Friday, October 07, 2011

JOURNEY TO TTC USJ 4~5 OCT 2011

Pengembaraan ke Taipan Training Centre baru2 ni sangat mengujakan. Aku bergerak tengah hari dari Penang dengan Jentera berkuasa tinggi 2 tayar. Dari Penang dah hujan. Kat Highway hujan hujan yg lebat. Tapi tak jadi penghalang untuk aku terus sampai ke destinasi.

Berhenti rehat sekejap di R&R Gunung Semanggul. Hujan dan angin terlalu kuat.
Next perhentian aku dekat Taiping. Berhenti ja motor terus disapa stranger.
Tanya pasal motor. berapa cc. berapa harga. Jarang tengok motor jenis ni.
belek belek. layan ja. ambil contact num. Dia suruh aku cerita bisnes apa aku buat.
ooooo.. x sempat. nanti jumpa lain ya Abg Mie.
Sebelum aku sampai ke TTC, aku singgah ke Kepong dulu. Convincekan prospek DSM TYI. Nak buat tapi takut2. Nak berjaya tapi tak berani. Nak pakai motor besar tapi tak mahu bermula lagi.
Mungkin dia perlu masa.
Aku singgah ke Taman Melati untuk mandi dan settlekan maghrib serta isyak (Jamak)
dan terus vroommm ke ttc.
Sampai ke TTC aku jumpa CDM Shahril  CDM Hanim. Tapi aku ke Makbul sekejap untuk jumpa group. Bawa prospek untuk demo. Ajak datang kelas. Sebab memang tak sempat kalau aku demo di makbul.
CDM Yan memberikan kata2 aluan. Mantap tu
Berkongsi pengalaman bermula 4tahun yang dulu,
Memberi semangat, keyakinan, API API API
untuk warga AT181 yang hadir ke TTC malam tu.
Lepas kelas, bergambar dengan beberapa orang warga AT.
Hadi, semangat beliau luar biasa. Ada misi yang besar. Nak pakai motorbike gak.
Memang boleh Hadi. Pasti boleh
Aku singgah ke Makbul dulu. Ada demo di sana
Anak2 muda. Semuanya minat motor besar. DUcati.
sesi demo berjalan lancar. Isi borang. Urus dana
Pastu sembang motor motor motor
Ya la, muda2 la sedap pakai. sedap travel, sedap konvoi
Tahniah SSM Najib, sedang kembangkan network beliau di kl. Rajin bawa kawan ke kelas.
Thanks to CDM Kapten Jai, membantu convince
Power memang power. sangat berkeyakinan.

DSM TYI baru lepas demo kawan lama dia. Alhamdulillah, isi borang, akan join. Cash katanya.
Itu kelebihan bila dah boleh present sendiri, boleh cerita plan. Boleh gerak bila2 masa, di mana2 saja
Lepas Makbul kami ke Restoran Carlos. Makan nasi goreng Vietnam.
Dan aku bermalam di rumah DSM TYI. Kul 3am baru tido, kul 6.30am dah bangun.
Meneruskan pengembaraan
Lepas DSM TYI masuk keja, aku ke rumah cdm Kamarudin. Breakfast sama2. ambil ilmu dan tips dalam bisnes. Banyak jugak tambah ilmu baru. Perancangan baru.
CDM Zaifrey, CDM Shila pun bfast sekali.
Mereka terus gerak ke Penang, Aku ke SOGO
Punyalah susah nak cari parking. Nak parking tempat motor tak muat. Mau tak mau panjat divider. Parking tepi Secret Recipe kat SOGO tu. hehehehe
Alhamdulillah, berkenalan dengan bakal rakan niaga DSM TYI.
Anak muda yang sangat bersemangat. Nak jadi macam TYI. sukses dalam masa beberapa bulan ja.
Sambil aku tgh update blog ni, TYI bagitau yang kawan dia dah close pakej penuh..
Alhamdulillah sekali lagi

Masa kat SOGO ni DBKL dah nak saman motor aku. heheheh. Nasib baik tak sempat. Terus gerak ke Penang

R&R Tapah.
Sebelum sampai sini aku singgah R&R Sungai Buloh. sebab hujan tiba2. nak pakai baju hujan la ceritanya
Berhenti motor ja, sorang stranger tegur lagi. Tanya pasal motor gak
layan layan. dia bagi name card. uruskan money changer ayahnya. Budak muda lagi.dapat sambung belajar ke luar negara, tapi tak pergi, sebab nak berniaga. Turun temurun.
Money Changer. nanti aku turun kl, akan jumpa dia. minum2, makan2,

Masa kat tapah, sebelum aku gerak, seorang pakcik datang tegur. Org Kuala Kangsar, Loghat peraknya pekat sekali.
Adik, berapa harga motor ni. Pakcik tengok kamu naik segak sungguh. Bangga pakcik tengok anak muda naik motor BMW. berapa laju kamu dah tekan.
hehehehe. 200km pakcik.
Uihhhh, lajunya. kamu tak kena tahan polis ke... aku senyum ja la.
Singgah jap ke R&R Sungai Perak.
Rehat2 badan.

Memang aku enjoy sungguh Journey ke TTC. dapat ramai kawan baru
Minyak motor pun rm30 ja dari penang ke KL. tak sangkut sangat dengan Jem.
nak mencelah tu kena jaga2. sebab ada BOX kiri kanan.

Lepas ni akan ada lagi Journey aku ke tempat2 yang lain.
VROOOOMMMMMMM

***Thanks to CDM AYU yang sentiasa call,sms tanya keselamatan dan berdoa semuanya ok sepanjang journey aku.***

Jom Warriors.

No comments: