Thursday, July 21, 2011

21 July 2011

21 Julai 2007
Tarikh bersejarah
Tarikh rasmi aku join AT181, Genap 4 tahun perjuangan aku & isteri tercinta bersama group yang sangat hebat ni.
Bermulalah kisah kami dalam dunia perniagaan
Tak pernah ku sangka & duga, peluang sebegini hebat datang menjenguk kami di rumah yg kami baru beli masa tu
Kebetulan pula number rumah kami 191.. ada tarikan rasanya
Aku dah dengar peluang ni 3/4 bulan sebelum July 2007
itupun dengar2 dari mulut isteri... asyik bercerita mengenai kejayaan kakak & makciknya di KL sana
Aku dengar ja la.. sebab aku jenis tak minat..

Tapi bila peluang dah terhidang depan mata. Bukti2 kejayaan sungguh meyakinkan aku. Sebagai insan biasa yang memang memerlukan pendapatan lebih, kenapa perlu aku tunggu lagi??

Lepas join, aku mula berdemo ( sebenarnya sebelum join pun aku sudah mula berdemo) aku minta ditinggalkan fail Taipan. Aku nak test market dulu.
Hahahaha... yang dicari kawan2 baik dulu. Alhamdulillah... semua tak join. Ya la kan... aku mana ada ilmu lagi masa tu. main cerita ja. ikut sedap sendiri.
Tapi itu bukan alasan untuk kami tak join.. Kita belum mula,.. macam mana nak ajak orang mula

Tetap dengan janji aku yang mana aku kata... aku akan join.. Janji dikotakan
21July 2007... aku transfer duit.
Dan demo diteruskan.. dibantu oleh upline. Banyak juga yang kami buat sendiri
Untuk asah skill, cari pengalaman. Teori praktikal perlu berjalan serentak

Dan kami ke Putrajaya precint 16. Menghadiri bisnes talk di sana
Wah... terujanya. Ramainya. takdak tempat duduk. Penuh. Parking penuh. semua penuh la
Disitu la kami berkenalan dengan CDM Kartini
Semangat yang beliau berikan menusuk di kalbu

Buat buat buat dan terus buat
Sedar tak sedar dah 4tahun kami bersama AT181. Banyak kemanisan & kejayaan dikecapi
Perubahan diri berlaku begitu drastik
Pendapatan juga pastinya berubah.
Makin banyak yang dapat.. dari ribu-ribu, naik belasan ribu, naik puluhan ribu
Sekarang tengah belajar bagaimana untuk dapat ratusan ribu setiap bulan
Tak mustahil sebab CDM2 otai dah buktikan.. ratusan ribu masuk setiap bulan

Panjang cerita ni... aku pendekkan

Untuk orang2 baru.. yang dah dengar peluang. Percayalah.. peluang ini peluang yang terbaik.
Kalau tidak, aku tak berhenti kerja kerajaan yang aku dh kerja 7tahun sebagai
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat gred F29
Berhenti 24jam setelah pulang dari Umrah pada tahun 2009

Yang penting Buat jangan Berhenti.
Kejayaan sedang menanti
All Taipan Warriors
Teruskan perjuangan, tingkatkan ilmu & skill
Tambah usaha
Anda juga akan mengecapi kejayaan luar biasa bersama AT181

Tahniah pada semua. Jutaan terima kasih juga pada upline, mentor, sifu
CDM Kartini, CDM Kamarudin, CDM Faridah, CDM Dzulfadilah
dan pada group kami yang sangat2 kami sayangi

TQ TQ TQ TQ TQ TQ TQ TQ TQ

No comments: