DDM Rohayu Binti Md Yasin
Kami berkenalan pada tahun 1997 dalam 1 majlis Kolej Yayasan Melaka
Dah nak jadi rezki, Ayu jadi Queen Of The Night & aku jadi King Of The Night
Selepas tu kami tak bersembang langsung
Bertemu kembali di kelas Silat Cekak Malaysia yang mana aku menjadi jurulatih
(belajar silat di Penang dulu)
Aku diberi mandat untuk melatih ahli2 silat baru di KYM
Disitulah bermulanya perkenalan kami. tahun 1999 rasanya
Walaupun berlatih silat bersama. Masih tidak bersembang sebab aku susah nak sembang dengan orang yang aku tak kenala (DULU la)
Pengembaraan Team Silat kami ke Gunung Angsi merupakan detik2 perkenalan.
Bertemu lah jodoh kami dan pertunangan dilangsungkan pada 6/10/2001
Pernikahan kami pada 8/9/2002
Bertemu pula jodoh kami dengan Akademi Taipan 21/7/2007
Beberapa hari lagi cukuplah 4tahun kami bersama AT181
Kejayaan yang dikecapi hari ni hasil usaha kami bersama
Ikhlas, andainya Ayu tidak memberikan semangat pada aku. Mungkin juga tidak kami rasai kejayaan ini.
Aku masih ingat janji kami bersama.
Kita akan tempuh bersama apa jua cabaran yang datang dalam perniagaan ini
Kami masing2 tiada pengalaman
Dan sehingga sekarang janji kami tu dipegang erat.
Susah senang kami bersama
Datanglah ribut taufan kami hadapi bersama
Penolakan adalah perkara biasa
Pun kami hadapi bersama
Pada peringkat permulaan, kelas mingguan yang kami buat, ada orang atau tak ada orang
Kami hadapi bersama
Banyak pengorbanan yang telah Ayu lakukan
Masa,komitmen,tenaga, wang ringgit
Yang pasti kami hadapi bersama
Penat, letih, suka, duka
Kami hadapi bersama
Bak kata pepatah
Alah bisa, tegal biasa
Insyaallah, kami hadapi bersama
Janji kami pada diri sendiri untuk mantapkan group
Lahirkan CDM seramai ramainya
Membina kejayaan demi kejayaan
Semuanya itu kami akan lakukan bersama
Jutaan terima kasih pada insan yang bernama
Rohayu Binti Md Yasin
di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan
No comments:
Post a Comment