Friday, May 27, 2011

Al-Kisah di hari Jumaat

Terdetik hati ini nak berkongsi cerita benar yang berlaku hari ni,

Sebelum solat Jumaat hari ini aku bertemu dengan 2 rakan niaga ku yang cukup hebat. Datang dari Sungai Petani untuk berkongsi peluang bersama Akademi Taipan. Sambil berborak bersembang, waktu pun sudah hampir untuk menjengah waktu zohor. Maka kami pun bersedialah untuk menunaikan solat Jumaat di Mesjid berhampiran Bukit Jambul,

Langkah pun disusun untuk menuju ke Rumah Allah... Taman-taman syurga di dunia ini. Di persimpangan jalan, kami dipertemukan dengan 2 orang insan yang tidak sempurna penglihatannya. Mereka sedang menunggu di simpang jalan untuk melintas jalan. Hala tujunya juga pasti sama. Menuju ke Mesjid di hujung sana. Ya Allah... Tersentuh hati kecil ku melihat mereka berusaha untuk melintas jalan dalam keadaan tidak tahu langsung apa yang ada di depan mereka. Mereka berdua berpegangan tangan. Semangat bantu membantu jelas kelihatan. SIfat tawakal juga ku rasa 100% di dalam diri mereka.

Terpanggil dalam diri kami berdua untuk membantu mereka menuju ke Mesjid dalam keadaan yang selamat. Setiap langkah mereka disusun dengan berhati-hati tetapi penuh keyakinan. Katanya mereka dah biasa solat di Mesjid tersebut. Ya ALLah.. mereka memang berhati waja. Dalam keadaan serba kekurangan tetapi tanggungjawab mereka kepada Pencipta tetap ditunaikan. Subhanallah.. Kadang-kadang kita yang cukup lengkap sifat & mempunyai kekuatan pun terlalai & terleka.

Tibalah kami di Mesjid, mereka pandai menyusun kasut di tepi tangga untuk memudahkan apabila mereka selesai solat nanti. Sebagai tanda, mereka meletakkan tongkat di celah kasut. Bijak jugak kan. Selesai mereka mengambil wudhuk, kami menunjukkan ruang solat, terus mereka mengerjakan solat sunat.

Aku membawa mereka ke tempat di tepi pintu, angin sejuk kerana aircond mesjid memang strategik di situ. TIba-tiba aku ditegur oleh seorang jemaah mesjid. jangan halang laluan masuk. Bawa mereka ke tengah sedikit. Air muka pakcik yang menegur itu kurang mesra. Semacam tidak senang dengan kehadiran Insan terpilih yang ku bawa tadi. Terdiam aku... dengan lemah lembut aku berkata... Pakcik.. mereka ni tak nampak.. biarlah mereka solat di sini. nanti senang mereka nak keluar sebab berdekatan dengan pintu. Sambil aku meminta jemaah yang lain memberikan sedikit ruang supaya kedudukan mereka itu tidak menganggu jemaah2 yang lain. Alhamdulillah. Jemaah2 yang lain begitu memahami. Pakcik itu memandang aku dengan pandangan yang sinis... Apa yang boleh aku buat.. Aku senyum ja laa.... 

Senyum memikirkan... hmmmm... entahlah.. biar ku pendam saja perasaan muda ku ini... yang mana pastinya membara seperti mana semangatku berjuang dengan AT181.. SYukurlah, AT181 banyak mengajarku erti kesabaran.,... Biarlah...

Selesai kami semua menunaikan tanggungjawab kepada Yang Esa,,,  topik khutbah hari ni pun memang memberikan ilmu & pengajaran serta peringatan...  MENCARI REZKI YANG HALAL...
Kami pun terus memimpin mereka kembali ke destinasi di mana kami bertemu dengan mereka...  ohhh... ada lagi kawan2 mereka yang senasib... mereka nampak begitu yakin bila bersama dengan rakan2 senasib mereka.

Ya Allah, aku sangat bersyukur pada Mu kerana memberikan kesihatan yang sempurna... Juga di atas segala rezki yang Engkau telah permudahkan.. Ya Allah, jadikanlah aku, ibu bapa ku, isteriku, anak2 ku, saudara mara ku, guru2 ku, mentor2 ku, CDM2 ku, upline2 ku, Rakan2 niaga ku, warga AT181, dan seluruh umat Islam mendapat keredhaan & terpelihara dalam Naungan Mu...  AMIN ya Rabbul Alamin..

1 comment:

Zuraimi said...

Subahanallah! Kita nanti akan faham setiap sesuatu yang kita lakukan dengan niat yang baik pasti ada dugaannya dan ujiannya. Hanya Allah s.w.t akan nilai hati kita. Terharu melihat kegigihan mereka! Gembira kerana CDM dapat kawal. Tahniah! dan Kecewa dengan sikap manusia!