Tuesday, January 22, 2013

Ciri-Ciri usahawan berkualiti

2013, tahun ke enam aku di bidang usahawan. bermula tanpa tahu apa2. mengikut jejak2 langkah insan2 yg sudah berjaya. menjadikan pengalaman mereka sebagai panduan untuk aku membina empayar biz.
meniti tangga demi tangga. bermula dengan Pangkat SM sehinggalah ke pangkat yg terakhir CDM.

sebagai CDM lebih banyak ilmu perlu dicari, diperbaiki, ditambah, dikemas kini. Dan pengalaman selama 6tahun ni untuk diceritakan di sini mungkin tak dapat ku nak ceritakan kesemuanya sekaligus.

Tapi pagi ni ingin sekali untuk berkongsi buat pedoman untuk fighter2 semua. yg ingin menjadi CDM 2013.

5 sifat yg ada pada pemimpin2 hebat.

1. Kemahuan yang tinggi
( punyai kekuatan dalaman, keinginannya utk mencapai sesuatu yg ditetapkan sangat tinggi. tidak akan goyah. tak perlu orang lain push dirinya utk capai apa yg dia mahu )

2. Komitmen
( dalam apa jua yg dilakukan komitmennya sangat baik. menepati masa, menepati janji, sentiasa bersama dalam apa jua program yg dianjurkan )

3. Kerja Keras
( tidak hanya bercakap atau mengarah sahaja. boleh turun padang bersama group, bekerja bersama2, buat apa yang dicakap. lebih banyak kerja dari bercakap )

4. Positif
( positif dalam apa jua keadaan, sampaikan benda negatif pun tak boleh hampir. tak berani nak dekat. )

5. Leadership
( kepimpinan yg tinggi nilainya. Nakhoda yg mengemudikan bahteranya dengan baik. tidak mementingkan diri sendiri )

ini diantaranya, banyak lagi kupasannya. tapi inilah yg tersangat penting.

Dan sifat ini sebenarnya sudah ada dalam diri Pemimpin hebat. Bila mereka berada di platform yang tepat, bersama mentor yg hebat, bersama sifu yg hebat... sifat2 ini akan lebih menyerlah. dan kesemua ini sudah ada dalam ISLAM. sifat2 mulia yg Nabi kita ajarkan. yang diterapkan untuk setiap insan.

so kalau dah ada sifat2 ni dalam diri sendiri... lebih mudah dan cepat mencapai kejayaan.. sebab diri sendiri yg betul2 mahu untuk berjaya..  tak yah sesiapa paksa, tak yah sesiapa push,

bila komitmen bagus, mestilah dapat hasil yg bagus.. what u give u get back, beri yg terbaik pasti dapat hasil yg terbaik

banyak yg tewas sebab cepat negatif, belum apa2 dah negatif, itu tak leh ini tak leh, susah, payah, mustahil, tak mungkin... so positif tersangatlahhhhh pentingnya.

tak semua org leh jadi pemimpin! tapi tak mustahil kalau sifat yg num 1 tu ada dalam diri... kalau dah betul2 mahu, mestilah jadi.. mesti cari cara untuk buat, mesti nak belajar sungguh2 utk jadi...

tak reti , tak pandai, tak tahu, tak pernah, tak biasa...  akan jadi reti, pandai, tahu, pernah, biasa bila kita buat betul2, belajar tak jemu2, berguru tak henti2, sentiasa mahu yg terbaik...

Mudahkan... semuanya mudah bila kita mahu ia jadi mudah.. semuanya senang bila kita mahu ia senang.


No comments: