Tuesday, May 20, 2014

Never Give Up

Assalamualaikum semua.
5.45pm. Setelah selesai buat urusan closing bisnes. Sedikit masa yg ada ingin diisikan dgn penulisan di blog ini.

NEVER GIVE UP!!!

Inilah ayat yg selalu didengar.
Aku dah give up.
Tak boleh.
Tak jadi.
Susah.
Leceh.
Penat.
Malas.

Sememangnya kita manusia mempunyai perasaan sebegini dalam apa jua bidang yg kita buat.
Kalau yg bekerja sampai masanya dah rasa malas nak bekerja. Biar gaji saja masuk.. kerjanya kalau boleh tak nak...
Ada yg nak makan pun malas. Tp tak boleh sebab lapar.. kena makan juga..

Zaman berzaman tak kurang juga manusia yg mahu berjaya. Dan mereka berjaya. Ramai juga tidak.
Keinginan.. kemahuan.. kesungguhan.
ada.. bukannya tak ada.. cuma sejauh dan selama mana ianya bertahan..

Cepat mengalah... betul ramai yg cepat mengalah. Sebelum dia memberikan yg sehabis baik dlm usaha utk mengejar segala Impian yg dibina.. rasa mcm dah berikan yg terbaik.. mungkin sudah.. mungkin tidak.. tidak lebih banyak dari sudah..
kejayaan yg besar dan bertahan lama mana mungkin dicapai dgn usaha yg sedikit dan usaha yg tersekat2.

Peluang yg datang bagaikan 1 pintu menuju ke alam kejayaan.
masuklah ke dalam. Bukan hanya menjengah. 
Teruskan perjalanan kerana setiap kejayaan yg lebih besar dari kejayaan di peringkat awal mempunyai pintu2 nya.

Jatuh?
Ia memang perlu supaya kita dpt belajar bagaimana mahu bangun.
tak mahu bangun?
Pilihan diri. Terus di situ.. atau bangun lebih tinggi

Tindakan berterusan is very important.
Tangguh dan Tunggu akan membuatkan kita tak ke mana2. 
Terus menunggu juga tidak akan membuahkan apa2 hasil.
mengharapkan impian kita ditunaikan oleh insan lain...
oh tidak.. sekiranya jadi pun.. tiada kepuasan.
tiada bangga.
tiada pelajaran dan pengajaran.
dan tiada kenangan.

Susah macam mana sekalipun pada pandangan kita..
sekiranya diusahakan juga dgn cara dan strategi berbeza.. 
yes.. disitulah ada hasilnya

Pentingnya melihat kembali IMPIAN IMPIAN IMPIAN.
we must work hard for it.
then we work smart.
but u will never know how to work smart when u never work hard.

to be continue...




No comments: