan Warrios yang bersungguh-sungguh dalam perjalanan perniagaan masing2. Samada yang baru nak bermula, dah bermula, dah lama mula. Yang berjaya atau yang masih meniti titian kejayaan. Semuanya hebat2 belaka.

Hebat Hebat Hebat kerana semuanya sedang berusaha sebaik mungkin. Penghargaan pada semua, bukannya pada yang sedang laju berniaga saja. Income besar atau tidak bukanlah soalnya. Yang pasti penghargaan perlu di beri pada semua. Semangat datang kelas setiap minggu, semangat hadir program2 AT. Semangat untuk bersama dengan AT.

Marilah kita terus berganding bahu. Memperbaiki kelemahan masing2, kerana setiap manusia tiada yang sempurna. Yang lemah kita kuatkan, yang kuat bersama2 dalam kumpulan untuk menambahkan lagi kekuatan yang lain.

Sahabat2 ku, rakan kongsi ku, tahniah dan jutaan terima kasih pada semua. Sempena tibanya Ramadhan ini, bulan yang penuh dengan keberkatan... Insyallah kita semua akan mendapat keberkatannya... Kita capai impian kita, kita tunaikan janji2 kita, kita jadi orang yang lebih bernilai, lebih berharga, lebih rendah diri, lebih menjaga hati, lebih dekat pada ALLAH, semuanya ke arah yang lebih positif.

No comments: