Monday, March 14, 2011

SEMANGAT


Semangat perlu sentiasa Maksimum. Perlu melonjak-lonjak... perlu panas membara..
Semangat kita akan berjangkit pada rakan niaga kita. Semangat boleh berjangkit.. boleh menyerap.
Boleh rasa kalau orang yang bersemangat berada di sekitar kita..
Kerana itu berhubung kait dengan aura... Aura perlu menyinar... Aura perlu warna warni... Aura perlu suci bersih..

Pemikiran positif akan menjadikan semuanya positif....  Kenapa perlu fikir negatif... padahal kita semua mahukan hasil yang positif..
Ini petua dari orang-orang yang berjaya... Jangan habiskan masa untuk memikirkan perkara negatif.. Lebihkan pada tindakan & usaha untuk hasil yang positif... Usah berbicara orang tak mahu... Lebih tumpukan cara bagaimana untuk semua orang mahu.. Usah berbicara orang tak minat... Tunjukkan sebab2 yang akan membuatkan orang minat... Usah berbicara tentang kegagalan.. Lebih fokus pada kejayaan.

Pedang Samurai... pedang yang sangat tajam.. tapi kalau tak digunakan sebaik mungkin., tiada kegunaannya... tiada manfaat.. tiada nilai..

Begitulah jugak kita umat manusia.. yang dicipta sebagai sebaik-baik kejadian...  Kalau tak digunakan potensi dalam diri kita sebaik mungkin.... tiada diasah, diasuh, digilap sebaik mungkin,...tidaklah nampak kelebihan & kehebatan yg diciptakan bersama dengan kejadian kita..

1 comment:

KAMARUDDIN BIN MAMAT said...

jaga-jaga dgn cakap.
setiap patah perkataan yg dituturkan.
positif aatau negatif.
orang negatif selalu guna perkataan yg membawa pengertian negatif.
jgn lupa org positif pun, kadang kala guna perkataan negatif.